Rabu, 18 Jun 2014

MELAYU JADI CALON DAP KERANA UMNO TIDAK HARGAI BAKAT MUDA MELAYU!!!


Pemilihan Dyana Sofia sebagai calon parti rasis DAP dalam PRK Teluk Intan tempoh hari menimbulkan pelbagai persepsi khususnya dalam kalangan orang Melayu. Orang Melayu (jati diri kuat dan sayangkan agama bangsa) menganggap Dyana seorang pengkhianat bangsa.

Kita boleh kutuk, maki dan kata apa sahaja mengenai tindakan Dyana itu sama ada sebagai pengkhianat bangsa, menjual maruah bangsa dan agama dan apa sahaja gelaran yang menghina. Tapi pernahkah kita berfikir mengapa beliau memilih untuk berjuang bersama DAP dan bukannya parti Melayu seperti UMNO?

Dari segi amalan demokrasi, tindakan Dyana itu langsung tidak menyalahi etika dan undang-undang. Cuma dari aspek budaya (baca: budaya Melayu), perbuatan Dyana yang mewakili DAP yang dikatakan anti-Melayu, anti-Raja Melayu dan anti Islam mungkin dianggap salah.

Bagi GAD, sudah menjadi kelaziman orang muda seperti Dyana memiliki cita-cita tinggi. Bercita-cita untuk popular, ada kuasa, kaya dan diminati ramai mungkin menjadi impian beliau. Bagi menggapai impian itu, beliau telah memilih bidang politik yang sememangnya mudah untuk memperolehi semua yang diimpikan itu. Tapi tindakannya memilih DAP dan tidak parti Melayu Islam seperti UMNO atau PAS bagaikan melawan arus.

Sebenarnya, bagi GAD tindakan Dyana itu menunjukkan beliau seorang yang bijak dan oportunis. Beliau tahu pada masa kini DAP adalah parti yang paling popular (dlm kalangan orang Cina) dan berpengaruh. Beliau juga tahu jika beliau memilih untuk berjuang bersama UMNO, beliau tidak akan ke mana-mana. Lihat saja nasib ibunya di dalam UMNO.

Semua orang tahu UMNO memang kurang mesra dengan bakat muda dan profesional Melayu. Sudah biasa mendengar kisah profesional Melayu yang berpendidikan tinggi apabila memohon menjadi ahli UMNO di mana-mana cawangan, lazimnya permohonannya itu ditolak. Alasannya ialah kerana ketua cawangan atau bahagian yang mungkin kurang berpendidikan tinggi bimbang dengan aura yang mungkin ada pada golongan profesional tersebut.

Akibatnya ramai profesional Melayu kecewa dan membuat keputusan menyertai parti pembangkang seperti PAS dan PKR yang lebih menghargai bakat mereka. Itulah kebodohan UMNO. Mereka masih mahu mempertahankan status quo yang sebenarnya akan menghumban mereka ke lembah penghinaan dalam PRU ke 14 akan datang.

Dalam kalangan orang muda Melayu, UMNO dipersepsikan sebagai parti elit, parti untuk kroni dan kawan atau kerabat rapat sahaja. Tiada ruang untuk bakat muda menunjukkan kualiti kepimpinan mereka. Jika ada pun, mungkin mereka ada "cable" atau kenal dengan orang atasan.

Jika persepsi ini berterusan dan UMNO gagal menanganinya, UMNO pasti menghitung hari untuk dikuburkan. Tindakan Dyana Sofia menyertai DAP sepatutnya tidak dikeji tapi sewajarnya menjadi pengajaran kepada UMNO kerana gagal memahami isi hati anak muda dan profesional Melayu. Sampai bila muka yang sama sahaja yang menjadi pemimpin atau wakil rakyat UMNO sedangkan mereka-mereka ini hanya tunggu masa untuk rebah pada PRU 14 akan datang.

1 ulasan:

  1. Inilah cara jijik DAP. Mengingatkan ada orang Melayu pekerja kilang dipergunakan oleh ADUN DAP dengan menubuhkan Syarikat Dummy kepunyaan dengan bama dan pengarah Melayu tetapi dimanipulasi oleh ADUN DAP. Kematian Teoh Beng Hock mungkin ada kaitan.

    BalasPadam