Selasa, 25 Oktober 2011

UMAT MELAYU-ISLAM TERUS DISERANG!

Ada laporan yang menyatakan bahawa terdapat tangan-tangan halus di negara ini yang sedang berusaha untuk menghapuskan identiti agama di dalam My Card. Sasaran utamanya ialah umat Melayu-Islam, di mana pihak-pihak tersebut cuba membuang perkataan "Islam" dan "bin" serta "binti" dalam kad pengenalan.

Jika laporan ini benar, bermakna serangan terhadap umat Melayu Islam di negara ini sudah memasuki tahap serius iaitu melibatkan usaha meliberalisasikan kepercayaan penganut Islam. Golongan kafir harbi ini semakin berani bermain dengan api.

Umat Melayu Islam di negara ini perlu membuka mata dan pemikiran mereka seluas-luasnya. Jangan mudah termakan dengan usaha pelbagai pihak ingin membuang kotak pengenalan kaum dan agama di dalam borang-borang cthnya borang permohonan bantuan / borang permohonan jawatan kerajaan.

Serangan terhadap umat Islam di negara ini sudah sampai ke tahap serius. Umat Islam telag diserang di segenap sudut. Sekarang serangan masih dilancarkan secara halus. Mungkin sedikit masa lagi tangan-tangan halus ini akan merangka strategi secara terbuka untuk menghancurkan terus akidah Islam di negara ini.

Persoalannya: sampai bilakah umat Melayu Islam akan dapat bertahan dalam menangkis serangan tersebut?  

Khamis, 6 Oktober 2011

HUDUD : PAS SUDAH TERLAJAK PERBUATAN!

Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba PAS kembali memainkan cerita lama iaitu ingin melaksanakan hudud. Cerita yang sudah basi. Sekejap isytihar negara kebajikan lepas tu tup tap tup tap nak patah balik laksanakan hudud. Inilah masalahnya bila orang yg tak takut balasan Allah. Hukum Islam dibuat main-main demi undi yg tak boleh bawa mati.

PAS sebenarnya telah tersedar bahawa populariti mereka merundum teruk di mata pengundi Melayu Islam. Sikap rakus mereka memperalatkan Islam dan akidah akhirnya telah memerangkap mereka. Jadi untuk memulihkan semula keadaan, mereka pun berpatah baliklah melaungkan-laungkan kononnya mereka ingin laksanakan hudud semula.

PAS tahu para penyokong mereka khususnya di ceruk-ceruk kampung sudah pasti terkesan dengan strategi basi mereka itu. PAS ingin mengambil semula hati para penyokongnya. Tapi mereka silap. Rakyat semakin matang dalam menilai. PRU 13 nanti bakal menjadi penentu nasib PAS sama ada dihukum atau sebaliknya. 

PAS memang tidak bertanggungjawab. Sah PAS memang bukan parti Islam. Kata-kata Tun Mahathir dulu bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik adalah tepat sekali. Bubarkan saja PAS. Kalau nak perjuangkan Islam dan berdakwah lebih baik join saja jemaah tabligh. Lagi mulia. Tak guna mulut melaung-laungkan ingin laksanakan hukum Islam tapi hati busuk dan tingkah laku tidak serupa org Islam.

PAS sama keji dengan ZIONIS!!!