Khamis, 6 Oktober 2011

HUDUD : PAS SUDAH TERLAJAK PERBUATAN!

Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba PAS kembali memainkan cerita lama iaitu ingin melaksanakan hudud. Cerita yang sudah basi. Sekejap isytihar negara kebajikan lepas tu tup tap tup tap nak patah balik laksanakan hudud. Inilah masalahnya bila orang yg tak takut balasan Allah. Hukum Islam dibuat main-main demi undi yg tak boleh bawa mati.

PAS sebenarnya telah tersedar bahawa populariti mereka merundum teruk di mata pengundi Melayu Islam. Sikap rakus mereka memperalatkan Islam dan akidah akhirnya telah memerangkap mereka. Jadi untuk memulihkan semula keadaan, mereka pun berpatah baliklah melaungkan-laungkan kononnya mereka ingin laksanakan hudud semula.

PAS tahu para penyokong mereka khususnya di ceruk-ceruk kampung sudah pasti terkesan dengan strategi basi mereka itu. PAS ingin mengambil semula hati para penyokongnya. Tapi mereka silap. Rakyat semakin matang dalam menilai. PRU 13 nanti bakal menjadi penentu nasib PAS sama ada dihukum atau sebaliknya. 

PAS memang tidak bertanggungjawab. Sah PAS memang bukan parti Islam. Kata-kata Tun Mahathir dulu bahawa PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik adalah tepat sekali. Bubarkan saja PAS. Kalau nak perjuangkan Islam dan berdakwah lebih baik join saja jemaah tabligh. Lagi mulia. Tak guna mulut melaung-laungkan ingin laksanakan hukum Islam tapi hati busuk dan tingkah laku tidak serupa org Islam.

PAS sama keji dengan ZIONIS!!!
   

2 ulasan:

  1. Hudud .Parti PAS dalam Muktamar baru baru ni istiharkan Negara islam tidak lagi diperjuangkan kerana tiada dalam AL Quran .Sekarang ni kan PAS parti Kebajikan/Komunis jadi nak laksanakan Hudud buat apa . Bodoh sangatlah orang islam yang percayakan parti depan belakang ni.Bubarkan je PAS boleh lah orang islam di Malaysia ini beramal dengan aman.Wassallam.

    BalasPadam
  2. Setuju dgn semua kenyataan tuan punya blog... PAS PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

    BalasPadam