Ahad, 11 Disember 2016

Siapa kata DAP tak boleh perintah Malaysia? Ini buktinya...


Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang rakyat bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maknanya, sesiapa sahaja tidak kira kaum dan agama layak menjadi Perdana Menteri asalkan dia dan partinya berjaya memenangi kerusi terbanyak di dalam pilihanraya serta mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Heboh diperkatakan bahawa adalah mustahil DAP boleh menduduki jawatan Perdana Menteri dengan alasan mereka hanya bertanding di 50 kawasan Parlimen sahaja sedangkan kerusi keseluruhan Parlimen adalah sebanyak 222 kerusi. Untuk memenangi majoriti mudah pun perlu memenangi sejumlah 112 kerusi.

Ramai menyalahkan UMNO yang dikatakan sengaja menakut-nakutkan orang Melayu bahawa DAP boleh memimpin Malaysia. Namun begitu, jika diimbas kembali keputusan PRU12 DUN Perak, kebimbingan itu adalah munasabah.

Ketika PRU12 DUN Perak, Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas pentadbiran Negeri Perak daripada tangan BN dengan keputusan 31-28. Perincian keputusan PRU12 DUN Perak adalah seperti berikut:

  
Jika dilihat pada keputusan di atas, jelas DAP berjaya memperolehi kerusi terbanyak berbanding parti-parti lain dalam PR seperti PAS dan PKR. Sepatutnya DAPlah yang layak menduduki jawatan Menteri Besar Perak. Namun begitu, atas sebab peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang menyatakan bahawa hanya orang Melayu sahaja yang boleh menjadi MB, maka DAP terpaksa akur dan menyerahkan kerusi MB kepada PAS (Nizar Jamaluddin).

Namun begitu, Nizar hanya dijadikan sebagai MB boneka sahaja. Segala keputusan berkaitan pentadbiran negeri adalah di bawah DAP. Nizar hanya bertindak sebagai "yes bos" saja. Kiranya DAP memerintah Perak secara proksi. Proksinya ialah Nizar.


Kemenangan DAP di Perak pada PRU12 telah mengejutkan dan membuka mata orang Melayu Perak. Dulu anggapan bahawa DAP boleh merampas kepimpinan negeri adalah berita karut. Namun selepas PRU13, andaian tersebut tidak boleh diterima lagi.

Benar DAP hanya bertanding di kerusi majoriti penduduk Cina tetapi sejak dua PRU yang lepas, mereka sering mendapat undi yang solid daripada orang Cina. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku dalam kalangan parti pembangkang Melayu. Undi Melayu telah berpecah. Ia diburukkan lagi dengan kelahiran dua lagi parti berteraskan Melayu iaitu AMANAH dan BERSATU. Jadi, jumlah parti pembangkang Melayu semakin banyak iaitu PKR, AMANAH, BERSATU dan PAS. Melayu telah menjadi minoriti dalam pembangkang.

Ok, kita lihat pula bilangan terkini kerusi Parlimen pembangkang mengikut parti bagi PRU13 seperti berikut:



Apakah yang boleh dijelaskan melalui statistik di atas? Parti manakah yang mengungguli jumlah kerusi dalam kalangan parti pembangkang? Secara matematik dan logiknya memang benar DAP tidak boleh menduduki jawatan PM. Tetapi dengan melihat kepada pengalaman di Perak semasa PRU13 yang lalu, logik tersebut tidak boleh dipakai. Kerana apa tuan-puan. Sebab yang utamanya adalah kerana UNDI MELAYU TELAH BERPECAH MENGIKUT PARTI. Jadi undi Melayu telah menjadi minoriti.

Sekarang kita lihat pula bilangan kerusi terkini yang dimenangi oleh parti-parti komponen utama BN:



UMNO berjaya memenangi sebanyak 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 yang lalu (sekarang tinggal 87 kerusi kerana Muhyidin Yassin dan Shafie Apdal telah dipecat dari parti). UMNO merupakan parti dominan di dalam BN.

Jika kita lihat statistik di atas juga, parti teras kaum Cina iaitu MCA hanya memperolehi 7 kerusi Parlimen sahaja, manakala GERAKAN hanya 1. Melihat senario terkini sokongan kaum Cina terhadap BN, dijangka MCA dan GERAKAN akan kalah semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU14 nanti.

Bagaimana DAP boleh memerintah Malaysia? Ok kita andaikan BN tewas pada PRU14 nanti (harap dijauhkan). Untuk memerintah secara majoriti mudah, sesebuah parti atau pakatan itu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 112 kerusi. Sekarang DAP telah mempunyai 37 kerusi dalam tangan. Kita andaikan MCA dan GERAKAN akan tewas di semua kerusi mereka. Jadi 8 kerusi yang dimenangi oleh MCA dan GERAKAN semasa PRU13 lalu akan menjadi milik DAP. 37 + 8 = 45 kerusi. DAP dijangka akan memperolehi 45 kerusi semasa PRU14 nanti.

Bagaimana dengan parti teras Melayu dalam pembangkang yang lain seperti PKR, AMANAH, BERSATU dan PAS. Berapakah bilangan kerusi yang mereka bakal perolehi? Sebenarnya, untuk menewaskan BN adalah mudah iaitu dengan hanya menewaskan UMNO. Kerana UMNO adalah teras BN dan parti paling banyak memenangi kerusi dalam BN.

UMNO sekarang ada 87 kerusi. Seandainya BN tewas dan orang Melayu ingin terus kekal di jawatan PM, maka parti-parti Melayu pembangkang perlu merampas sebanyak mana kerusi UMNO selain mempertahankan kerusi sedia ada.

Namun begitu, berita malangnya adalah ada sebanyak 4 parti teras melayu dalam pembangkang. Jadi sudah pasti bilangan kerusi akan berpecah. Boleh jadi akan tiada parti dominan Melayu dalam pembangkang seperti dominannya UMNO dalam BN. Ia diburukkan lagi dengan isu PAS tidak mahu menyertai PH (dikhuatiri mewujudkan pertandingan 3 penjuru).

Sekarang mari kita buat kira-kira kerusi yang dijangka dimenangi oleh pembangkang. Kita andaikan UMNO hanya mampu mempertahankan 20 kerusi Parlimen sahaja dan tewas 67 kerusi. Jadi ke mana kerusi itu akan pergi. 67 kerusi tersebut akan dibahagikan di antara BERSATU, PAS, AMANAH dan PKR. Kita cuba buat statistik berikut:

Andaian bilangan kerusi yang dimenangi pembangkang pada PRU14 nanti (sekadar andaian):

DAP             -45 kerusi
BERSATU    -35 kerusi
PAS            -20 kerusi
AMANAH     -5 kerusi
PKR            -36 kerusi
JUMLAH   =141 kerusi (cukup kerusi untuk memenangi PRU14)

Sekiranya melihat kepada statistik di atas, parti manakah yang dominan dan memperolehi kerusi terbanyak? Tentu sekali DAP. Sekarang siapa yang berani cakap DAP tidak boleh memerintah Malaysia walaupun hanya bertanding 50 kerusi sahaja. Segalanya tidak mustahil.

Ada dua sebab mengapa DAP boleh menduduki jawatan PM atau sekurangnya-kurangnya memerintah secara proksi (menjadikan Melayu PM boneka):

1. Undi kaum Cina solid / keseluruhannya kepada DAP.
2. Undi / jumlah kerusi parti teras Melayu pembangkang telah berpecah. Tiada yang dominan.

Sekiranya, andaian/ramalan di atas diteliti, maka tidak mustahil DAP akan memerintah Malaysia ataupun sekurang-kurangnya menjadi parti penentu segala keputusan kabinet (memerintah melalui proksi. Melayu diperkudakan sebagai PM boneka tetapi DAP sebenarnya yang memerintah).

Sejarah kemenangan DAP di DUN Perak pada PRU12 yang lalu boleh berulang dan berita buruknya ia akan menyebabkan Melayu hilang terus kuasa politik secara total. Jika sekali Melayu hilang kuasa politik, ia sama ada mengambil masa yang lama untuk merampas semula ataupun tiada peluang lagi merampasnya semula.

Fikir-fikirkanlah umat Melayu Islam. Mengundi biar berakal. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pun dibakar sekali. Biar bermimpi buruk sekarang, asalkan jangan menyesal kemudian hari. Ketika itu, menangis air mata darah sekali pun tidak berguna lagi. Bumi dipijak milik orang.


1 ulasan:

  1. Analisis di atas tidak dimasukkan/ditambahkan lagi dengan kerusi Mp BN dari kalangan bukan Islam terutamanya dari Sabah Sarawak. Kalau mereka bersatu bagaimana dengan orang Melayu? Perlembagaan membenarkan dan MP Melayu/Islam bukanlah cerdik sangat hingga mereka boleh ditipu (@sengaja ditipu) oleh DAP.

    BalasPadam