Ahad, 1 Mei 2011

PUAK ULTRA KIASU SELEWENG FAKTA SEBENAR GAGASAN 1 MALAYSIA


Gagasan 1 Malaysia yg diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak adalah bertujuan untuk memupuk perpaduan nasional, selain memastikan semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mendapat layanan yang adil. Gagasan 1 Malaysia ini berteraskan 3 konsep utama iaitu penerimaan, keadilan sosial dan kenegaraan. Semuanya berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang ini di mana-mana saja rakyat tidak kira di bandar, luar bandar sehingga ke pedalaman mengetahui gagasan 1 Malaysia ini. Logo 1 Malaysia kita boleh jumpai di mana-mana sahaja. Boleh dikatakan gagasan ini merupakan sesuatu yg sangat popular di kalangan rakyat. Matlamatnya memang amat murni.

Tetapi sayangnya ada juga sebahagian rakyat Malaysia yg tersalah tafsir (atau mungkin disengajakan) maksud sebenar gagasan ini. Mereka mendefinisikan 1 Malaysia ini sebagai semua rakyat Malaysia mempunyai taraf yg sama dari segi hak tidak kira dia bumiputera atau bukan bumiputera. Dengan kata lain, mereka mahukan kerajaan melayan semua rakyat sama rata tanpa mengikut apa yg terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Puak ultra kiasu pula menuduh gagasan 1 Malaysia ini meniru konsep yg diperjuangkan mereka iaitu Malaysian Malaysia yg menggesa hak sama rata kepada semua kaum. Sebab itu kita lihat sekarang jika sesuatu tuntutan puak ulta kiasu tidak dipenuhi oleh kerajaan, mereka akan memanipulasikan gagasan ini dengan berkata seperti berikut "oh, kalau kerajaan tidak penuhi tuntutan kita maknanya tidak selarilah dengan semangat 1 Malaysia" atau "kalau macam ini barulah 1 Malaysia".



Contohnya, bantuan kewangan kepada sekolah aliran Cina dan penerbitan Kitab Injil (Bible) dalam Bahasa Melayu. Semuanya cuba dikaitkan dengan gagasan 1 Malaysia. Bagi mereka, jika kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan mereka, maka kerajaan telah mengkhianati konsep 1 Malaysia itu sendiri. Pemikiran sebegini amat dangkal. Mereka lupa bahawa gagasan yg diperkenalkan oleh PM sama sekali berbeza daripada apa yg mereka tafsirkan. Gagasan tersebut diimplementasikan berdasarkan kepada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Puak ultra kiasu perlu terlebih dahulu memahami apa maksud "adil" itu sebelum bercerita tentang hak sama rata. Tidak semestinya adil itu bermaksud apa yg orang Melayu atau bumiputera perolehi mesti juga dimiliki oleh orang bukan bumiputera. Mereka perlu mengenali asal-usul mereka terlebih dahulu sebelum mempersoalkan hak orang lain. Sebenarnya merekalah yg telah memperoleh banyak manfaat di negara ini berbanding kaum peribumi. Kerana dendam kesumat dan tamakkan kuasa menyebabkan mereka mempersoalkan hak kaum bumiputera. Kaum bumiputera tidak pernah mempersoalkan kemewahan yg mereka perolehi.

Kerajaan perlu lebih berhati-hati supaya gagasan yang berniat murni tersebut tidak dipergunakan sesuka hati oleh puak ultra kiasu untuk meraih keuntungan politik. Jika tidak, gagasan tersebut boleh menjadi "senjata makan tuan" yang akan memerangkap pihak kerajaan. Rasanya masih ramai rakyat Malaysia yg belum memahami sedalam-dalamnya objektif gagasan 1 Malaysia ini. Tanpa penerangan yang jelas dari pihak kerajaan, bukan mudah untuk rakyat menghayatinya berbanding menyebut atau menunjuk isyarat jari melambangkan 1 Malaysia.

Rakyat perlu difahamkan bahawa konsep 1 Malaysia ini ialah untuk memastikan tidak seorang pun rakyat Malaysia yg akan tertinggal daripada menikmati manfaat pembangunan. Tetapi ia bukan bermaksud hak-hak keistimewaan yg dimiliki oleh bumiputera dihapuskan. Gagasan ini masih menyerapkan semangat Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tidak bermakna kerajaan mengabaikan hak-hak kaum bukan bumiputera. Keadilan tidak bermaksud semua tuntutan kita wajib dipenuhi. Tidak! Itulah yg perlu difahami oleh puak ultra kiasu.  

1 ulasan:

  1. i wonder how the meaning of the word "adil" could be twisted so dramatically.i wonder how "semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mendapat layanan yang adil" could become races beside Malay and Bumiputra.Puak cukup suaku,can you tell me?

    BalasPadam