Isnin, 30 Mei 2011

HISHAMUDDIN BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA???


Kah..kah..kah ketawa terguling-guling aku bila membaca tajuk di atas. Boleh ke menteri amaran ini jadi PM Malaysia? Anda yakin? 

Pada pendapat aku, andai ditakdirkan Hishamuddin ini menjadi PM Malaysia, aku dapat merasakan bahawa negara ini akan melalui zaman yg lebih gelap dari era pentadbiran Pak Lah. Cuba anda lihat sekarang, apakah peranan yg dimainkan menteri amaran ini sbg Menteri Dalam Negeri? Beliau dilihat tiada kredibiliti dan amat lemah.

Keselamatan negara terancam disebabkan kelemahan beliau. Hal-hal membabitkan sensitiviti kaum juga kian parah dari hari ke hari. Beliau terlalu liberal & lembut. Adakah orang ini yg kita mahukan menjadi PM kita? Aku berdoa semoga beliau tidak menjadi PM Malaysia. Lebih banyak kemudaratan dari kebaikan jika beliau memegang kuasa.

Kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO dan sepupu kepada Dato' Seri Najib bakal memberi laluan yg cerah kepadanya menjadi antara calon PM Malaysia akan datang. Tapi kedudukan dan darah bangsawan miliknya tidak cukup untuk melayakkannya memimpin Malaysia. Karekternya dilihat senang untuk diperkotak-katikkan oleh kawan dan lawan.

Jika beliau PM Malaysia, nasib orang Melayu juga mungkin malap. Tiada jaminan kepentingan Melayu dan Islam akan terbela di bawah beliau nanti. Silap haribulan Perlembagaan Persekutuan pun akan dipindanya demi memenuhi tuntutan kaum bukan Melayu.

Jadi, marilah bersama-sama kita berdoa semoga Malaysia dikurniakan pemimpin yang berkaliber, bertaqwa, berprinsip, bermoral dan sayang akan agama dan bangsanya. Amin.  

7 ulasan:

  1. Bagi kat orang lain la kut.

    Kan banyak lagi pemimpin semasa dan pemimpin yang sedang digilap.

    Orang Melayu dan Islam perlukan seorang pemimpin yang dapat membina kembali jati diri dan integriti bangsa.

    Kekuatan Bangsa Melayu amat bergantung kepada kekuatan pemimpin.

    BalasPadam
  2. TAK LAYAK LANGSUNG.
    TAKDE CHARACTER LANGSUNG.
    TAKDE VALUE LANGSUNG.
    TAKDE QUALITY LANGSUNG.
    KEPIMPINAN ZERO.
    TAKDE CONTRIBUTION LANGSUNG DALAM KABINET DS NAJIB.
    MENGHABISKAN BERAS SAJE.
    SO, PRU13 JANGANLAH BERTANDING LAGI.... SEMUA DAH MELUAT.

    BalasPadam
  3. Baguslah kalu cam tu... Sesuai... Sangat sesuai... Anwar mesti "Like" punyer...

    Kalu mat Gay ni jadi PM, sah, memang sah, org2 UMNO suma kaki cucuk jubor jugak... cam Anwar!!!

    BalasPadam
  4. Meluatnya aku dgn Hishamudin ni. Hampeh dan sampah dalam UMNO je, sebab dia sepupu DSN jadi menteri lah dia. Buang je lah dia ni, sekarang lebih baik. Duri dalam daging dan menjadikan org menjauhi UMNO. AKu ni tegar UMNO nya tapi bab Hishmudin ni aku sungguh2 meluat, rata2 aku tanya org UMNO cakap benda yg sama. Go to hell lah kau Hishamudin.

    BalasPadam
  5. Amaran..Amaran.. Apa? Lu Amran Ka..????30 Mei 2011 pada 12:53 PTG

    Tidak... tidak... tidak.... aku tidak rela perkara ini terjadi....

    BalasPadam
  6. kalu hisham jadi PM. langkah pertama dia akan keluarkan lesen pemilikan keris pelbagai kategori.

    BalasPadam
  7. dia ni nak jadi PM? buang dulu sifat lembik tu baru layak..

    BalasPadam