Isnin, 30 April 2012

PERLUKAH MALAYSIA KEMBALI KEPADA SISTEM RAJA MUTLAK?


Sistem demokrasi adalah sistem ciptaan Yahudi. Hampir semua negara di dunia ini telah menjadi penganut sistem ini termasuk Malaysia. Apakah keburukan sistem demokrasi? Apakah yang boleh kita bangga-banggakan dengan menggunapakai sistem demokrasi berparlimen? Seronok sungguh bila ada yang melaungkan 'parti kami lebih demokrasi daripada parti itu' atau 'negara ini lebih demokrasi daripada negara itu'. Hanya tahu laung tapi kosong ilmu tentang makna dan tujuan tersirat demokrasi.

Keburukan sistem demokrasi ialah sesiapa sahaja tidak kira sama ada dia mempunyai moral yang teruk, seorang gay, lesbian, penyokong pluralisme agama dan pelbagai lagi layak menjadi pemimpin sebuah negara asalkan mendapat sokongan orang ramai. Walaupun dia tidak tahu memimpin tapi jika mendapat undi tertinggi boleh saja menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah negara. Ia ibarat Akademi Fantasia, di mana pemenang ditentukan dengan undi yang tertinggi akibat dia popular dan bukannya terbaik. Sistem ini boleh meminggirkan pemimpin yang layak dan memiliki karisma pemimpin, tapi akibat tidak popular dia gagal menjawat jawatan yang sepatutnya dia miliki.

Apa lagi keburukan demokrasi? Demokrasi boleh menyebabkan huru-hara kepada sesebuah negara kerana ramai yang ingin merebut kuasa. Lalu wujudlah apa yang dipanggil sebagai politik wang, demonstrasi / perhimpunan haram dan matlamat menghalalkan cara. Semua dilakukan tanpa rasa bersalah dan dosa kepada Yang Maha Esa asalkan jawatan dan kuasa yang diidam-idamkan berjaya dimiliki.

Demokrasi juga boleh menyebabkan kuasa/ketuanan kaum peribumi hancur lebur di tangan golongan pendatang yang mendapat kewarganegaraan. Bagaimana caranya? Apabila kaum peribumi sesebuah negara yang memegang tampuk pemerintahan tidak bersatu dan undi mereka berpecah-belah, maka mudah sahaja kaum pendatang yang walaupun minoriti tapi kerana bersatu, mereka berjaya merampas kuasa pemerintahan. Contoh negara yang mengalami nasib sebegitu ialah Fiji di mana kaum pendatang iaitu India berjaya menguasai politik negara itu selepas kaum peribumi mereka kalah dalam pilihanraya akibat undi berpecah.

Keburukan yang disenaraikan ini sudah melanda Malaysia. Demokrasi mula merosakkan Malaysia secara perlahan-lahan. Maka Yahudi dan kaum penjajah akan bersorak riang kerana sistem yang dicipta mereka telah berjaya memecahbelahkan Malaysia. 

Jadi bagi menangani masalah ini apa langkah penyelesaiannya? Cadangan dan juga persoalan yang ingin GAD kemukakan kepada pembaca semua, apakah Malaysia perlu kembali kepada sistem pemerintahan raja mutlak / sistem monarki sama seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu? Apakah pendapat anda? Bagi GAD satu saja kelebihan sistem ini. Ia akan mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa. Jadi Melayu Islam tidak ada sebab untuk berpecah belah disebabkan politik. Sistem monarki juga boleh mematikan terus gerakan kaum pendatang untuk merampas tampuk pemerintahan negara ini.

Jadi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh and the gang pasti kecut perut untuk melawan titah diraja lebih-lebih lagi untuk menghapuskan hak istimewa org Melayu. Silap-silap haribulan mahu bercerai kepala dari badan. Tapi ini semua hanya pandangan GAD. GAD rasa anda semua pasti ada pendapat masing2. Cadangan ini adalah ibarat melawan arus. Mungkin juga mustahil untuk dilaksanakan dalam keadaan dunia hari ini. Namun tidak salah untuk kita berkongsi pendapat.