Bantahan yang dibuat oleh Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengenai cadangan kerajaan memanjangkan tempoh PLKN memang sudah diduga. DAP memang tidak pernah menyokong sebarang usaha untuk menyatupadukan rakyat negara ini.
DAP menggunakan alasan pembaziran wang rakyat sebagai subjek utama bantahan mereka itu, tetapi ia hanya untuk mengaburi niat tersirat di sebalik tentangan mereka itu. DAP sebenarnya tidak mahu kaum-kaum di Malaysia ini berbaik-baik, bercampur-gaul dan bersatu padu. Perpaduan di kalangan rakyat negara ini bagi mereka hanya akan menguntungkan BN.
Jadi, mereka berusaha untuk mewujudkan ketidakharmonian sesama rakyat. Biarkan rakyat terus berprasangka buruk antara satu sama lain. Kesatuan yang longgar di kalangan rakyat sudah pasti akan menguntungkan mereka.
Kita akui PLKN memang mempunyai kelemahan di sana sini. Tetapi untuk memansuhkannya terus bukan langkah yg bijak. Sepatutnya PLKN memerlukan usaha penambahbaikkan saja. Bantahan DAP itu menunjukkan kepada kita mengenai mentaliti rasis mereka.
Mereka amat bimbang kaum Cina berbaik-baik dengan kaum Melayu. Bagi mereka, bila kaum Cina mesra dengan org Melayu, ia akan melahirkan individu Cina yg memiliki sifat yg lebih bertolak-ansur & menghormati budaya Melayu.
Mereka tidak sedar PLKN ditubuhkan kerana kerajaan gagal memupuk perpaduan yg jitu di kalangan rakyat pelbagai kaum sejak merdeka. Mengapa ini berlaku? Kerana sekolah perkauman seperti SJKC & SJKT masih dibenarkan wujud di negara ini. Sekolah seperti inilah yg melahirkan individu (Cina & India) yg mempunyai sentimen perkauman yg melampau sejak dari kecil lagi.
Bayangkan jika sejak merdeka kita hanya memiliki satu sistem persekolahan saja iaitu sekolah kebangsaan. Sudah pasti PLKN tidak perlu ditubuhkan lagi. Sudah pasti wang rakyat juga dapat diselamatkan. Jadi, sebenarnya puak ultra kiasu seperti DAP lah yg menjadi punca kepada berlakunya perpecahan di kalangan rakyat. Merekalah yg mendokong kuat penubuhan sekolah perkauman ini. Mereka akan mengisytiharkan perang jika kerajaan berhasrat untuk memansuhkannya.
Sekarang kita lihat banyak isu perkauman & keagamaan yg dimainkan oleh pihak-pihak tertentu. Dan rakyat pun turut sama menari dengan sentimen yg diwujudkan itu. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Ini semua berlaku kerana rakyat Malaysia sudah tidak bersatu sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Rakyat Malaysia tidak kenal-mengenali satu sama lain. Perkara ini jika dibiarkan boleh menjadi bom jangka yg bila-bila masa saja akan meletup.
Takkan kita mahu melihat berlaku sekali lagi pergaduhan kaum persis 13 Mei baru kita nak menyalak menyalahkan orang itu dan orang ini. Masa itu semuanya sudah terlambat. Hubungan kaum di negara ini perlu diperbaiki semula dan ia memerlukan sokongan semua pihak tidak kira parti, kaum dan agama. Rakyat Malaysia yg sayangkan negara sudah pasti cintakan keamanan. Tetapi tak tahulah pendapat puak DAP. Mungkin mereka lebih suka rusuhan kaum berlaku lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan