Rabu, 10 Disember 2014

Melayu tidak mampu lagi tolong Melayu


Mampu dan beranikah UMNO menghalang kerakusan rejim DAP laknatullah di P.Pinang?

Kerana bimbangkan orang Cina akan marah dan menolak BN pada PRU14 nanti, GAD berpandangan tiada lagi yg mampu dilakukan oleh UMNO untuk membela Melayu di P.Pinang.

Prinsip UMNO sekarang biar Melayu mati atau merempat asalkan jgn sesekali menyakiti hati Cina...padah bakal menanti.

Sabtu, 6 Disember 2014

DAP mahu pecahkan Malaysia kepada 2 bahagian?


Semasa berlaku pergeseran yg hebat di antara kerajaan PAP Singapura dgn kerajaan pusat pada tahun 1960-an dulu, Lee Kuan Yew yg amat membenci pemerintahan Melayu Islam di Malaysia, telah mncdangkn supaya negeri2 yg majoriti penduduknya bukan Melayu seperti Sabah, Sarawak, Singapura, Melaka dan P.Pinang diperintah oleh orang bukan Melayu (baca:Cina).

Manakala, negeri majoriti Melayu pula diperintah oleh org Melayu Islam. Kerana sifatnya yg amat rasis itu, Singapura tlh ditendang keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Kini, legasi rasis Lee Kuan Yew itu tlh diambil alih oleh anak didiknya iaitu parti paling rasis n berbahaya DAP. Tidak mustahil DAP akan melaksanakan perancgn Lee Kuan Yew itu. Mereka tlh berjy memerintah P.Pinang n hnya tunggu masa utk mmbawa keluar PP dari Malaysia. Dgn msyrakat Cina yg ramai di Selangor, Perak, Melaka dan N.Sembilan, wilayah jajahan Cina DAP semakin luas.

Ditambah dgn usaha giat DAP merekrut anak muda Melayu Islam (dan mereka sbnarnya semakin berjaya), jgn terkejut satu hari nnti kita bakal melihat MB Kelantan yg bergelar ulama adalah dari parti DAP dan bukannya PAS. Jgn risau org Melayu Islam pd masa itu akan tetap melaungkan takbir.

Segalanya mungkin. Tidak mustahil berlaku. Apa reaksi org Melayu?Terima dgn hati terbuka or berdemonstrasi or lantakkan saja asalkn bukan UMNO yg perintah? Ooh baru teringat org Melayu ni sifatnya penyantun n boleh bertolak ansur sehingga beransur2 ditendang dari Malaysia ni ..hahaha lantak kaulah Melayu.

Jumaat, 5 Disember 2014

Isu kalimah Allah dan usaha bawa keluar Sabah & Sarawak dari Malaysia adalah langkah sistematik lenyapkan kuasa politik Melayu Islam


Tafsirannya mudah saja. BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU 13 lalu adalah disebabkan oleh pencapaian cemerlang BN di  Sabah n Sarawak. Kedua2 negeri ini dianggap sbg deposit tetap BN.

Jadi cuba bayangkan jika BN kalah banyak kerusi di kedua2 negeri itu pd PRU yg lalu. Sudah semestinya sekarang PR yg memerintah Malaysia.

PR dgn disokong oleh puak liberalisme n pelampau Kristian telah mendpt idea bernas bagaimana cara untuk melumpuhkan kuasa BN di kedua2 negeri itu.

Cara yang pertama ialah dengan memainkan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible oleh penganut Kristian. Umum mengetahui majoriti rakyat Sabah n Sarawak adalah beragama Kristian. Sudah semestinya isu ini boleh memberi keuntungan politik kpd pihak terbabit.

Tindakbalas dari org Islam dan pemerintah (baca UMNO) terhadap isu ini diharapkan boleh mengundang ketidakpuasan hati penganut Kristian di kedua2 negeri itu.

Kalimah Allah mmg telah lama digunakan oleh penganut Kristian di kedua2 itu. Yg mnjadi kesalahan ialah penggunaan kalimah Allah di dlm Bible di Semenanjung Malaysia. Tiada sebab kalimah Allah di gunakan kerana di Semenanjung jumlah penganut Kristian adalah kecil.

Kerana politik isu agama digunakan. Ini semua semata2 untuk kepentingan politik PR yg diketuai oleh DAP laknatullah dan disokong kuat oleh Melayu liberal PAS dan PKR. Tujuan mereka hanya mahu melenyapkan kuasa kerajaan yg diketuai Melayu Islam. Mereka sedar kuasa politik Melayu Islam hanya boleh dihancurkan sekiranya mereka berjaya menawan Sabah n Sarawak.

Bagi memanaskan lagi hati org Sabah n Sarawak, mereka menghasut pula rakyat kedua2 negeri itu utk membebaskan negeri mereka dari Malaysia. Dakyah yg mereka gunakan ialah Malaysia yg diketuai org Melayu Islam tlh menjajah Sabah n Sarawak. Cuba byngkan jika gerakan keji ini berjaya sudah semestinya mudah2 saja BN hilang kuasa.

Kerajaan perlu bertegas menangani isu ini. Isu ini sebenarnya bersifat makan dalam n umpama api dalam sekam kpd keamanan Malaysia. Jika ia dibiarkan, nescaya PRU14 nanti kerajaan yg diterajui oleh Melayu Islam akan hanya tinggal kenangan dan bakal digantikan oleh puak ultra kiasu yg tiada belas kasihan kpd org Melayu n agama Islam.


Khamis, 4 Disember 2014

British telah lama rancang hapuskan ketuanan Melayu


Agen Freemason, Stamford Raffles yg kononnya diisytiharkan sbg org yg membuka Singapura di dalam memoirnya telah menggariskan cara British untuk melemahkan kekuatan Melayu Islam di Tanah Melayu:

1. British perlu membawa masuk secara besar2an pendatang Cina dan India ke Tanah Melayu dgn menggunakan alasan ekonomi. Ini perlu dilakukan bg memastikan Tanah Melayu tidak dihuni oleh hanya org Melayu. Tanah Melayu yg dikuasai sepenuhnya org Melayu akan membuatkan Islam mnjadi kuat n boleh mmbahayakan penjajah. Jadi bg melemahkan Melayu n syiar Islam,Tanah Melayu atau Malaysia kini perlu dimajmukkan.

2. Sekat hubungan yg rapat antara Raja n pemimpin Melayu dengan ulama dari Tanah Arab. Pengaruh yg kuat dari ulama Arab boleh mengembangkan syiar Islam bukan shj di Tanah Melayu tapi juga Nusantara. Oleh itu perkaitan antara Arab dgn Nusantara perlu dihapuskan. Sebab itu,para orientalis begitu keras menafikan kedatangan Islam ke nusantara ini adalah melalui Tanah Arab.

Kini, 2 langkah di atas benar2 tlh mmberi kesan negatif kpd org Melayu Islam khususnya di Malaysia. Masyarakt majmuk yg wujud di negara ini bnyk mendtgkn bnyk masalah spt kesukaran org Islam utk mngamalkan Islam scra syumul. Bayangkan mahu laksanakn hukum hudud pn kena minta kebenaran dr org kafir yg dulu adalah kaum pendatang.

Kesimpulannya, British tlh hampir berjaya memastikan syiar Islam mnghadapi kesukaran utk dinyalakan di negara ini. Ditambah lagi dgn perpecahan org Melayu n sikap pemerintah yg terlalu berlembut dgn bukan Melayu mnjadikan perancngn British ini hampir sempurna 100%.

BAHAYA!MALAYSIA BAKAL RUNTUH SEPERTI KESULTANAN MELAKA?


Punca kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak dibincngkan oleh ramai pengkaji sejarah.Sejarah tetap sejarah. Biarpun terdapat segelintir rakyat Malaysia yg memandang sinis terhadap sejarah kejatuhan Melaka ini tapi mungkin ramai yg tidak sedar tentang signifikannya terhadap keadaan Malaysia sekarang.

Percayalah ciri-ciri kejatuhan Melaka dulu sudah mula kelihatan pd negara tercinta ini. Tepatlh seperti kata pepatah sejarah itu lazimnya berulang.

Antara bukti ciri2 kejatuhan Melaka yg ada pd Malaysia ialah:

1. Perebutan kuasa di antara org Melayu (UMNO vs PAS-PKR) sehingga berlakunya perpecahan yg teruk sehingga nasib Islam n Melayu terabai.

2. Org Melayu Islam di negara ini semakin lalai dgn kuasa n harta yg ada (khususnya org politik,bangsawan n kerabat raja) hinggakn tidak mempedulikan Islam n Melayu yg sering dihina.

3. Kebanjiran pendatang asing sehinggakan jawatan pengawal keselamatan pn disandang oleh pendtng asing. Ia sngat bahaya kerana dikhuatiri akan ada dlm kalangan mereka ini yg akan berbuat khianat jika berlaku huru-hara dlm negara.

4. Watak pengkhianat Melaka spt Ninachatu n Raja Mendeliar yg sanggup bersengkongkol dgn kuasa luar utk mnjtuh seterusnya mndptkn kuasa telah muncul dlm negara ini (xperlu disebut siapa orgnya lu fikirlh sendiri).

Bnyk lg ciri2 kejatuhan Melaka yg mula menjngkiti Malaysia yg boleh dibincngkn.Apa yg ditakuti ialah jika Melaka jatuh akibat diserang oleh penjajah Portugis,maka siapakah kuasa asing yg bakal menghncurkan Malaysia?Nauzubillah mntak dijauhkan.

Tapi apapun ia tak mustahil berlaku. Selagi Melayu Islam terus bercakaran sesama sendiri tak mustahil masa kejatuhan itu hanya menunggu detik shj.

Rabu, 18 Jun 2014

MELAYU JADI CALON DAP KERANA UMNO TIDAK HARGAI BAKAT MUDA MELAYU!!!


Pemilihan Dyana Sofia sebagai calon parti rasis DAP dalam PRK Teluk Intan tempoh hari menimbulkan pelbagai persepsi khususnya dalam kalangan orang Melayu. Orang Melayu (jati diri kuat dan sayangkan agama bangsa) menganggap Dyana seorang pengkhianat bangsa.

Kita boleh kutuk, maki dan kata apa sahaja mengenai tindakan Dyana itu sama ada sebagai pengkhianat bangsa, menjual maruah bangsa dan agama dan apa sahaja gelaran yang menghina. Tapi pernahkah kita berfikir mengapa beliau memilih untuk berjuang bersama DAP dan bukannya parti Melayu seperti UMNO?

Dari segi amalan demokrasi, tindakan Dyana itu langsung tidak menyalahi etika dan undang-undang. Cuma dari aspek budaya (baca: budaya Melayu), perbuatan Dyana yang mewakili DAP yang dikatakan anti-Melayu, anti-Raja Melayu dan anti Islam mungkin dianggap salah.

Bagi GAD, sudah menjadi kelaziman orang muda seperti Dyana memiliki cita-cita tinggi. Bercita-cita untuk popular, ada kuasa, kaya dan diminati ramai mungkin menjadi impian beliau. Bagi menggapai impian itu, beliau telah memilih bidang politik yang sememangnya mudah untuk memperolehi semua yang diimpikan itu. Tapi tindakannya memilih DAP dan tidak parti Melayu Islam seperti UMNO atau PAS bagaikan melawan arus.

Sebenarnya, bagi GAD tindakan Dyana itu menunjukkan beliau seorang yang bijak dan oportunis. Beliau tahu pada masa kini DAP adalah parti yang paling popular (dlm kalangan orang Cina) dan berpengaruh. Beliau juga tahu jika beliau memilih untuk berjuang bersama UMNO, beliau tidak akan ke mana-mana. Lihat saja nasib ibunya di dalam UMNO.

Semua orang tahu UMNO memang kurang mesra dengan bakat muda dan profesional Melayu. Sudah biasa mendengar kisah profesional Melayu yang berpendidikan tinggi apabila memohon menjadi ahli UMNO di mana-mana cawangan, lazimnya permohonannya itu ditolak. Alasannya ialah kerana ketua cawangan atau bahagian yang mungkin kurang berpendidikan tinggi bimbang dengan aura yang mungkin ada pada golongan profesional tersebut.

Akibatnya ramai profesional Melayu kecewa dan membuat keputusan menyertai parti pembangkang seperti PAS dan PKR yang lebih menghargai bakat mereka. Itulah kebodohan UMNO. Mereka masih mahu mempertahankan status quo yang sebenarnya akan menghumban mereka ke lembah penghinaan dalam PRU ke 14 akan datang.

Dalam kalangan orang muda Melayu, UMNO dipersepsikan sebagai parti elit, parti untuk kroni dan kawan atau kerabat rapat sahaja. Tiada ruang untuk bakat muda menunjukkan kualiti kepimpinan mereka. Jika ada pun, mungkin mereka ada "cable" atau kenal dengan orang atasan.

Jika persepsi ini berterusan dan UMNO gagal menanganinya, UMNO pasti menghitung hari untuk dikuburkan. Tindakan Dyana Sofia menyertai DAP sepatutnya tidak dikeji tapi sewajarnya menjadi pengajaran kepada UMNO kerana gagal memahami isi hati anak muda dan profesional Melayu. Sampai bila muka yang sama sahaja yang menjadi pemimpin atau wakil rakyat UMNO sedangkan mereka-mereka ini hanya tunggu masa untuk rebah pada PRU 14 akan datang.

Sabtu, 14 Jun 2014

MESTI BACA! STRATEGI HALUS PAP PINGGIRKAN MELAYU DI SINGAPURA


Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP) untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi tersebut ialah:

1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu

Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.

Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.

Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.

2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu 

Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden.

Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.

3. Kuota kediaman etnik

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.

Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.

Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan.

4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)

Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya, setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.

Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam wad GRC.

Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya Melayu.


5. Pengubahan fakta sejarah Singapura

Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura, kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun 1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.

Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan. Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.

6. Peminggiran pendidikan orang Melayu 

Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.

PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.

Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti. Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.

Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.

Sebagai tambahan...

7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura

Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.

8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara



*Pesan GAD - sedarlah wahai bangsaku. Sebenarnya, dengan apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di Singapura dan panjang umurnya Lee Kuan Yew adalah suatu petunjuk dan mungkin juga ujian oleh Allah kepada kita di Malaysia ini. Tak mustahil perkara-perkara di atas akan berlaku di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang pun, petanda semua perkara di atas sedang berlaku. Contohnya di P.Pinang, di mana orang Melayu di sana bagaikan sengaja ditekan hidup mereka. Mereka kehilangan tanah dan kampung tradisi, sukar untuk berniaga dan banyak lagi yang GAD rasa semuanya dilakukan dengan bermatlamat untuk menghalau secara perlahan-lahan orang Melayu dari PP. Selagi kafir harbi DAP dibantu oleh parti pengkhianat bangsa PAS dan PKR, tak mustahil suatu hari nanti Tanah Melayu ini akan jatuh ke tangan Cina. Masa tu menangis air mata darah pun dah tak berguna lagi. Ingatlah bangsaku....kalau sekali Melayu dah kalah, bumi Tanah Melayu ini tidak mungkin lagi dapat ditebus kembali...itu adalah kepercayaan GAD.  



Jumaat, 13 Jun 2014

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR : APAKAH PETANDA KEMBALINYA KUASA MUTLAK RAJA MELAYU?


Isu Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang hangat diperdebatkan sepanjang dua minggu kebelakangan ini ibarat manifestasi kepada dua petanda iaitu:

Pertama - Apakah sudah hilang rasa percaya dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Johor terhadap ahli politik atau wakil rakyat sehinggakan perlu melibatkan Tuanku Sultan Johor dalam lembaga tersebut?

Persoalan pertama ini ada logiknya kerana jika dilihat atau dikaji apa sahaja isu tidak kira berkaitan dengan isu perkauman, agama, bahasa, pendidikan, perumahan atau apa sahaja berkaitan dengan kehidupan rakyat akan dipolitikkan sehingga ianya panas. Persoalannya siapakah yang membuatkan isu-isu tersebut panas? Adakah rakyat marhaen, penoreh getah, posmen, guru atau rakyat biasa? Jawapannya sudah pastilah ahli politik.

Sudah menjadi lumrah, ahli politiklah yang selalu (malah suka) memanaskan sesuatu isu bagi mendapatkan manfaat politik demi meraih undi. Sebenarnya, rakyat bawahan tidak kira pelbagai bangsa atau kaum boleh hidup aman damai, tetapi di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik inilah telah menyebabkan rakyat berpecah belah dan bersikap prejudis.

Berbalik kepada persoalan pertama tadi, berkemungkinan besar jika tiada campur tangan Sultan, sudah pasti kemudahan perumahan yang disediakan di Johor tidak akan mesra rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah. Sudah menjadi kelaziman, pihak pemaju (mungkin atas dokongan ahli politik tertentu) lebih suka membina rumah mewah berbanding membina rumah mampu milik atas alasan lebih menguntungkan.

Seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, di mana rakyat berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah atau hartanah kerana harga yang ditawarkan di luar kemampuan mereka, isu ini sebenarnya boleh ditangani asalkan bukan oleh ahli politik atau wakil rakyat.

Jadi siapakah yang boleh menanganinya? Mungkin sebab itu Tuanku Sultan dilibatkan sebagai salah seorang ahli lembaga tersebut. Mungkin hanya Tuanku Sultan yang berkuasa untuk mengelakkan apa yang  berlaku di P.Pinang tidak berlaku pula di Johor. Ingat, Johor adalah jiran Singapura. Johor kini sedang diintai oleh parti paling rasis iaitu DAP untuk menguasainya. Tidak mustahil dengan kerjasama DAP dengan pihak pemaju (kebanyakannya Cina mungkin ahli DAP) perumahan mampu milik tidak akan banyak dibina di Johor atas strategi ingin memecahkan undi Melayu di sesuatu kawasan. 

Majoriti orang Melayu adalah berpendapatan rendah dan lazimnya mereka hanya mampu membeli rumah mampu milik. Jika tidak dibina, di mana mereka ingin tinggal?

Jangan terkejut sekiranya isu perumahan ini dijadikan taktik halus kafir DAP dan sekutunya untuk menghalau orang Melayu di sesuatu kawasan. Jika orang Melayu sudah kurang, maka kuasa undi mereka juga kurang. Jadi siapa yang untung?

Orang politik termasuk wakil rakyat Melayu tahu apa? Mereka hanya fikirkan untuk memenuhkan tembolok mereka sahaja. Apa jadi pada bangsa dan agama sendiri tolak ketepi.

Mungkin ramai orang memandang isu ini akan mencemarkan konsep Raja Berpelembagaan tapi kita perlu juga memandang dari sudut lain.

Kedua - Apakah ini petanda rakyat mahukan kuasa Sultan dikembalikan atau dengan kata lain berkuasa mutlak?

Persoalan ini mungkin agak keterlaluan lebih-lebih lagi Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Tapi kita boleh berfikir di luar kotak. Persoalan ini sebenarnya masih berkait rapat dengan isu moral ahli politik dan wakil rakyat yang gagal menjalankan amanah membela nasib rakyat.

Jika ahli politik dan wakil rakyat gagal memainkan peranan mereka, mungkin sudah tiba masanya kita menyandarkan harapan kepada Tuanku Sultan untuk membela rakyat. Tapi adakah kita berani untuk membuang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang dan berubah kepada sistem monarki?

Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia jika kita mengamalkan sistem beraja berkuasa mutlak? Lihat Brunei di mana Sultannya berkuasa mutlak. Mereka tiada parti politik berlabel Islam tapi sudah mengorak langkah melaksanakan hukum hudud. Sekarang cuba bandingkan dengan Malaysia yang sudah menempuh 13 PRU dan memiliki sebuah parti kononnya terlebih Islam yang sering melaungkan-laungkan ingin melaksanakan hudud (sebenarnya nak meraih undi saja). Tapi habuk pun tak ada. Sampai sekarang isu hudud hanya menjadi mainan mereka. 

Kenapa ini berlaku di Malaysia? Tak lain dan tak bukan kita di sini terlalu banyak sangat berpolitik sampai satu benda pun tak jadi. Dan semua ini adalah angkara ahli politik dan wakil rakyat. Merekalah yang paling rasis, mempergunakan agama, songlap duit rakyat, mengamalkan kronisme, nepotisme dan banyak -isme lain. Rakyat biasa tidak bersalah. Mereka hanya inginkan kebajikan mereka dibela dan mengimpikan kehidupan yang sejahtera.

Jika wakil rakyat dan ahli politik tidak mampu menawarkan itu semua, apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat beralih kepada Raja-Raja Melayu sebagai pembela tunggal mereka?