Rabu, 11 Mei 2011

ISU KRISTIAN : DAP MULA KEPANASAN


Akibat bantahan keras masyarakat Islam dan beberapa laporan polis yg dibuat di seluruh negara mengenai isu kristian sebagai agama rasmi Malaysia, DAP mula kepanasan. DAP yg menjadi dalang isu tersebut menafikan yg mereka terlibat dalam mengatur perjumpaan paderi-paderi Kristian di P. Pinang tempoh hari.

Mereka menuduh akhbar Utusan Malaysia melakukan fitnah jahat dan meminta kerajaan mengenakan hukuman keras terhadap akhbar tersebut. Penafian DAP itu dikeluarkan melalui kenyataan bersama Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng dan paderi-paderi Kristian P. Pinang yg dipetik melalui laman web DAP Malaysia : dapmalaysia.org  

DAP mula sedar tembelang mereka telah pecah. Jadi mereka mahu putar belit cerita dengan menyalahkan orang lain pula (Utusan) kononnya mengadakan-adakan isu. Biasalah DAP. Bila niat jahat mereka diketahui umum, mereka pasti akan menjaja cerita yg mereka telah difitnah.

Di bawah ini ialah petikan kenyataan bersama Ketua Menteri P. Pinang, Lim Guan Eng dan paderi-paderi Kristian P. Pinang mengenai isu Kristian tersebut:

Kenyataan bersama antara Paderi-paderi Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng di Komtar, Pulau Pinang pada hari Isnin, 9hb Mei 2011:

DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.

Paderi Kristian dan pihak Gereja selalunya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.

Pihak paderi dan gereja dibelenggu kekecewaan berikutan dakwaan penipuan tersebut yang dilaporkan di media massa. Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian.

Kami melahirkan keprihatinan bahawa Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian dan juga membolehkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh menyebabkan implikasi- implikasi yang tidak diingini.

Ketua Menteri Pulau Pinang akan terus mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian, Ketua Paderi ataupun Paderi seperti mana perjumpaan yang dilakukan terhadap ulama-ulama Islam, sami-sami Buddha atau Hindu selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Christian Federation of Malaysia (CFM) (Roman Catholic Church, Council of Churches of Malaysia (CCM) and National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan