Sistem demokrasi adalah sistem ciptaan Yahudi. Hampir semua negara di dunia ini telah menjadi penganut sistem ini termasuk Malaysia. Apakah keburukan sistem demokrasi? Apakah yang boleh kita bangga-banggakan dengan menggunapakai sistem demokrasi berparlimen? Seronok sungguh bila ada yang melaungkan 'parti kami lebih demokrasi daripada parti itu' atau 'negara ini lebih demokrasi daripada negara itu'. Hanya tahu laung tapi kosong ilmu tentang makna dan tujuan tersirat demokrasi.
Keburukan sistem demokrasi ialah sesiapa sahaja tidak kira sama ada dia mempunyai moral yang teruk, seorang gay, lesbian, penyokong pluralisme agama dan pelbagai lagi layak menjadi pemimpin sebuah negara asalkan mendapat sokongan orang ramai. Walaupun dia tidak tahu memimpin tapi jika mendapat undi tertinggi boleh saja menjadi Perdana Menteri atau Presiden sebuah negara. Ia ibarat Akademi Fantasia, di mana pemenang ditentukan dengan undi yang tertinggi akibat dia popular dan bukannya terbaik. Sistem ini boleh meminggirkan pemimpin yang layak dan memiliki karisma pemimpin, tapi akibat tidak popular dia gagal menjawat jawatan yang sepatutnya dia miliki.
Apa lagi keburukan demokrasi? Demokrasi boleh menyebabkan huru-hara kepada sesebuah negara kerana ramai yang ingin merebut kuasa. Lalu wujudlah apa yang dipanggil sebagai politik wang, demonstrasi / perhimpunan haram dan matlamat menghalalkan cara. Semua dilakukan tanpa rasa bersalah dan dosa kepada Yang Maha Esa asalkan jawatan dan kuasa yang diidam-idamkan berjaya dimiliki.
Demokrasi juga boleh menyebabkan kuasa/ketuanan kaum peribumi hancur lebur di tangan golongan pendatang yang mendapat kewarganegaraan. Bagaimana caranya? Apabila kaum peribumi sesebuah negara yang memegang tampuk pemerintahan tidak bersatu dan undi mereka berpecah-belah, maka mudah sahaja kaum pendatang yang walaupun minoriti tapi kerana bersatu, mereka berjaya merampas kuasa pemerintahan. Contoh negara yang mengalami nasib sebegitu ialah Fiji di mana kaum pendatang iaitu India berjaya menguasai politik negara itu selepas kaum peribumi mereka kalah dalam pilihanraya akibat undi berpecah.
Keburukan yang disenaraikan ini sudah melanda Malaysia. Demokrasi mula merosakkan Malaysia secara perlahan-lahan. Maka Yahudi dan kaum penjajah akan bersorak riang kerana sistem yang dicipta mereka telah berjaya memecahbelahkan Malaysia.
Jadi bagi menangani masalah ini apa langkah penyelesaiannya? Cadangan dan juga persoalan yang ingin GAD kemukakan kepada pembaca semua, apakah Malaysia perlu kembali kepada sistem pemerintahan raja mutlak / sistem monarki sama seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu? Apakah pendapat anda? Bagi GAD satu saja kelebihan sistem ini. Ia akan mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa. Jadi Melayu Islam tidak ada sebab untuk berpecah belah disebabkan politik. Sistem monarki juga boleh mematikan terus gerakan kaum pendatang untuk merampas tampuk pemerintahan negara ini.
Jadi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh and the gang pasti kecut perut untuk melawan titah diraja lebih-lebih lagi untuk menghapuskan hak istimewa org Melayu. Silap-silap haribulan mahu bercerai kepala dari badan. Tapi ini semua hanya pandangan GAD. GAD rasa anda semua pasti ada pendapat masing2. Cadangan ini adalah ibarat melawan arus. Mungkin juga mustahil untuk dilaksanakan dalam keadaan dunia hari ini. Namun tidak salah untuk kita berkongsi pendapat.
TEMAN SOKONG....
BalasPadamhttp://mynameblackpanther.blogspot.com/
Memang bagus malaysia kembali kepada sistem pemerintahan raja mutlak sama seperti zaman Kesultanan Melayu Melaka, Ia akan mengelakkan daripada berlakunya perebutan kuasa dan Bangsa Melayu tidak berpecah belah disebabkan politik.
BalasPadammemang bagus pun kembali ke sistem sultan macam zaman dulu. Tapi takut umno jer yg takkan setuju. Sebab idea kerajaan persekutuan pakai perlembagaan inggeris ni idea umno pun.
BalasPadambagus cadangan ni..
BalasPadamJika Raja itu mampu berakhlaq seperti khalifah Abu Bakar,Omar,othman,Ali,tanpu keraguan sikit pun sahaya sokong
BalasPadamSaya juga menyokong kita kembali kepada sistem raja mutlak dengan syarat sultan-sultan perlulah mengamalkan akhlak islam yang sebenar agar umat islam kembali bersatu dan tidak lagi terjebak dengan permainan politik kotor gara2 demokrasi
BalasPadamBuktikan pada dunia tanpa sistem ciptaan barat pun kita mampu membina tamadun hebat.Kita sudah bebas dari dijajah,kenapa perlu lagi bermain dengan sistem demokrasi yang lebih membawa mudarat lagi merugikan agama,bangsa dan Tanah Melayu ini?
BalasPadamhehehehe...yg ni aku setuju.....!kalau ikut pun negeri bersekutu lagi byk dari negeri selat.....!
BalasPadamsetuju...sokong penuh!! Daulat Tuanku!!
BalasPadamsaya suka idea ni..so ape tindakan selanjutnya oleh org biasa mcm kita ni untuk membolehkan sistem beraja diadakan semula?
BalasPadamaku sokong 100%..
BalasPadamDAULAT TUANKU...
dari gerakan melayu berdaulat
sokong,sokong dan sokong, malaysia patut di tukarkan kembali kepada 'PERSEKUTUAN TANAH MELAYU' dan kuasa pemerintahan patut di serahkan kembali kepada RAJA-RAJA MELAYU,
BalasPadamSokong...sokong...sokong...kembalikan kuasa pemerintahan Raja-Raja Melayu...InsyaAllah umat Islam dan Melayu akan bersatu. MELAYU SEPAKAT..RAJA BERDAULAT...ISLAM PENYELAMAT UMAT SEJAGAT...ALLAHUAKBAR...
BalasPadamJika ini berlaku tiada lagi ceramah-ceramah politik yang memecahkan kesatupaduan umat Islam. Kurang sikit dosa orang Islam kat Malaysia ni. Saya setuju, DAP dah tak boleh pasang angan-angan nak ambik alih negara. Cantik...
BalasPadamsaya setuju tapi dengan satu syarat.ia itu pemerentahan oleh majlis raja raja di nasihati oleh majils ulamak dengan di bantu gulungan propesinal dalam semua bidang.lagi pun mengikut perlembagaan yang memerentah bukan perdana menteri tapi raja raja melayu.perdana menteri hanya mentadbir ! lagi pun orang politik ni buat menyebak saja.kerja depa dok gempak rakyat saja.puak kerajaan laa ni bagi takut rakyat kalau orang lain (pembangkang)negara lingkup.puak pembangkang pulak hasut rakyat kata kerajaan laa ni zalim lah korap lah entah apa apa lagi,mesti di ganti !jadi dengan itu rakyat sentiasa bergaduh yang kenyang semua depa walau sapa pun merentah !!!!!!tegakkan islam sebagai tunggak negara !
BalasPadamSokong 100%
BalasPadamsetuju!!!
BalasPadamSetuju
BalasPadamhmmm, raja kita pun mcm ape je skrg. sistem ni layak digunapakai kalau raja kita mampu menunjukkan contoh yang baik seperti sultan brunei .
BalasPadamkalau tuan blogger dah ambik cara mcm tu dan ramai dah setuju...tunggu apa lagi..kita bawak usul ni pada majlis raja-raja..saya yakin ramai yg setuju..harap pihak GAD dapat membawa usul ni dimata rakyat malaysia
BalasPadamsaya teramat setuju 100% kite punye banyk persatuan kerajaan dan ngo kemukakan kepada mereka dan bincangkan dgn lebih lanjut usul2 yg hendak d keluarkan, asalkan melayu islam bersatu biar berpelembagaan diraja.. syukur alhamdulillah termakbul hendaknya.. daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku...
BalasPadamSetuju sangat sangat!Menyampah dgn sistem skrg nih.
BalasPadamsaya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
BalasPadambekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan