Sabtu, 21 Mei 2011

HARGA PETROL RON 95 TIDAK NAIK TAPI.....


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Dato' Seri Ismail Sabri membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON 95 dalam masa terdekat ini. Namun begitu, dalam masa yang sama kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi yg menelan kos RM8 billion.

Dengan kata lain, kerajaan akan mengurangkan pemberian subsidi sedikit demi sedikit supaya tidak membebankan rakyat.

Kenyataan ini mungkin suatu berita baik buat rakyat. Tapi ia hanya sementara. Lambat-laun harga petrol tetap akan naik juga. G.A.D faham mengenai keadaan kewangan negara. Namun, G.A.D masih berharap agar kerajaan tetap mempertimbangkan mengenai kepentingan rakyat.

Rakyat mungkin masih boleh menerima kenaikan harga barangan lain, tapi bukan petrol. Kenaikan harga petrol ini agak sensitif. Cuba imbas kembali kenaikan harga petrol menjadi salah satu faktor BN hampir kehilangan kuasa pada PRU 2008.

Kerajaan kena kaji semua ini. Memandangkan PRU ke 13 yang hampir menjelang, adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu niat untuk naikkan harga petrol. Rakyat akan mengenang kerajaan sbg sebuah kerajaan yg prihatin terhadap nasib rakyat. Barulah kena dgn slogan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.   

4 ulasan:

  1. SUMPAH SAIFUL VS SUMPAH BALA !!
    BUKTI PENCACAI ANWAR KAFIR SIAL !!!
    http://aimi-naqiuddin.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kerajaan patut naikkan kadar cukai untuk tampung duit minya

    BalasPadam
  3. saya rasa kerajaan patut naikan petrol 95 bila tamat pilihanraya ke 13..itu satu cadangan bijak

    BalasPadam
  4. MINYAK TAK NAIK TAPI DISELARASKAN HARGANYA HA HA HA LAWAK LAWAK

    BalasPadam