Khamis, 12 Mei 2011

HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR! - KE ARAH PERPADUAN NASIONAL


Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yg masih mengamalkan sistem pendidikan pelbagai aliran. Negara seperti Thailand dan Indonesia yg juga memiliki penduduk berketurunan pendatang telah lama menghapuskan sekolah berasaskan perkauman demi mewujudkan perpaduan nasional.

Singapura sbg sebuah negara berpenduduk majoriti Cina juga tidak mempunyai sekolah aliran Cina. Tetapi Malaysia masih mewarisi dasar penjajah British yg menubuhkan sekolah vernakular semata-mata tidak inginkan kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu bergaul mesra.

Kesilapan kita di sini ialah tidak terus memansuhkan sekolah vernakular ini semasa negara ini mendapat kemerdekaan sedangkan kita berpeluang melakukannya. Ini semua berpunca drpd kelembutan dan sikap penuh toleransi pemimpin Melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum pendatang menubuhkan sekolah mengikut kaum.

Mungkin benar kata sesetengah org bahawa inilah akibatnya apabila negara kita mendapat kemerdekaan melalui diplomasi/perjanjian di atas kertas. Kita tidak mempunyai kuasa mutlak utk membentuk jati diri negara sendiri, malahan perlu pula mengambil kira hak-hak kaum lain yg bukan penduduk asal negara ini.

Sekarang, kita telah menerima kesan akibat kesilapan kita sendiri. Sekolah vernakular Cina dan Tamil telah melahirkan individu yg lebih memiliki kecintaan kepada kaum sendiri melebihi kasih kepada negara. Kerana sekolah aliran perkauman ini jugalah yg menyebabkan lahirnya warganegara yg tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik & menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana ingin mewujudkan perpaduan antara kaum sedangkan sejak di bangku sekolah lagi mereka telah dipisah-pisahkan? Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan. Gunakan saja sistem sekolah satu aliran. Malaysia dengan sistem pendidikan satu aliran pasti akan melahirkan kehidupan masyarakat yg harmoni & boleh menerima perbezaan yg wujud antara pelbagai kaum.

Melentur buluh biar dari rebungnya. Perpaduan di kalangan rakyat perlu dipupuk sejak dari kecil. Biarkan rakyat pelbagai kaum belajar & bercampur-gaul di dalam satu sekolah. Kita masih belum terlambat. Fikirkanlah, sampai bila kita hendak menghadapi sebilangan rakyat yg tidak tahu menghormati hak-hak kaum lain & tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik?
                   
  

5 ulasan:

  1. Aku setuju sekolah perkauman ni dihapuskan terus..byk buruk dari baiknya..

    BalasPadam
  2. Sokong sangat sekolah sjk dihapuskan dan hanya sekolah kebangsaan shj diwujudkan bagi membentuk perpaduan yg lebih kukuh!

    BalasPadam
  3. saya sokong 100000000000000000000% itu baru 1malaysia.tiada sekolah berasaskan kaum.bahasa malysia kan bahasa kebangsaan.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya sekolah cina dan tamil ini ditamatkan lama dah. tidak menyumbang kepada perpaduan kaum di Malaysia.

    BalasPadam
  5. Tak boleh tutup pasal apa? Kaum cina atau non bumi merupakan kaum TERAMAI byr tax pada kerajaan.melayu kita yg niaga semua untung masuk poket sendiri.tgklah yang meniaga burger atau nasi lemak.untung masuk poket sendiri....tapi cina niaga ikut peraturan...nak tax? Nak register ssm? Nak socso? Nak kwsp? Nak lesen majlis? Ok takpe.cina ikut....tapi sebagai balasan .....

    kena bagi apa yang diorang nak.....tahukah korang semua gaji sultan kita CINA yg bayar?

    BalasPadam