Selasa, 24 Mei 2011

SEBARKAN! : KISAH PERANG SABIL DI SUNGAI MANIK, PERAK



Peristiwa sejarah Tanah Melayu di bawah jajahan Cina Komunis MPAJA selama 14 Hari


Perang Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari. Kekejaman Cina Komunis ini tak banyak beza dengan kegiatan AhLong masakini yang menyiksa mangsa hutang tanpa belas kasihan kerana kegiatan jenayah terancang mereka ini diwarisi turun temurun melalui kongsi gelap yang menjadi tulang belakang dewan perniagaan Cina di seluruh dunia.


Banyak cerita perihal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini makin luput dari ingatan generasi muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang Melayu dari Sg Manik telah beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk menyelamatkan nyawa orang Melayu di Kg Baru yang berada dalam bahaya. Anda mungkin pernah mendengar kisah Parang Terbang yang berlegar sewaktu curfew atau perintah berkurung semasa peristiwa 13 Mei.



Pergerakan seperti Tentera Sabil atau Kumpulan Parang Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. 



Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.



Mereka melakukan banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat.



Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza. Mungkin Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu, seperti yang terjadi di Singapura!



Bagi orang Melayu Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu.



Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan orang Melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. 



Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. 



Orang Melayu Banjar Sg Manik tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato, cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan direkodkan dalam sejarah negara. Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah Melayu oleh Komunis Cina Bintang Tiga selama 14-hari itu berulang kembali hanya kerana Melayu Mudah Lupa!



40 ulasan:

  1. segala catitan dan cerita mulut orang sg manik perlu direkod dan dibukukan. tidak perlu harapkan pemerintah saja. buku ini pasti laris. siapa yang berani. sila

    BalasPadam
  2. Ini adalah peringatan kepada orang Melayu supaya sentiasa waspada terhadap musuh dalam selimut yang merupakan ahli2 politik dari kalangan pemangkang yang sentiasa mengintai peluang bagi menghapuskan kekuasaan orang Melayu di tanah air sendiri.

    BalasPadam
  3. Sayang sekali, kisah ini harus dicatit dalam sejarah Malaysia, agar generasi yang baru dapat memahami akan intipati perjuangan umat Islam Melayu yang berjuang demi kebenaran dan keadilan yang sebenar.

    Malangnya, ia tidak tercatit dengan lengkap, hanya dari mulut ke mulut sahaja.

    Kisah perjuangan mereka ini tidak dapat dibayar dgn dengan harta, kedudukan mahupun kuasa.


    Mereka - mereka inilah yang layak digelar pejuang sebenar.

    Ayuh!

    Mari kita sedekahkan Al - fatihah pada mereka - mereka ini, Moga Allah s.w.t tempatkan mereka di kalangan orang - orang yang beriman.


    Amin ya rabbal alamin.

    BalasPadam
  4. maasalah nya kini orang melayu sendiri telah berpecah sesama sendiri,jika perkara ini tidak berlaku nescaya bangsa2 yang lain di malaysia tidak berani sama sekali.

    BalasPadam
  5. Ayuhak Kulaan semua bukukan sejarah masyarakat Banjar, aku ni pun kulaan jugak.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha aku pon kulaan jugak...kulaan harmine =D

      Padam
  6. lebih baik begitu...diceritakan secara oral, turun temurun....kalau di bukukan, boleh di guna pakai oleh puak puak babi untuk di jadikan alasan yg org melayu ni racist...

    BalasPadam
  7. pengundi adun pasir panjang,perak24 Mei 2011 4:52 PTG

    aku org perak. dari kecik aku dpt tau citer nie dari ramai sedara mara di sini. perang sabil..parang terbang..memang berlaku. tapi aku rasa mungkin org melayu pas/pkr sendiri akan kata citer ini adalah perkauman..rasis..apatah lagi dengan sokongan unsur2 komunis/chauvinist DAP.

    kepada pas dan nizar..maaf, kali nie undi teman dah tak melayang lagi pada engkorang..cukup2lah..hampa tak memenuhi amanah yang digalaskan..meluat teman tgk dengan gelagat engkorang..

    sayonara pas/pr

    dari: yang menyesal ngundi nizar jamaludin (pengundi pasir panjang)

    BalasPadam
  8. atuk bini den wak turin orang kanan kiyai salleh masih hidup lagi skg ni dok kat batu pahat. dpt gak la pingat dari sultan johor.org majalah pun ada dtg gak interview. org zaman sekarang da xpecaya ilmu2 tu. sibuk ngn AF ngn mentor xhabis2.

    BalasPadam
  9. ANAK BUKIT HIJAU24 Mei 2011 5:44 PTG

    Salam.
    Aku pernah dengar peristiwa itu.

    Tapi bolehkah kita temui sesiapa yang boleh membantu orang-orang tua maupun anak-anak muda yang berhajat untuk "mengenali dan mempelajarinya"

    Terutama sekali di sekitar "Sungai Manik"

    Taklah jauh sangat.

    BalasPadam
  10. Kiyai Salleh tu my family closed friend . Saya banjar dari BP. My dad used to take me by speed boat to rumah Kiyai Salleh di Parit Penghulu . Kami sekeluarga selalu berkunjung kerumahnya di Jalan Zabedah Batu Pahat. Nak tahu yang terror tu isteri kepada Kiyai Salleh.

    Bersatulah Bangsaku demi mempertahankan agama dan bangsa kita. Musuh jangan dicari.I lost my beloved father during May 13. Saya pun tak faham macam mana ada Melayu dan Pas boleh bekerjasama dengan DAP. I was in Form Five lost my dad before my Senior Cambridge. I am not racist. Most of my friend are Chinese and Indians and they mourned with me too. Janganlah ada 13 May lagi . It is dammed scarry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Apa yg saudara cerita sama jgk yg arwah bapa cerita cerita pada saya ,masa tu saya kecil lagi saya tinggal diPontian sempadan BP dimasa tu keadaan disitu tidak aman dimana ada beberapa org anak murid Panglima Saleh menjaga kampong di kawasan tersebut termasuk bapa saya. Yg tinggal selindang merah sbg kenangan...

      Padam
  11. minta maaf skdar mmberi pndpt.. adakah perlu kt myebut suku ttentu yg byk bjasa pd peristiwa 13mei.. sy bpdpt kbykn melayu tlalu bpgang kpd suku.. lg2 yg mmbabitkn kepahlawanan ssorg.. mgkinkh ini yg myebabkn kt sukar bsatu di ats satu nama 'MELAYU".. suku jawa akn agkt jawa, banjar dgn bnjr.. bgitu jg dgn suku2 yg lain.. bg sy knp tdk myebt bgsa MELAYU shj.. yg mhairankn apabila kt mceritakn perhal kelemahan.. kt akn mgatakan ini perihal kelemahan melayu, kecuaian melayu.. melayu mudah lupa.. tdk pula dsebut suku spt jawa mudah lupa atau suku minang yg...dll.. sy rs dlm peristiwa hitam tbut ksmua suku2 bsatu sbgai MELAYU mmperthnkn tnh air.. ia mmbabitkn kepahlawan bangsa tnpa mgngkt mn2 suku.. ~miko

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. saye setuju.. bg saya sungai manik juga memiliki berbagai suku kaum yg mendiami sungai manik begitu lama seperti suku kampar .. sy juga tinggal di sungai manik .. datuk saya berketurunan suku kampar dari padang indonesia ..dan telah datang ke sungai manik bersame moyang saye pada tahun 1926 ..datuk saya juga adalah seorang yg telah menentang keras komunis ..sehingga tangan beliau kudung ditembak komunis .. bg sy kenyataan yg disebut oleh admin lebih menyatakan perjuangan suku banjar di sungai manik .sedangkan sungai manik memiliki suku yg banyak seperti jawa , banjar (minoriti ) kampar, rawo ,temosai , mendiling dan deli ..

      Padam
  12. saya suka dengan penulisan ini. apabila saya membaca penulisan, saya rasa bangga kerana saya juga berketurunan Banjar. saya mempunyai keturunan di banjar di batu pahat. jika saya diberi kesempatan, mungkin saya ingin mengambil bahagian dalam usaha-usaha untuk menonjolkan kisah ini. Isya ALLAH...

    BalasPadam
  13. Saya orang Tanjung Keramat, berhampiran Sungai Manik, kiranya saya juga selalu berlegar-legar di situ. InsyaAllah, saya bericta-cita untuk bukukan kisah sejarah ini agar tidak dilupakan anak generasi muda sekarang. Tapi, perjalanan masih jauh. InsyaAllah saya akan cuba melakukan...

    BalasPadam
  14. saya pun suka peritiwa sungai manik dimasukkan dalam silibus buku sejarah--kita akan tahu cerita sebenar--

    BalasPadam
  15. jangan biarkan melayu hilang di dunia.

    BalasPadam
  16. Salam semua..

    saya pun salah seorang berketurunan banjar, memang pernah saya dengar orang2 tua bercerita tentang perang sabil di sg manik. Cerita ni rasanya memang tak boleh dapat kat mana2 buku sejarah. Hanya disampaikan dari mulut ke mulut je. Memang tragis la kalau dengar.Kekejaman komunis masa tu memang menakutkan. Mujur lah datuk aku selamat masa tu..Kalau tidak, memang aku tak lahir lah kedunia ni.Sebelum cerita ni terkubur, boleh lah bertanya pada orang2 tua yang pernah alami kisah sebenar perang sg manik ni. Semoga yang mendengar cerita tu dapat menjadi warganegara yang baik dan menyayangi bangsa.Khususnya orang2 banjar.

    BalasPadam
  17. Kiyai salleh mendapat parang dari seorang guru disungai manik..

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum kulaan...
    sy anak banjar dr sg.manik..
    sy sgt sedih ble mdgr crte psl pperangn mlibatkn kaum melayu/banjar ni..
    alih2 pglibtn arwah atuk sy dlm perang sabil ni....
    alhamdllah bliau xtwas d'tgn komunis laknatullah ni.....
    AL-FATIHAH kpda pndekar/pahlawan yg terkorban
    ayuh lah angahnyak seberataan...!!!!!
    "bersatulah melayu"islam dijunjung"
    ALLAHUAKBAR....!!!!!!

    BalasPadam
  19. allah hu akbar perangi musuh allah

    BalasPadam
  20. sepatut nye kene le masuk kan name name ke dalam sejarah malasiaya kerana org banjar telah menolong perak. dah oyang aku mati sebab berperang dng cina tak gune tu bugulan . masuk tampat org jadi maling

    BalasPadam
  21. kenapa masa zaman sekolah dulu, kita tak belajar sejarah macam ni. salah satu sebabnya ialah buku-buku zaman sekolah dulu ditulis oleh orang-orang cina !!!

    BalasPadam
  22. disebalik nama tuan guru hj bakri dan kiyai saleh tersembunyi satu nama. org itu bertanggungjawab memberikan parang dan ilmu-ilmu tertentu pd kiyai saleh dan hj bakri.

    BalasPadam
  23. atuk sebelah ayah & mak bersama ramai lg orang kg banjar tk intan turut menjadi mangsa pembunuhan PKM pada bulan ramadan 1945 di jambatan besi (jambatan keretapi) yg menghubungkan kg bahagia dgn bandar Tk Intan.Ada yg terselamat, namun semua dah meninggal dunia lama..saya sedang mengumpul maklumat utk dibukukan. sekurang2nya utk tatapan anak cucu.akibatnya keluarga kami yg terdahulu terpaksa berhenti sekolah & hidup susah...baru mlm ni saya terjumpa di talian. tapi kisah pembunuhan tu pernah disiarkan dalam dewan masyarakat diceritakan oleh bekas homeguard yg sudah tiada.

    BalasPadam
  24. atuk aq dekat sayong digelar sebagai din parang panjang,beliau berkata .Kami yang mempertahankan tanah melayu bukan UMNO .UMNO hanya mendapat nama di sebalik tubuh kami . cer korang tengok syeikh tahir jalaluddin dia seorang yg nasionalisme wlobagaimnapun dia menyertai perjuangan pas , Kalau Umno ADA mca ,pas ADA DAP, n U MUST KNOW X SEMUA CINA ADALAH KOMUNIS ini semua propaganda british daN UMNO ok

    BalasPadam
  25. Budak batu 3 segari14 September 2012 3:25 PG

    Aku plak bdk batu 3segari lumut..bkn nk citer psl politik lar kn..tp korang cer tgok,perjuang2 dulu semua kuat2 agama ..sendiri mau ingat ar..wild umno fucck

    BalasPadam
  26. Menghidupkan kembali Gerakan Tentera Sabil

    https://www.facebook.com/GerakanTenteraSabil

    BalasPadam
  27. Memang lah perwira Melayu berperaqng sabil untuk mempertahankan Tanah Melayu menentang pengambil alihan oleh Bintang Tiga,tapi untuk mencapai kemerdekaan Melayu perlu tersusun. Semasa itu Melayu juga sudah mempunyai persatuan kecil setempat secara formal atau tidak formal. Tetapi Melayu perlu dan telah bersatu dalam gambung yang lebeih besar di peringkat neagara: UMO- United Malay Organization paa 1946 bagi menentang Malayan Union.Namanya di ubah oleh pendeta Zaaba untuk menyedapkan sebutan UMNO- United Malay National Organization. UMNO lah mengasas pembangunan Melayu di luar bandar,dan meningkat pelajaran anak anak Melayu atas saranan Tun Razak (Razak Report),Pembangunan estate Melayu Felda,Felcra pemabgunan kawasan padi MADA,KADA,Besut,Kuala Selangor...dan saham ASN,Usahawan melalui MARA & UITM dan lain lain.

    BalasPadam
  28. Pada pandangan aku, ramai anak Banjar wayahinik menyertai PAS kerana kecintaan terhadap Islam dan bencikan korupsi dlm kepimpinan UMNO! namun demi mengetepikan Si Kapir Harbi DAP anak2 Banjar di seru agar menyokong UMNO selagi PAS tidak keluar dari pakatan rakyat! Dari pada aku menyokong kapir harbi... lebih baik aku sokong urg yg seagama dgn ku... mudah-mudahan pemimpin UMNO mendapat hidayah menjauhi maksiat.

    BalasPadam
  29. Bersatulah Anak Melayu ..

    BalasPadam
  30. Kisah ni memang benar. .atok sy pon ad waktu ini. .

    BalasPadam
  31. setiap kali balik kampung, aku akan membawa anak anak ku melawat kunci air 4 sg manik,tempat lahirnya aku. sambil ku ceritakan kisah kisah ini kepada mereka.

    BalasPadam
  32. Seorang berpangkat datok saudara saya terlibat waktu peristiwa di jambatan Sungai Manik,beliau turut cedera,bintang tiga mencampakkan beliau ke dalam sungai dan dihanyutkan air. Mujur masih panjang umur setelah beberapa lama beliau tersedar semula dan merangkak pulang ke kampung Sg Manik dan menceritakan kepada orang kampung apa yang terjadi.Selepas itulah berlaku kebangkitan dan perang yang dahsyat.Saya amatmengalu-alukan jika ada pemuda tempatan yang mengambil inisiatif untuk membukukan kisah perang tersebut supaya menjadi iktibar untuk kemudian hari.Jangan mudah percaya kepada kaum tersebut kerana hati mereka tidak boleh dipercayai. Kalau ada yang berinisiatif cuba tanya orang tua-tua satu nama "Sulau".....

    BalasPadam
  33. Apa orang Melayu gelisah jika di panggil rasis....pehak lain sudah mengamalkan nya berkurun2 demi mejaga kepentingan kaum mereka. Orang Melayu tah mahu menjaga kepentingan Bangsa Melayu, bangsa senidiri ke? Rasis bukan bermakna ganas.....

    BalasPadam
  34. Disarankan 13 Mei setiap tahun di adalah hari cuti umum sebagai memperingati perjuangan nenek moyang kita mempetahankan negara dari serangan komunis.

    BalasPadam