Isnin, 9 Mei 2011

DULU ANWAR ANTI CINA, KINI PEJUANG MALAYSIAN MALAYSIA


Bekas Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting ada mendedahkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pernah menolak permohonan MCA untuk menyalurkan sumbangan kepada sekolah aliran Cina.

Anwar semasa dalam kerajaan dulu dikenali sebagai pejuang tulen ketuanan Melayu dan dilihat agak kurang "mesra alam" dengan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina. Dia ibarat nasionalis yg berjuang mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan bersedia bertempur dengan pihak-pihak yg cuba mempersoalkan perkara tersebut. Sebab itu, dia menjadikan DAP & PAS sebagai musuh utama yg perlu diperangi habis-habisan.

Tapi itu dulu. Sekarang segalanya telah jauh berubah. Pendirian politik Anwar telah berputar 360 darjah. Dia tidak lagi menjadikan dasar-dasar yg memberi kelebihan kepada Melayu n bumiputera sbg teras perjuangannya. Malah dia menyerangnya pula. Sebab itu, kini dia telah digelar sbg pengkhianat & petualang kepada bangsanya sendiri.

Kerana dendam kesumat & kemarukkan jawatan Perdana Menteri, Anwar sanggup bersengkongkol dgn musuh-musuh Melayu Islam yg pernah diperanginya dulu. Dia ibarat sesumpah yg boleh berubah mengikut isu-isu yg memberi keuntungan kpdnya. Dia boleh berubah menjadi individu yg mempunyai pelbagai watak.

Dia juga tidak mempunyai pendirian dalam berpolitik. Adakah orang seperti ini sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia? Dengan mempunyai pelbagai masalah moral, Anwar dilihat tidak akan mampu mentadbir negara dengan baik. Sedangkan partinya sendiri pun dia gagal menguruskannya dengan baik, apakah dia boleh menjaga sebuah negara yg kompleks spt Malaysia ini? Tepuk dada tanyalah diri anda sendiri.     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan