Setiap tahun rakyat Palestin memperingati Hari Nakba (malapetaka) iaitu ulangtahun penjajahan Israel terhadap Palestin. Hari Nakba menandakan peristiwa penubuhan Israel laknatullah selepas puak Zionis berjaya memenangi Perang Arab-Israel 1948.
Penubuhan negara haram Israel tersebut telah memaksa seramai 800,000 penduduk Palestin diusir dari tanah air sendiri dan menjadi pelarian ke negara-negara jiran. Tahun ini rakyat Palestin sekali lagi mengenang peristiwa penjajahan tersebut. Tahun ini sudah masuk 63 tahun Israel-Zionis menjarah bumi Palestin. Rakyat Palestin terus-terusan menentang penjajahan Israel tetapi apakan daya mereka, dengan hanya bersenjatakan batu ia tidak mampu mengusir Israel yg memiliki senjata canggih.
Peristiwa penjajahan Palestin bolehlah dianggap sebagai malapetaka buruk kepada dunia Islam. Negara-negara Islam hanya mampu melihat sahaja saudara mereka di Palestin disembelih dengan sewenang-wenangnya oleh Yahudi. Negara Islam tidak mampu membantu Palestin kerana kelemahan sendiri. Ekonomi yg lemah dan tiadanya kesatuan ummah membantutkan hasrat untuk mengganyang Israel.
Malaysia juga pernah merasai pengalaman dijajah oleh kuasa asing. Malaysia dijajah selama 446 tahun. Selama dijajah, rakyat tiada kuasa untuk menentukan masa depan sendiri. Maruah bangsa, agama dan negara juga dipijak-pijak oleh penjajah. Terlalu perit di bawah penjajahan. Kini Malaysia sudah pun merdeka. Namun begitu pada usia 54 tahun kemerdekaan bukanlah jaminan untuk Malaysia terlepas daripada dijajah sekali lagi. Penjajahan bentuk baru seperti penjajahan ekonomi dan budaya bila-bila masa sahaja boleh menjengah Malaysia.
Dengan nikmat yg kita ada sekarang, kita tidak boleh lupa diri. Kita perlu sentiasa memandang kpd nasib saudara seagama kita di Palestin yg tidak pernah kenal erti nikmat keamanan. Selain menghulurkan bantuan kpd mereka, apa yg kita boleh dapat drpd mereka ialah iktibar/pengajaran drpd penderitaan mereka.
Memang jauh berbeza untuk membandingkan keadaan di Malaysia dengan di Palestin. Tetapi ingat, sejarah boleh berulang semula jika kita tidak mahu mempelajarinya / mengambil pengajaran drpdnya. Bangsa Yahudi pada mulanya hanyalah kaum pendatang di bumi Palestin. Mereka tinggal bersama-sama dengan org Arab Palestin. Namun begitu, akibat konspirasi barat dan pertubuhan Yahudi sedunia, Palestin berjaya di'yahudi'kan oleh Zionis.
Melihat keadaan itu, ia tidak mustahil berlaku di negara ini. Memang benar orang Melayu masih memegang tampuk pemerintahan negara. Tapi persoalannya sampai bila? Dengan perpecahan teruk orang Melayu sekarang ditambah dengan bersatunya org Cina di bawah parti kaum mereka (DAP), kemungkinan tersebut adalah berasas.
Kita berdoa semoga dijauhkan malapetaka buruk ke atas Malaysia dan umat Melayu-Islam negara ini. Minta dijauhkan Malaysia ini menjadi Palestin ke-2. Puak Zionis memang sedang memerhatikan kita dengan penuh minat. Mereka tidak perlu tampil secara langsung. Mereka hanya perlu melantik individu/kumpulan dari negara ini yg sanggup menjadi pencacai untuk menjayakan hasrat mereka. Buktinya kita sudah dapat lihat sekarang. Seorang pemimpin pembangkang sering dikaitkan sebagai ejen Zionis.
Sebenarnya, hanya kesatuan umat yg ampuh saja yg mampu mengelakkan kita daripada dijajah semula. Lihat zaman Rasullullah SAW dan para sahabat. Islam didaulatkan apabila umat bersatu padu. Ia meninggalkan rasa gerun kepada umat Islam.
Ayuh org Melayu! Apa lagi yg kalian tunggu. Jom kuatkan kesatuan kita. Kita tumbangkan anasir-anasir jahat yg ingin mengganggu-gugat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan