Jumaat, 27 Mei 2011

PRU-13 : BN SEBELAH KAKI SUDAH MENANG


Pengumuman kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol RON 95, diesel dan gas peteroleum cecair (LPG) adalah suatu keputusan yang tepat. Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan rakyat. Demi rakyat, kerajaan rela menanggung beban subsidi sebanyak RM20 billion tahun ini.

Bagi penulis, pengumuman ini bukan saja semata-mata berkait dengan kebajikan rakyat. Ada satu petunjuk yang lebih besar atau tersirat di sebalik keputusan kerajaan itu. Ia memberi petanda bahawa PRU ke 13 telah hampir tiba. Ya, PRU semakin kunjung tiba. Pada pendapat penulis, PRU 13 akan dilangsungkan sama ada pada hujung tahun ini atau awal tahun depan. 

BN telah mula mengatur strategi untuk menghadapi PRU 13. Dengan tidak menaikkan harga petrol, diesel dan gas, BN telah menang dari segi psikologi. BN telah melepaskan peluru yang perlu ditangkis oleh pembangkang. Puak pembangkang bagaikan mati idea dengan keputusan kerajaan tersebut.

BN telah belajar dari kesilapan 2008. Semasa era pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan harga petrol yang menyebabkan rakyat marah. Lalu, mereka telah menterjemahkan kemarahan mereka itu di atas kertas undi. Akibat protes senyap rakyat itu, BN hampir-hampir tumbang pada PRU 2008.

Kenaikan harga petrol amat sensitif bagi rakyat. Ingat tak lagi pada 2007 apabila kerajaan menaikkan gaji penjawat awam, ia disambut dengan gembira oleh mereka. Namun apabila harga petrol dinaikkan, rakyat tidak dapat menerimanya dan terus melupakan jasa baik kerajaan yang menaikkan gaji perkhidmatan awam sebelum itu.

Kenaikan harga petrol menjadi salah satu faktor kekalahan teruk BN pada PRU 2008. Itu adalah hakikat. Jadi, keputusan terbaru kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol dianggap sebagai strategi bijak BN bagi menghadapi PRU 13. BN tahu jika harga petrol dinaikkan, sudah pasti puak pembangkang akan mencanangkan isu tersebut ke seluruh negara kononnya kerajaan tidak mempedulikan nasib rakyat. Itu yang tidak dimahukan BN. Jadi, BN telah mematikan isu ini daripada dijadikan sentimen oleh pembangkang.

Bagi penulis, BN telah sedar diri bahawa mereka kini bukan di zon selesa. Mereka perlu berusaha keras untuk memenangi semula hati rakyat yg merajuk dan menjauhkan diri dari BN. Dengan tidak menaikkan harga petrol, rakyat boleh menarik nafas lega. Ia boleh menyejukkan hati mereka yang selama ini tidak mesra BN.

BN bolehlah dianggap sebelah kaki telah menang dalam PRU 13 kerana telah berjaya menangani dengan baik isu kenaikan harga petrol. Jadi, BN boleh menumpukan kepada isu-isu yg lain pula selepas ini. Jika tidak banyak pun, sekurang-kurangnya rakyat akan mengenang sedikit jasa kerajaan dalam membantu mereka keluar dari kesusahan hidup. Pembangkang pasti akan mengerah idea untuk mencari isu yg boleh digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.    

1 ulasan:

  1. BETUL..KENA BIJAK. BELAJAR DARI PENGALAMAN LALU.
    RAKYAT KEBANYAKAN AKAN MENDAPAT MANFAATNYA. SUPAYA BARANG BERSUBSIDI TIDAK DISALAHGUNA ATAU DISELUDUP, PENGUATKUASAAN MESTI DIGIATKAN..BAGI PENYELUDUP2 PETROL/DIESEL BERSUBSIDI YG DITANGKAP, JATUHKAN HUKUMAN DAN DENDA SERTA MERTA. DENDA SEBERAT2NYA HINGGA RM 1JUTA ATAU LEBIH. DGN DUIT INI, BOLEH DIGUNAKAN SBG SUBSIDI UTK RAKYAT. DENDA SEBESAR INI, PENYELUDUP AKAN BERFIKIR BANYAK KALI SEBELUM MENYELUDUP.

    BalasPadam