Ahad, 15 Mac 2020

HARAMKAN DAP

Agar mereka tidak dapat bangkit lagi buat selama-lamanya, kerajaan Perikatan Nasional wajar memulakan langkah untuk mengharamkan DAP.

Tanpa DAP Malaysia akan aman. Kehidupan bernegara dan perpaduan kaum akan kembali pulih.

Khamis, 15 November 2018

ICERD: KALAU BUKAN MELAYU NAK HAPUSKAN HAK KEISTIMEWAAN MELAYU/BUMIPUTERA, ORANG MELAYU BOLEH BATALKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN ORANG BUKAN MELAYU


Kontrak sosial adalah perjanjian/persefahaman yg terjalin antara pemimpin Melayu dengan pemimpin bukan Melayu semasa proses menuntut kemerdekaan negara dahulu.

Mengikut kontrak sosial, org Melayu bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan secara jus soli kpd nenek moyang org Cina dan India yg ketika itu berstatus pendatang dan sebagai timbal balas nenek moyang bukan Melayu bersetuju menghormati Dan mengiktiraf hak keistimewaan org Melayu. Kiranya perjanjian "win-win situation".

Implikasi daripada pengorbanan org Melayu yg bersetuju berkongsi negara dgn kaum pendatang tersebut tlh mnyebabkan seramai 1 juta org Cina dan India telah mndpt kerakyatan hanya setahun selepas negara mendapat kemerdekaan.

Hari ini kontrak sosial tersebut semakin dilupakan. Malah mula dikhianati oleh org bukan Melayu. Walaupun tidak dibukukan, prinsip2 kontrak sosial tersebut terkandung dlm Perkara 3(1), Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ramai generasi muda bukan Melayu pada masa kini tidak mengetahui Dan jika pun mengetahui mengenai kontrak sosial tersebut mereka menganggap ia sebagai sudah tidak relevan lagi.

Org bukan Melayu menganggap kemenangan PH adalah kemenangan mereka. Kemenangan utk Malaysia Baharu yg Sama rata, meritokrasi Dan Malaysian Malaysia.

Peluang untuk mentransformasi negara khususnya menghapuskan segala dasar yg "mesra Melayu/Bumiputera" kini terbentang luas atas semangat Malaysia Baharu.

Peluang itu semakin hampir direalisasikan melalui ICERD. Org bukan Melayu amat berharap segala dasar yg memberikan keuntungan kpd penduduk peribumi dihapuskan Dan Malaysia perlu mengamalkan hak Sama rata. Siapa yg kuat dialah yg menang.

Tapi mereka ini mungkin terlupa. Mengikut kontrak sosial, hak keistimewaan Melayu diiktiraf selaras dgn pemberian taraf kerakyatan. Jika hak keistimewaan Melayu dipersoal Dan dihapuskan, maka secara automatik taraf kerakyatan yg diberikan kpd nenek moyang bukan Melayu pun sepatutnya terbatal.

Org Melayu boleh gunakan hujah di atas untuk membalas/menyerang kembali segala hujah puak rasis ini. Org Melayu/Bumiputera jgn takut utk menegakkan hak2 anda. Jangan takut dituduh rasis. Kita tidak mengambil hak org lain. Kita hnya mempertahankan hak2 Kita sahaja. Kerana Melayu /Bumiputera adalah penduduk asal/peribumi Tanah Melayu ini.

Tanpa kemuliaan Dan kebaikan nenek moyang Kita yg sanggup menerima nenek moyang mereka dahulu nescaya pada Hari ini puak2 rasis ini sedang menderita atau kebuluran di negara asal mereka.

Isnin, 29 Oktober 2018

AHLI UMNO ENGGAN SERTAI BERSATU KERANA TIDAK MAHU BERSENGKONGKOL DENGAN DAP???


Strategi Mahathir mengheret Najib, Zahid Hamidi Dan beberapa lagi pemimpin UMNO ke mahkamah atas isu 1MDB dan berterusan menyalahkan kerajaan lama adalah bertujuan untuk memburukkan imej dan membunuh karakter mereka di mata rakyat. Mahathir berharap agar semua ahli UMNO sedar dan segera meninggalkan parti itu lalu menyertai parti BERSATU.

Namun begitu, ia tidak semudah seperti yg diharapkan. Ahli UMNO spt tidak termakan dengan masalah integriti yg melanda beberapa org pemimpin mereka (itupun jika benar). Ahli UMNO dilihat spt terus setia menjunjung perjuangan parti. Mgkn bagi mereka parti lebih penting dari pemimpin.

Walaupun memang ada ahli UMNO yg keluar parti Dan menyertai parti2 komponen PH termasuk BERSATU, tapi bilangan mereka tidak spt yg diharapkan oleh Mahathir. Mahathir mahu UMNO dibubarkan dan semua ahli UMNO berpayung di bawah BERSATU.

Mengapa ahli UMNO secara beramai2 enggan keluar parti Dan menyertai PH? Jawapannya ialah Masih ramai dlm kalangan ahli UMNO yg mempunyai prinsip dan tidak menyalahkan parti di atas segala masalah yg ditimbulkan oleh segelintir pemimpin mereka.

Bagi mereka parti tidak bersalah. Dasar perjuangan parti tidak Salah. Yg mgkn Salah adalah pemimpin yg gagal mnjlnkn amanah dgn baik. Ahli UMNO inilh yg sukar dijinakkan oleh Mahathir. Mereka ini digelar "ahli totok UMNO". Mereka berjuang bkn kerana Wang dan kedudukan. Mereka bekerja demi agama dan bangsa.

Semua org tahu musuh tradisi sebenar UMNO adalah DAP walaupun sejak berpuluh2 tahun PAS amat memusuhi UMNO. Kerana pertentangan ideologi dan prinsip perjuangan, UMNO dan DAP hampir mustahil boleh bekerjasama. Ibarat air dengan minyak. Ibarat Palestin dengan Israel.

UMNO memperjuangkan hak2 org Melayu dan Bumiputera serta kedaulatan agama Islam. Manakala, DAP pula memperjuangkan prinsip "Malaysian Malaysia" yg mahu hak2 keistimewaan Melayu dan Bumiputera dihapuskan. Hak Sama rata diperjuangkan.

Jadi, dari segi ideologi dan prinsip perjuangan yg amat bertentangan ini mnjadikan UMNO dan DAP spt tidak mgkn akan berada dlm Satu gabungan politik.

Oleh yg demikian, pejuang totok UMNO tidak akan Dan tidak mungkin boleh menerima DAP. Jika mereka sertai BERSATU atau mana2 parti komponen PH yg lain, maka mereka perlu mengorbankan prinsip demi bekerjasama dgn DAP. Itu yg mereka tidak akan lakukan.

Itulah isyarat yg perlu difahami oleh Mahathir. Pejuang totok UMNO lbh mulia dan berprinsip dr mahathir yg sanggup buat U-turn dan berpeluk cium dgn DAP. Padahal dulu kebencian terhadap DAP nilah yg sering dizikirkan oleh Mahathir.


Ahad, 28 Oktober 2018

MELAYU SEMAKIN HAMPIR MENGEMIS DI BUMI SENDIRI


Sejak PH memerintah, hak2 Melayu yg sudah termaktub dlm Perlembagaan Malaysia semakin dicabar dan diasak hebat.

Tidak mustahil jika perjuangan kaum lain utk menuntut hak sama rata yg semakin galak lbh2 lgi di bwh kerajaan PH skrg berjy, Perkara 3, 152 dan 153 akan dipinda.

Jadi, Melayu akan hilang kuasa, hilang hak keistimewaan sbg peribumi tanah nenek moyangnya sendiri dan perlu berkongsi dgn kaum lain yg dulunya bertaraf pendatang sama spt pendatang Nepal, Bangladesh, Myanmar pada zaman moden ini.

Kontrak Sosial yg dipersetujui semua kaum semasa menuntut kemerdekaan negara dahulu semakin dilupakan dan dikhianati.

Semoga agama Islam, org  Melayu dan Raja2 Melayu di negara ini sentiasa mendapat perlindungan dan Rahmat Allah SWT dari segala malapetaka dan bencana yg boleh melenyapkan jati diri Dan kedaulatan bangsa ini di bumi bertuah ini.

Ahad, 29 April 2018

PERINGATAN!!! UNDI PKR BERMAKNA UNDI DAP LAKNATULLAH


Peringatan kepada bangsa Melayu Islam yang masih mempunyai rasa sayang kepada agama dan nasib anak cucu kita...tanam dalam fikiran anda bahawa:

1 undi kepada mana2 calon yg mnggunakan simbol mata satu (baca: dajjal) PKR samalah seperti mengundi DAP LAKNATULLAH...

Memberi undi kepada PKR samalah seperti menyerahkan untung nasib bangsa Melayu kepada DAP

Rabu, 21 Disember 2016

DAP MAHU PERINTAH MALAYSIA SECARA PROKSI DENGAN LANTIK WAN AZIZAH PM SEMENTARA??


Pengumuman DAP yang mencalonkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara Malaysia sekiranya pembangkang memenangi PRU14 nanti menunjukkan betapa tidak sepakatnya parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pengumuman tersebut juga ibarat amaran buat PPBM yang sebelum ini mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM Malaysia bahawa DAP adalah "abang besar" dalam PH.

Sebagai parti setahun jagung, PPBM perlu patuh kepada titah perintah Dinasti Lim. DAP ternyata konsisten dengan pendirian mereka sejak dulu untuk terus menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Tiada siapa yang layak selain Anwar.

DAP tidak pernah dan tidak sama sekali mempercayai orang Melayu lain selain Anwar untuk menjadi PM boneka mereka. Lebih-lebih lagi calon dari PPBM yang pernah mempunyai DNA UMNO. 

Ternyata DAP amat setia dengan pegangan mereka ini. Apakah sebabnya?

DAP menyedari bahawa mereka merupakan parti pembangkang terbesar di dalam Parlimen kini. Namun begitu, DAP juga mengetahui agak sukar untuk mereka memerintah Malaysia secara mutlak mungkin kerana komposisi kaum di Malaysia yang menyaksikan Melayu sebagai bangsa majoriti. Lagi pun mereka memahami mengenai sentimen Melayu yang masih "tidak menggemari" DAP. Sebab itulah antara strategi DAP sekarang ialah dengan menarik seramai mungkin anak muda Melayu menyokong mereka sebagai cara untuk "lebih mesra" dengan orang Melayu.

Jadi, sekiranya tidak dapat memerintah Malaysia secara mutlak, pilihan lain yang ada adalah memerintah secara proksi iaitu dengan menjadikan pemimpin-pemimpin Melayu yang bodoh sebagai kuda tunggangan mereka. Contoh terbaik seperti yang mereka pernah buat di Perak dahulu pada tahun 2008 dengan menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai MB boneka mereka.

Pemimpin Melayu yang paling sesuai dijadikan boneka dan kuda tunggangan DAP ialah Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah. DAP mengetahui rahsia luar dalam Anwar. Itulah antara sebabnya mendiang Karpal Singh sanggup menjadi peguam bela Anwar semasa perbicaraan kes liwatnya dulu. Mereka telah banyak mengumpul maklumat tentang Anwar.

DAP menyimpan rahsia Anwar. Anda boleh ramalkan apa yang bakal terjadi sekiranya Anwar Ibrahim benar-benar menjadi PM Malaysia dan DAP adalah penentu kuasa di sebalik tabir. Adakah Anwar akan bebas memerintah? Apakah yang akan terjadi kepada kedaulatan Islam dan Melayu di negara ini?

Sedikit demi sedikit pasti akan terhakis perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia seperti Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153. Sejarah yang berlaku di Perak pada tahun 2008 dulu apabila DAP memerintah boleh jadi bakal berulang lagi. Tidak mustahil ia akan terjadi.
    

   

Ahad, 11 Disember 2016

Siapa kata DAP tak boleh perintah Malaysia? Ini buktinya...


Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang rakyat bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maknanya, sesiapa sahaja tidak kira kaum dan agama layak menjadi Perdana Menteri asalkan dia dan partinya berjaya memenangi kerusi terbanyak di dalam pilihanraya serta mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Heboh diperkatakan bahawa adalah mustahil DAP boleh menduduki jawatan Perdana Menteri dengan alasan mereka hanya bertanding di 50 kawasan Parlimen sahaja sedangkan kerusi keseluruhan Parlimen adalah sebanyak 222 kerusi. Untuk memenangi majoriti mudah pun perlu memenangi sejumlah 112 kerusi.

Ramai menyalahkan UMNO yang dikatakan sengaja menakut-nakutkan orang Melayu bahawa DAP boleh memimpin Malaysia. Namun begitu, jika diimbas kembali keputusan PRU12 DUN Perak, kebimbingan itu adalah munasabah.

Ketika PRU12 DUN Perak, Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas pentadbiran Negeri Perak daripada tangan BN dengan keputusan 31-28. Perincian keputusan PRU12 DUN Perak adalah seperti berikut:

  
Jika dilihat pada keputusan di atas, jelas DAP berjaya memperolehi kerusi terbanyak berbanding parti-parti lain dalam PR seperti PAS dan PKR. Sepatutnya DAPlah yang layak menduduki jawatan Menteri Besar Perak. Namun begitu, atas sebab peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan bahawa hanya orang Melayu sahaja yang boleh menjadi MB, maka DAP terpaksa akur dan menyerahkan kerusi MB kepada PAS (Nizar Jamaluddin).

Namun begitu, Nizar hanya dijadikan sebagai MB boneka sahaja. Segala keputusan berkaitan pentadbiran negeri adalah di bawah DAP. Nizar hanya bertindak sebagai "yes bos" saja. Kiranya DAP memerintah Perak secara proksi. Proksinya ialah Nizar.


Kemenangan DAP di Perak pada PRU12 telah mengejutkan dan membuka mata orang Melayu Perak. Dulu anggapan bahawa DAP boleh merampas kepimpinan negeri adalah berita karut. Namun selepas PRU13, andaian tersebut tidak boleh diterima lagi.

Benar DAP hanya bertanding di kerusi majoriti penduduk Cina tetapi sejak dua PRU yang lepas, mereka sering mendapat undi yang solid daripada orang Cina. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku dalam kalangan parti pembangkang Melayu. Undi Melayu telah berpecah. Ia diburukkan lagi dengan kelahiran dua lagi parti berteraskan Melayu iaitu AMANAH dan BERSATU. Jadi, jumlah parti pembangkang Melayu semakin banyak iaitu PKR, AMANAH, BERSATU dan PAS. Melayu telah menjadi minoriti dalam pembangkang.

Ok, kita lihat pula bilangan terkini kerusi Parlimen pembangkang mengikut parti bagi PRU13 seperti berikut:



Apakah yang boleh dijelaskan melalui statistik di atas? Parti manakah yang mengungguli jumlah kerusi dalam kalangan parti pembangkang? Secara matematik dan logiknya memang benar DAP tidak boleh menduduki jawatan PM. Tetapi dengan melihat kepada pengalaman di Perak semasa PRU13 yang lalu, logik tersebut tidak boleh dipakai. Kerana apa tuan-puan. Sebab yang utamanya adalah kerana UNDI MELAYU TELAH BERPECAH MENGIKUT PARTI. Jadi undi Melayu telah menjadi minoriti.

Sekarang kita lihat pula bilangan kerusi terkini yang dimenangi oleh parti-parti komponen utama BN:



UMNO berjaya memenangi sebanyak 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 yang lalu (sekarang tinggal 87 kerusi kerana Muhyidin Yassin dan Shafie Apdal telah dipecat dari parti). UMNO merupakan parti dominan di dalam BN.

Jika kita lihat statistik di atas juga, parti teras kaum Cina iaitu MCA hanya memperolehi 7 kerusi Parlimen sahaja, manakala GERAKAN hanya 1. Melihat senario terkini sokongan kaum Cina terhadap BN, dijangka MCA dan GERAKAN akan kalah semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU14 nanti.

Bagaimana DAP boleh memerintah Malaysia? Ok kita andaikan BN tewas pada PRU14 nanti (harap dijauhkan). Untuk memerintah secara majoriti mudah, sesebuah parti atau pakatan itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 112 kerusi. Sekarang DAP telah mempunyai 37 kerusi dalam tangan. Kita andaikan MCA dan GERAKAN akan tewas di semua kerusi mereka. Jadi 8 kerusi yang dimenangi oleh MCA dan GERAKAN semasa PRU13 lalu akan menjadi milik DAP. 37 + 8 = 45 kerusi. DAP dijangka akan memperolehi 45 kerusi semasa PRU14 nanti.

Bagaimana dengan parti teras Melayu dalam pembangkang yang lain seperti PKR, AMANAH, BERSATU dan PAS. Berapakah bilangan kerusi yang mereka bakal perolehi? Sebenarnya, untuk menewaskan BN adalah mudah iaitu dengan hanya menewaskan UMNO. Kerana UMNO adalah teras BN dan parti paling banyak memenangi kerusi dalam BN.

UMNO sekarang ada 87 kerusi. Seandainya BN tewas dan orang Melayu ingin terus kekal di jawatan PM, maka parti-parti Melayu pembangkang perlu merampas sebanyak mana kerusi UMNO selain mempertahankan kerusi sedia ada.

Namun begitu, berita malangnya adalah ada sebanyak 4 parti teras melayu dalam pembangkang. Jadi sudah pasti bilangan kerusi akan berpecah. Boleh jadi akan tiada parti dominan Melayu dalam pembangkang seperti dominannya UMNO dalam BN. Ia diburukkan lagi dengan isu PAS tidak mahu menyertai PH (dikhuatiri mewujudkan pertandingan 3 penjuru).

Sekarang mari kita buat kira-kira kerusi yang dijangka dimenangi oleh pembangkang. Kita andaikan UMNO hanya mampu mempertahankan 20 kerusi Parlimen sahaja dan tewas 67 kerusi. Jadi ke mana kerusi itu akan pergi. 67 kerusi tersebut akan dibahagikan di antara BERSATU, PAS, AMANAH dan PKR. Kita cuba buat statistik berikut:

Andaian bilangan kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU14 nanti (sekadar andaian):

DAP             -45 kerusi
BERSATU    -35 kerusi
PAS            -20 kerusi
AMANAH     -5 kerusi
PKR            -36 kerusi
JUMLAH   =141 kerusi (cukup kerusi untuk memenangi PRU14)

Sekiranya melihat kepada statistik di atas, parti manakah yang dominan dan memperolehi kerusi terbanyak? Tentu sekali DAP. Sekarang siapa yang berani cakap DAP tidak boleh memerintah Malaysia walaupun hanya bertanding 50 kerusi sahaja. Segalanya tidak mustahil.

Ada dua sebab mengapa DAP boleh menduduki jawatan PM atau sekurangnya-kurangnya memerintah secara proksi (menjadikan Melayu PM boneka):

1. Undi kaum Cina solid / keseluruhannya kepada DAP.
2. Undi / jumlah kerusi parti teras Melayu pembangkang telah berpecah. Tiada yang dominan.

Sekiranya, andaian/ramalan di atas diteliti, maka tidak mustahil DAP akan memerintah Malaysia ataupun sekurang-kurangnya menjadi parti penentu segala keputusan kabinet (memerintah melalui proksi. Melayu diperkudakan sebagai PM boneka tetapi DAP sebenarnya yang memerintah).

Sejarah kemenangan DAP di DUN Perak pada PRU12 yang lalu boleh berulang dan berita buruknya ia akan menyebabkan Melayu hilang terus kuasa politik secara total. Jika sekali Melayu hilang kuasa politik, ia sama ada mengambil masa yang lama untuk merampas semula ataupun tiada peluang lagi merampasnya semula.

Fikir-fikirkanlah umat Melayu Islam. Mengundi biar berakal. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pun dibakar sekali. Biar bermimpi buruk sekarang, asalkan jangan menyesal kemudian hari. Ketika itu, menangis air mata darah sekali pun tidak berguna lagi. Bumi dipijak milik orang.


Akhirnya Mahathir Sujud Di Kaki DAP


Mahathir pernah mendeklamasikan sajak bertajuk "Melayu Mudah Lupa" untuk mengingatkan umat Melayu agar bangun dari tidur dan bangkit berjuang menggapai kejayaan agar tidak merempat di bumi sendiri. Secara tersirat juga, sajak itu sebagai amaran supaya orang Melayu tidak memilih pembangkang yang akan memalapkan survival bangsa tersebut.

Mahathir dalam satu ceramahnya juga pernah menyatakan bahawa Lim Kit Siang adalah manusia paling rasis, anti Islam dan anti Melayu.

Mahathir juga pernah menjelaskan di dalam blognya iaitu Che Det bahawa parti-parti Melayu sekarang terpaksa melutut kepada orang Cina demi meraih undi mereka bagi memenangi pilihanraya.

Tapi.....kini semuanya sudah berubah. Mahathir kini cakap tidak serupa bikin. Bikin tidak serupa cakap.

Mahathir sekarang dilihat seolah-olah menyembah DAP dan Lim Kit Siang yang pernah dikecamnya dulu. Bagi Mahathir, DAP dan Lim Kit Siang tidak lagi anti Islam...tidak lagi anti Melayu. Dosa mereka sudah dibersihkan.

Demi menjatuhkan seorang Melayu yang bernama Najib Razak, Mahathir sanggup bekerjasama dengan musuh utama umat Melayu dan Islam di negara ini. Jika silap percaturan, perbuatannya ini bukan sahaja akan memusnahkan seorang Melayu sahaja tetapi seluruh keturunan umat Melayu.

Tidak salah Mahathir berpolitik dan menubuhkan parti baharu untuk menjatuhkan Najib. Kerana beliau memang seorang politikus tegar dan memang itu namanya politik. Jatuh menjatuh dalam politik itu biasa.

Yang jelek adalah perbuatannya bekerjasama dengan DAP. Kerana ia ibarat meludah ke langit. Mahathir hampir-hampir menjadi munafik. Dulu cakap lain, kini cakap lain. Hanya kerana ingin menjatuhkan Najib, Mahathir sudah tidak dapat membezakan yang mana syaitan yang mana malaikat.

Bertaubatlah Mahathir!   

Jangan kerana kebencian dan sikap dendammu terhadap seorang Melayu menyebabkan kamu sanggup menjejaskan survival bangsa Melayu.

Ingat wahai bangsaku....

DAP itu anti Islam...DAP itu anti Melayu...DAP itu anti Perlembagaan Persekutuan.

Rabu, 10 Disember 2014

Melayu tidak mampu lagi tolong Melayu


Mampu dan beranikah UMNO menghalang kerakusan rejim DAP laknatullah di P.Pinang?

Kerana bimbangkan orang Cina akan marah dan menolak BN pada PRU14 nanti, GAD berpandangan tiada lagi yg mampu dilakukan oleh UMNO untuk membela Melayu di P.Pinang.

Prinsip UMNO sekarang biar Melayu mati atau merempat asalkan jgn sesekali menyakiti hati Cina...padah bakal menanti.

Sabtu, 6 Disember 2014

DAP mahu pecahkan Malaysia kepada 2 bahagian?


Semasa berlaku pergeseran yg hebat di antara kerajaan PAP Singapura dgn kerajaan pusat pada tahun 1960-an dulu, Lee Kuan Yew yg amat membenci pemerintahan Melayu Islam di Malaysia, telah mncdangkn supaya negeri2 yg majoriti penduduknya bukan Melayu seperti Sabah, Sarawak, Singapura, Melaka dan P.Pinang diperintah oleh orang bukan Melayu (baca:Cina).

Manakala, negeri majoriti Melayu pula diperintah oleh org Melayu Islam. Kerana sifatnya yg amat rasis itu, Singapura tlh ditendang keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Kini, legasi rasis Lee Kuan Yew itu tlh diambil alih oleh anak didiknya iaitu parti paling rasis n berbahaya DAP. Tidak mustahil DAP akan melaksanakan perancgn Lee Kuan Yew itu. Mereka tlh berjy memerintah P.Pinang n hnya tunggu masa utk mmbawa keluar PP dari Malaysia. Dgn msyrakat Cina yg ramai di Selangor, Perak, Melaka dan N.Sembilan, wilayah jajahan Cina DAP semakin luas.

Ditambah dgn usaha giat DAP merekrut anak muda Melayu Islam (dan mereka sbnarnya semakin berjaya), jgn terkejut satu hari nnti kita bakal melihat MB Kelantan yg bergelar ulama adalah dari parti DAP dan bukannya PAS. Jgn risau org Melayu Islam pd masa itu akan tetap melaungkan takbir.

Segalanya mungkin. Tidak mustahil berlaku. Apa reaksi org Melayu?Terima dgn hati terbuka or berdemonstrasi or lantakkan saja asalkn bukan UMNO yg perintah? Ooh baru teringat org Melayu ni sifatnya penyantun n boleh bertolak ansur sehingga beransur2 ditendang dari Malaysia ni ..hahaha lantak kaulah Melayu.

Jumaat, 5 Disember 2014

Isu kalimah Allah dan usaha bawa keluar Sabah & Sarawak dari Malaysia adalah langkah sistematik lenyapkan kuasa politik Melayu Islam


Tafsirannya mudah saja. BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU 13 lalu adalah disebabkan oleh pencapaian cemerlang BN di  Sabah n Sarawak. Kedua2 negeri ini dianggap sbg deposit tetap BN.

Jadi cuba bayangkan jika BN kalah banyak kerusi di kedua2 negeri itu pd PRU yg lalu. Sudah semestinya sekarang PR yg memerintah Malaysia.

PR dgn disokong oleh puak liberalisme n pelampau Kristian telah mendpt idea bernas bagaimana cara untuk melumpuhkan kuasa BN di kedua2 negeri itu.

Cara yang pertama ialah dengan memainkan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible oleh penganut Kristian. Umum mengetahui majoriti rakyat Sabah n Sarawak adalah beragama Kristian. Sudah semestinya isu ini boleh memberi keuntungan politik kpd pihak terbabit.

Tindakbalas dari org Islam dan pemerintah (baca UMNO) terhadap isu ini diharapkan boleh mengundang ketidakpuasan hati penganut Kristian di kedua2 negeri itu.

Kalimah Allah mmg telah lama digunakan oleh penganut Kristian di kedua2 itu. Yg mnjadi kesalahan ialah penggunaan kalimah Allah di dlm Bible di Semenanjung Malaysia. Tiada sebab kalimah Allah di gunakan kerana di Semenanjung jumlah penganut Kristian adalah kecil.

Kerana politik isu agama digunakan. Ini semua semata2 untuk kepentingan politik PR yg diketuai oleh DAP laknatullah dan disokong kuat oleh Melayu liberal PAS dan PKR. Tujuan mereka hanya mahu melenyapkan kuasa kerajaan yg diketuai Melayu Islam. Mereka sedar kuasa politik Melayu Islam hanya boleh dihancurkan sekiranya mereka berjaya menawan Sabah n Sarawak.

Bagi memanaskan lagi hati org Sabah n Sarawak, mereka menghasut pula rakyat kedua2 negeri itu utk membebaskan negeri mereka dari Malaysia. Dakyah yg mereka gunakan ialah Malaysia yg diketuai org Melayu Islam tlh menjajah Sabah n Sarawak. Cuba byngkan jika gerakan keji ini berjaya sudah semestinya mudah2 saja BN hilang kuasa.

Kerajaan perlu bertegas menangani isu ini. Isu ini sebenarnya bersifat makan dalam n umpama api dalam sekam kpd keamanan Malaysia. Jika ia dibiarkan, nescaya PRU14 nanti kerajaan yg diterajui oleh Melayu Islam akan hanya tinggal kenangan dan bakal digantikan oleh puak ultra kiasu yg tiada belas kasihan kpd org Melayu n agama Islam.


Khamis, 4 Disember 2014

British telah lama rancang hapuskan ketuanan Melayu


Agen Freemason, Stamford Raffles yg kononnya diisytiharkan sbg org yg membuka Singapura di dalam memoirnya telah menggariskan cara British untuk melemahkan kekuatan Melayu Islam di Tanah Melayu:

1. British perlu membawa masuk secara besar2an pendatang Cina dan India ke Tanah Melayu dgn menggunakan alasan ekonomi. Ini perlu dilakukan bg memastikan Tanah Melayu tidak dihuni oleh hanya org Melayu. Tanah Melayu yg dikuasai sepenuhnya org Melayu akan membuatkan Islam mnjadi kuat n boleh mmbahayakan penjajah. Jadi bg melemahkan Melayu n syiar Islam,Tanah Melayu atau Malaysia kini perlu dimajmukkan.

2. Sekat hubungan yg rapat antara Raja n pemimpin Melayu dengan ulama dari Tanah Arab. Pengaruh yg kuat dari ulama Arab boleh mengembangkan syiar Islam bukan shj di Tanah Melayu tapi juga Nusantara. Oleh itu perkaitan antara Arab dgn Nusantara perlu dihapuskan. Sebab itu,para orientalis begitu keras menafikan kedatangan Islam ke nusantara ini adalah melalui Tanah Arab.

Kini, 2 langkah di atas benar2 tlh mmberi kesan negatif kpd org Melayu Islam khususnya di Malaysia. Masyarakt majmuk yg wujud di negara ini bnyk mendtgkn bnyk masalah spt kesukaran org Islam utk mngamalkan Islam scra syumul. Bayangkan mahu laksanakn hukum hudud pn kena minta kebenaran dr org kafir yg dulu adalah kaum pendatang.

Kesimpulannya, British tlh hampir berjaya memastikan syiar Islam mnghadapi kesukaran utk dinyalakan di negara ini. Ditambah lagi dgn perpecahan org Melayu n sikap pemerintah yg terlalu berlembut dgn bukan Melayu mnjadikan perancngn British ini hampir sempurna 100%.

BAHAYA!MALAYSIA BAKAL RUNTUH SEPERTI KESULTANAN MELAKA?


Punca kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak dibincngkan oleh ramai pengkaji sejarah.Sejarah tetap sejarah. Biarpun terdapat segelintir rakyat Malaysia yg memandang sinis terhadap sejarah kejatuhan Melaka ini tapi mungkin ramai yg tidak sedar tentang signifikannya terhadap keadaan Malaysia sekarang.

Percayalah ciri-ciri kejatuhan Melaka dulu sudah mula kelihatan pd negara tercinta ini. Tepatlh seperti kata pepatah sejarah itu lazimnya berulang.

Antara bukti ciri2 kejatuhan Melaka yg ada pd Malaysia ialah:

1. Perebutan kuasa di antara org Melayu (UMNO vs PAS-PKR) sehingga berlakunya perpecahan yg teruk sehingga nasib Islam n Melayu terabai.

2. Org Melayu Islam di negara ini semakin lalai dgn kuasa n harta yg ada (khususnya org politik,bangsawan n kerabat raja) hinggakn tidak mempedulikan Islam n Melayu yg sering dihina.

3. Kebanjiran pendatang asing sehinggakan jawatan pengawal keselamatan pn disandang oleh pendtng asing. Ia sngat bahaya kerana dikhuatiri akan ada dlm kalangan mereka ini yg akan berbuat khianat jika berlaku huru-hara dlm negara.

4. Watak pengkhianat Melaka spt Ninachatu n Raja Mendeliar yg sanggup bersengkongkol dgn kuasa luar utk mnjtuh seterusnya mndptkn kuasa telah muncul dlm negara ini (xperlu disebut siapa orgnya lu fikirlh sendiri).

Bnyk lg ciri2 kejatuhan Melaka yg mula menjngkiti Malaysia yg boleh dibincngkn.Apa yg ditakuti ialah jika Melaka jatuh akibat diserang oleh penjajah Portugis,maka siapakah kuasa asing yg bakal menghncurkan Malaysia?Nauzubillah mntak dijauhkan.

Tapi apapun ia tak mustahil berlaku. Selagi Melayu Islam terus bercakaran sesama sendiri tak mustahil masa kejatuhan itu hanya menunggu detik shj.

Rabu, 18 Jun 2014

MELAYU JADI CALON DAP KERANA UMNO TIDAK HARGAI BAKAT MUDA MELAYU!!!


Pemilihan Dyana Sofia sebagai calon parti rasis DAP dalam PRK Teluk Intan tempoh hari menimbulkan pelbagai persepsi khususnya dalam kalangan orang Melayu. Orang Melayu (jati diri kuat dan sayangkan agama bangsa) menganggap Dyana seorang pengkhianat bangsa.

Kita boleh kutuk, maki dan kata apa sahaja mengenai tindakan Dyana itu sama ada sebagai pengkhianat bangsa, menjual maruah bangsa dan agama dan apa sahaja gelaran yang menghina. Tapi pernahkah kita berfikir mengapa beliau memilih untuk berjuang bersama DAP dan bukannya parti Melayu seperti UMNO?

Dari segi amalan demokrasi, tindakan Dyana itu langsung tidak menyalahi etika dan undang-undang. Cuma dari aspek budaya (baca: budaya Melayu), perbuatan Dyana yang mewakili DAP yang dikatakan anti-Melayu, anti-Raja Melayu dan anti Islam mungkin dianggap salah.

Bagi GAD, sudah menjadi kelaziman orang muda seperti Dyana memiliki cita-cita tinggi. Bercita-cita untuk popular, ada kuasa, kaya dan diminati ramai mungkin menjadi impian beliau. Bagi menggapai impian itu, beliau telah memilih bidang politik yang sememangnya mudah untuk memperolehi semua yang diimpikan itu. Tapi tindakannya memilih DAP dan tidak parti Melayu Islam seperti UMNO atau PAS bagaikan melawan arus.

Sebenarnya, bagi GAD tindakan Dyana itu menunjukkan beliau seorang yang bijak dan oportunis. Beliau tahu pada masa kini DAP adalah parti yang paling popular (dlm kalangan orang Cina) dan berpengaruh. Beliau juga tahu jika beliau memilih untuk berjuang bersama UMNO, beliau tidak akan ke mana-mana. Lihat saja nasib ibunya di dalam UMNO.

Semua orang tahu UMNO memang kurang mesra dengan bakat muda dan profesional Melayu. Sudah biasa mendengar kisah profesional Melayu yang berpendidikan tinggi apabila memohon menjadi ahli UMNO di mana-mana cawangan, lazimnya permohonannya itu ditolak. Alasannya ialah kerana ketua cawangan atau bahagian yang mungkin kurang berpendidikan tinggi bimbang dengan aura yang mungkin ada pada golongan profesional tersebut.

Akibatnya ramai profesional Melayu kecewa dan membuat keputusan menyertai parti pembangkang seperti PAS dan PKR yang lebih menghargai bakat mereka. Itulah kebodohan UMNO. Mereka masih mahu mempertahankan status quo yang sebenarnya akan menghumban mereka ke lembah penghinaan dalam PRU ke 14 akan datang.

Dalam kalangan orang muda Melayu, UMNO dipersepsikan sebagai parti elit, parti untuk kroni dan kawan atau kerabat rapat sahaja. Tiada ruang untuk bakat muda menunjukkan kualiti kepimpinan mereka. Jika ada pun, mungkin mereka ada "cable" atau kenal dengan orang atasan.

Jika persepsi ini berterusan dan UMNO gagal menanganinya, UMNO pasti menghitung hari untuk dikuburkan. Tindakan Dyana Sofia menyertai DAP sepatutnya tidak dikeji tapi sewajarnya menjadi pengajaran kepada UMNO kerana gagal memahami isi hati anak muda dan profesional Melayu. Sampai bila muka yang sama sahaja yang menjadi pemimpin atau wakil rakyat UMNO sedangkan mereka-mereka ini hanya tunggu masa untuk rebah pada PRU 14 akan datang.

Sabtu, 14 Jun 2014

MESTI BACA! STRATEGI HALUS PAP PINGGIRKAN MELAYU DI SINGAPURA


Berdasarkan buku The Singapore Dilemma - The Political and Educational Marginality of the Malay Community karya Lily Zubaidah Rahim, penulis telah mengemukakan beberapa strategi atau program yang dilaksanakan oleh parti pemerintah iaitu PAP (abang DAP) untuk meminggirkan orang Melayu Singapura secara sistematik. Strategi tersebut ialah:

1. Mengekalkan taraf minoriti bilangan penduduk Melayu

Akibat kemerosotan kadar kelahiran penduduk Cina, Lee Kuan Yew telah mendedahkan semasa perhimpunan Hari Kebangsaan 1988 bahawa kerajaan akan cuba meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong.

Menjelang 1988, sebanyak 4707 keluarga (80% Cina) telah berhijrah ke Singapura. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa untuk menarik bakat ke Singapura (CATS) bagi menarik orang Cina dari negara luar supaya berhijrah ke Singapura. Sebaliknya, pekerja Melayu Malaysia menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan permit kerja di Singapura.

Semua ini dilakukan untuk mengekalkan bilangan penduduk Cina, selain untuk mengekalkan dominasi politik PAP di Singapura.

2. Melemahkan Kuasa Undi Masyarakat Melayu 

Bagi melemahkan kuasa undi orang Melayu, kerajaan telah melaksanakan program penempatan semula bandar dan dasar perumahan awam. Caranya ialah dengan menempatkan orang Melayu ke merata kawasan perumahan awam baru di seluruh Singapura. Kampung-kampung Melayu juga telah dihapuskan dan digantikan dengan perumahan awam moden.

Akibatnya, tiada lagi kawasan majoriti Melayu di Singapura. Oleh itu, parti berteraskan Melayu seperti PKMS gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya. Maka, orang Melayu telah kehilangan suara untuk menuntut sebarang hak atau berunding sesuatu perkara dengan kerajaan.

3. Kuota kediaman etnik

Bagi terus menyekat kuasa politik Melayu, PAP telah memperkenalkan kuota kediaman etnik. Ini bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk mana-mana blok perumahan awam.

Bagi orang Cina pula, kuota mereka pula hendaklah mencapai 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam. Kuota ini dikuatkuasakan dengan tidak membenarkan orang bukan Melayu menjual rumah pangsa mereka kepada orang Melayu.

Pada pendapat PAP, sebuah blok perumahan yang mengandungi 26% orang Melayu dianggap perkauman, tetapi dianggap sebaliknya untuk 80% penduduk Cina di sesebuah blok perumahan.

4. Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC)

Selepas pilihanraya 1988, kerajaan telah melaksanakan GRC ini di mana mengintegrasikan 39 kawasan pilihanraya kepada 13 wad pemilih. Maknanya, setiap wad terdiri daripada penyatuan 3 kawasan pilihanraya yang berjiranan. Oleh yang demikian, setiap pengundi bukan mengundi untuk seorang calon, tetapi satu pasukan calon dari sesebuah parti politik.

Sistem ini menghendaki setiap pasukan GRC wajib mempunyai seorang ahli etnik minoriti. Akibatnya, parti Melayu PKMS gagal meletakkan calon dalam mana-mana GRC. Ini kerana kawasan yang mengandungi ramai pengundi Melayu seperti Eunos, Bedok dan Kampung Kembangan telah dimasukkan dalam wad GRC.

Sistem ini selain bertujuan untuk mengukuhkan dominasi PAP dalam politik Singapura, ia juga untuk melemahkan suara etnik minoriti khususnya Melayu.


5. Pengubahan fakta sejarah Singapura

Bagi menghapuskan perkaitan orang Melayu dengan asal-usul Singapura, kerajaan PAP telah mengubah fakta sejarah Singapura di dalam buku teks dengan menyatakan bahawa asal usul Singapura adalah bermula pada tahun 1819 iaitu semasa ia dibuka oleh Stamford Raffles.

Padahal, semua orang tahu bahawa Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik telah dibuka oleh Sang Nila Utama dan pernah mempunyai Sultan. Perubahan sejarah ini bertujuan untuk menafikan fakta bahawa Singapura memiliki hubungan yang rapat dengan orang Melayu sebagai kaum peribumi.

6. Peminggiran pendidikan orang Melayu 

Bahasa Melayu tiada nilai di Singapura. Semua sekolah dan universiti menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Maka, pelajar Melayu yang berpendidikan Melayu sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam mahupun swasta yang lebih mementingkan Bahasa Inggeris.

PAP juga telah mengurangkan promosi persekolahan Melayu dan memotong jumlah biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Melayu.

Kerajaan juga telah mengetatkan kemasukan ke universiti dengan mewajibkan pelajar lulus dalam subjek Matematik dan Sains selain pemansuhan subjek Pengetahuan Agama. Isu secara tersiratnya ialah untuk menghalang lebih ramai pelajar Melayu dapat masuk ke universiti. Kelemahan pelajar Melayu dalam subjek Matematik dan Sains telah menyukarkan lagi mereka untuk belajar di universiti.

Bantahan daripada orang Melayu mengenai isu tersebut tidak dilayan oleh kerajaan.

Sebagai tambahan...

7. Tiada lagi orang Melayu dilantik sebagai Presiden Singapura

Sejak Yusuf Ishak dilantik sebagai Presiden pertama Singapura, tiada lagi orang Melayu yang dilantik sebagai Presiden Singapura sehingga kini. Walaupun merupakan kaum kedua terbesar di Singapura, PAP lebih rela melantik kaum India sebagai Presiden Singapura.

8. Azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan pembesar suara



*Pesan GAD - sedarlah wahai bangsaku. Sebenarnya, dengan apa yang telah terjadi kepada orang Melayu di Singapura dan panjang umurnya Lee Kuan Yew adalah suatu petunjuk dan mungkin juga ujian oleh Allah kepada kita di Malaysia ini. Tak mustahil perkara-perkara di atas akan berlaku di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang pun, petanda semua perkara di atas sedang berlaku. Contohnya di P.Pinang, di mana orang Melayu di sana bagaikan sengaja ditekan hidup mereka. Mereka kehilangan tanah dan kampung tradisi, sukar untuk berniaga dan banyak lagi yang GAD rasa semuanya dilakukan dengan bermatlamat untuk menghalau secara perlahan-lahan orang Melayu dari PP. Selagi kafir harbi DAP dibantu oleh parti pengkhianat bangsa PAS dan PKR, tak mustahil suatu hari nanti Tanah Melayu ini akan jatuh ke tangan Cina. Masa tu menangis air mata darah pun dah tak berguna lagi. Ingatlah bangsaku....kalau sekali Melayu dah kalah, bumi Tanah Melayu ini tidak mungkin lagi dapat ditebus kembali...itu adalah kepercayaan GAD.  



Jumaat, 13 Jun 2014

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR : APAKAH PETANDA KEMBALINYA KUASA MUTLAK RAJA MELAYU?


Isu Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang hangat diperdebatkan sepanjang dua minggu kebelakangan ini ibarat manifestasi kepada dua petanda iaitu:

Pertama - Apakah sudah hilang rasa percaya dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Johor terhadap ahli politik atau wakil rakyat sehinggakan perlu melibatkan Tuanku Sultan Johor dalam lembaga tersebut?

Persoalan pertama ini ada logiknya kerana jika dilihat atau dikaji apa sahaja isu tidak kira berkaitan dengan isu perkauman, agama, bahasa, pendidikan, perumahan atau apa sahaja berkaitan dengan kehidupan rakyat akan dipolitikkan sehingga ianya panas. Persoalannya siapakah yang membuatkan isu-isu tersebut panas? Adakah rakyat marhaen, penoreh getah, posmen, guru atau rakyat biasa? Jawapannya sudah pastilah ahli politik.

Sudah menjadi lumrah, ahli politiklah yang selalu (malah suka) memanaskan sesuatu isu bagi mendapatkan manfaat politik demi meraih undi. Sebenarnya, rakyat bawahan tidak kira pelbagai bangsa atau kaum boleh hidup aman damai, tetapi di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli politik inilah telah menyebabkan rakyat berpecah belah dan bersikap prejudis.

Berbalik kepada persoalan pertama tadi, berkemungkinan besar jika tiada campur tangan Sultan, sudah pasti kemudahan perumahan yang disediakan di Johor tidak akan mesra rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah. Sudah menjadi kelaziman, pihak pemaju (mungkin atas dokongan ahli politik tertentu) lebih suka membina rumah mewah berbanding membina rumah mampu milik atas alasan lebih menguntungkan.

Seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang, di mana rakyat berpendapatan rendah tidak mampu memiliki rumah atau hartanah kerana harga yang ditawarkan di luar kemampuan mereka, isu ini sebenarnya boleh ditangani asalkan bukan oleh ahli politik atau wakil rakyat.

Jadi siapakah yang boleh menanganinya? Mungkin sebab itu Tuanku Sultan dilibatkan sebagai salah seorang ahli lembaga tersebut. Mungkin hanya Tuanku Sultan yang berkuasa untuk mengelakkan apa yang  berlaku di P.Pinang tidak berlaku pula di Johor. Ingat, Johor adalah jiran Singapura. Johor kini sedang diintai oleh parti paling rasis iaitu DAP untuk menguasainya. Tidak mustahil dengan kerjasama DAP dengan pihak pemaju (kebanyakannya Cina mungkin ahli DAP) perumahan mampu milik tidak akan banyak dibina di Johor atas strategi ingin memecahkan undi Melayu di sesuatu kawasan. 

Majoriti orang Melayu adalah berpendapatan rendah dan lazimnya mereka hanya mampu membeli rumah mampu milik. Jika tidak dibina, di mana mereka ingin tinggal?

Jangan terkejut sekiranya isu perumahan ini dijadikan taktik halus kafir DAP dan sekutunya untuk menghalau orang Melayu di sesuatu kawasan. Jika orang Melayu sudah kurang, maka kuasa undi mereka juga kurang. Jadi siapa yang untung?

Orang politik termasuk wakil rakyat Melayu tahu apa? Mereka hanya fikirkan untuk memenuhkan tembolok mereka sahaja. Apa jadi pada bangsa dan agama sendiri tolak ketepi.

Mungkin ramai orang memandang isu ini akan mencemarkan konsep Raja Berpelembagaan tapi kita perlu juga memandang dari sudut lain.

Kedua - Apakah ini petanda rakyat mahukan kuasa Sultan dikembalikan atau dengan kata lain berkuasa mutlak?

Persoalan ini mungkin agak keterlaluan lebih-lebih lagi Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Tapi kita boleh berfikir di luar kotak. Persoalan ini sebenarnya masih berkait rapat dengan isu moral ahli politik dan wakil rakyat yang gagal menjalankan amanah membela nasib rakyat.

Jika ahli politik dan wakil rakyat gagal memainkan peranan mereka, mungkin sudah tiba masanya kita menyandarkan harapan kepada Tuanku Sultan untuk membela rakyat. Tapi adakah kita berani untuk membuang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang dan berubah kepada sistem monarki?

Apakah yang akan terjadi kepada Malaysia jika kita mengamalkan sistem beraja berkuasa mutlak? Lihat Brunei di mana Sultannya berkuasa mutlak. Mereka tiada parti politik berlabel Islam tapi sudah mengorak langkah melaksanakan hukum hudud. Sekarang cuba bandingkan dengan Malaysia yang sudah menempuh 13 PRU dan memiliki sebuah parti kononnya terlebih Islam yang sering melaungkan-laungkan ingin melaksanakan hudud (sebenarnya nak meraih undi saja). Tapi habuk pun tak ada. Sampai sekarang isu hudud hanya menjadi mainan mereka. 

Kenapa ini berlaku di Malaysia? Tak lain dan tak bukan kita di sini terlalu banyak sangat berpolitik sampai satu benda pun tak jadi. Dan semua ini adalah angkara ahli politik dan wakil rakyat. Merekalah yang paling rasis, mempergunakan agama, songlap duit rakyat, mengamalkan kronisme, nepotisme dan banyak -isme lain. Rakyat biasa tidak bersalah. Mereka hanya inginkan kebajikan mereka dibela dan mengimpikan kehidupan yang sejahtera.

Jika wakil rakyat dan ahli politik tidak mampu menawarkan itu semua, apakah menjadi kesalahan sekiranya rakyat beralih kepada Raja-Raja Melayu sebagai pembela tunggal mereka?