Ahad, 22 Mei 2011

GEMPAR!!! DAP DAH INSAF, PERJUANGKAN NASIB MELAYU


Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan negeri P.Pinang bercadang akan menyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada semua mangsa yg terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat.

Pengumuman ini bagi aku agak mengejutkan. Masa bila pula DAP telah berubah menjadi begitu prihatin dengan nasib yg menimpa mangsa tanah runtuh yg kesemuanya org Melayu Islam? Sedangkan kita tahu tindak-tanduk parti rasis ini agak dingin bila bercakap tentang kepentingan bangsa Melayu.

Kita mengucapkan terima kasihlah jika DAP betul-betul teringin nak menghulurkan bantuan. Memang betul, ketika bencana semua pihak tidak kira kaum atau agama perlu berganding bahu membantu apa yg terdaya. Tapi dalam kes DAP ini ia agak aneh. Seolah-olah ada niat tersembunyi. Kerana DAP jarang mempedulikan nasib org Melayu yg sering dianggap musuh.

Macamana kita nak elakkan diri dr mengesyaki bahawa bantuan DAP ini ada 'udang di sebalik mee' bila mengenangkan tingkah laku mereka di P.Pinang. Apa yg mereka tidak buat kepada org Melayu di pulau itu. Gerai Melayu & kampung Melayu habis dirobohkan. Begitu juga nasib yg menimpa kaum India di Kg. Buah Pala yg dihalau dr kampung tradisi mereka.

Nasihat aku pada DAP, kalau nak tunjukkan yg kamu tu prihatin, lebih baik kamu beri layanan yg adil kpd org Melayu P. Pinang yg bila-bila masa saja akan dihalau dari pulau itu. Tak payah menyibuk hal-hal di tempat lain. Lebih baik selesaikan dulu masalah dlm negeri kamu.

Aku tahu niat kamu. Awas saudara-saudari! DAP telah menggunakan tragedi tanah runtuh ini sebagai permulaan strategi mereka untuk memenangi hati org Melayu. Tujuannya supaya org Melayu tertarik dan menganggap mereka sbg pejuang nasib semua kaum. Lebih-lebih lagi PRU ke 13 semakin menjelang tiba.

Tidakkah anda nampak bahawa bantuan RM25,000 itu adalah lebih banyak dari bantuan yg diberikan oleh kerajaan pusat iaitu sebanyak RM10,000? Apa maksud semua ini? Mereka hanya ingin menunjukkan kepada umum bahawa mereka lebih prihatin memperjuangkan nasib rakyat. Hati-hati. Komunis sudah mencucuk jarum halus ke dalam minda separuh sedar org Melayu.

(G.A.D ingin mengucapkan takziah kpd keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Semoga mereka tabah mnghadapi dugaan Allah. Al-Fatihah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan