Selasa, 17 Mei 2011

HARGA PETROL RON 95 AKAN DISEMAK SEMULA


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Dato' Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa kerajaan akan menyemak semula harga petrol RON 95. Beliau menjelaskan bahawa ia merupakan proses biasa kerana harga petrol dan beberapa barang lain akan disemak setiap 6 bulan sekali. Kali terakhir harga petrol disemak ialah pada bulan Disember 2010. 

Harga petrol RON 95 sekarang adalah RM1.90 seliter. Harga petrol di negara ini ditentukan berdasarkan harga petrol dunia. Mengikut situasi semasa dan ditambah dengan beban kewangan negara, kenaikan harga petrol RON 95 mungkin berlaku.

Gerakan Anti DAP memohon kepada kerajaan agar menimbangkan dengan sewajarnya kepentingan rakyat sebelum berhasrat menaikkan harga RON 95. Rakyat sudah sedia terbeban dengan kos hidup dan kenaikan harga barang. Jika harga petrol terus naik, maka kehidupan rakyat akan kian terhimpit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan