Sabtu, 30 Julai 2011

CIRI-CIRI IDEOLOGI KOMUNIS


1. Penganut-penganut komunis mempercayai bahawa sistem kapitalis (pasaran bebas) adalah buruk. Mengikut mereka, golongan pekerja dalam sistem kapitalis amat menderita. 

2. Komunis mempercayai bahawa golongan pekerja harus bersatu dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan lain-lain pertubuhan. Kemudian, mereka harus mengadakan revolusi untuk menjatuhkan kapitalis.

3. Komunis percaya bahawa masyarakat baru komunis akan menjadi masyarakat yang tidak berkelas. Tidak akan terdapat lagi golongan penindas dan golongan yang ditindas. Semua orang memiliki kekayaan yang sama (tidak akan wujud golongan kaya/elit).

4. Komunis percaya bahawa dalam sebuah negara komunis, semua harta adalah hak milik negara. Orang perseorangan tidak boleh memiliki tanah atau perniagaan. Pemilikan harta persendirian adalah merupakan ciri-ciri kapitalis yang perlu dielakkan. Semua harta mesti dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan. Harta-harta kapitalis akan dirampas.

5. Komunis anti agama dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Mereka menganggap bahawa agama adalah candu masyarakat.

Sumber : Malaysia Dalam Sejarah 3

GAD - Jika mengikut perkembangan terkini di seluruh dunia, komunis sebenarnya sudah runtuh terutamanya selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991. Kini, hanya tinggal beberapa saja lagi negara yg masih mengamalkan ideologi komunis seperti China, Korea Utara dan Cuba. China pun kini telah mentransformasi ideologi komunis mereka dengan menggunapakai sistem kapitalis. Apapun, secara keseluruhannya  sistem komunis ini ternyata hanya indah khabar dari rupa. Kita boleh lihat negara yg mengamalkan ideologi ini lebih mudah dilanda huru-hara. Ideologi ini juga tidak mengikut fitrah manusia yg mengamalkan kepercayaan agama. Kini di Malaysia sudah ada pihak-pihak yg mahu menghidupkan semula ideologi komunis. Jadi sebagai rakyat Malaysia, apakah persediaan kita untuk menangani gelombang ini?
  
    

12 ulasan:

  1. salah satu cabang komunis di Malaysia sekarang ialah DAP......

    sedar lah kaum MELAYU dan ORANG ISLAM

    BalasPadam
  2. u all mmg susah lah~ siapa kata ideologi komunis akan dihidupkan. semuanya tipu. GAD cakap DAP komunis, tapi mana buktinya. Kalau tak ada bukti, itu dinamakan fitnah. EO6 yang ditahan atas nama ingin hidupkan semula ideologi komunis pun telah dibebaskan. Jadi, polis pun tak ada bukti cakap mereka tu komunis. Kalau ada buktinya yg nyata DAP tu komunis, sila nyatakan.

    BalasPadam
  3. kalau bagi bukti pun, korang akan cakap itu tampered la, doctored la, palsu la...
    paling teruk akan cakap apa2 bukti itu sekadar besi atau kertas. takde mata takde telinga.
    so apa cerita?
    kadang2 sesuatu perkara itu tak perlu bukti pun org boleh tahu. tengok tindak tanduk dap pun sebijik macam komunis..betul tak?

    BalasPadam
  4. ya ke? kalao tak ada bukti cakap cakap saje, itu dianggap khabar angin. adakah dap sebarkan ideologi tentang komunis? name penuh DAP itu Democratic Action Party. perkataan pertama nama DAP pun sudah beritahu u all, parti ni demokrasi, mana datangnya komunis? kalao nak anggap dap tu komunis, sila teruskan lah.

    BalasPadam
  5. jika nak harap nama saja democratik tp tindak tanduk seperti komunis, takde guna jugak bro. sbg contoh, nama daniel atau johan, bukan org2 kristian je guna, org2 cina ada, org2 Islam pun guna jugak..nama tak mencerminkan apa yg sebenar. tp tindaktanduk dan cara hidup, walaupun dia tak beritahu dia Muslim ke, kristian ke, hindu ke, buddha ke, kita boleh tahu dah..masing2 ada kepercayaan masing2 bukan?
    sama jugak la dgn dap yg kononnya demokratik tu, racist dan chauvinist je yg aku nampak. tak percaya? tengok je tindak tanduk pemimpin2 dap. jgn pura2 tak tahu..

    BalasPadam
  6. dari apa yang saya nampak. dap okok je, at least dap tak keluarkan topic topic yg racist mcm bn. kalao nak cakap racist, bn lah yang racist. dan u faham apa tu komunis ke??? u takut dap nak hapuskan ketuanan melayu ke? ini takkan berlaku, dan sya percaya semua rakyat malaysia takkan bagi perkara ni berlaku. tambahan pula, bn sudah berlaku terlalu banyak kes rasuah. saya tak cakap dap takada kes rasuah, tapi kuranglah. dari apa yang saya nampak, pulao pinang yang under kerajaan dap skrang semakin maju pula. so, terbuktilah, kerajaan dap pun tak teruk macam mana yang u cakap.

    BalasPadam
  7. dap tak keluarkan topik2 yg racist? hahahahaha..
    lagi bukti kamu ni memang delusional. aku ambil 1 je contoh paling mudah, kes ketuk ketampi kononnya warga china..apa dap dah buat? asal cina je, bising beb. tp kena kat org melayu, diam seribu bahasa, inilah bukti betapa dap cuba jadi hero kpd kaum minoriti yg racist dab chauvinist! cakap pasal rasuah, smp mati pun tak habis bro, kesimpulannya senang sahaja, TIADA PEMBERI MAKA TIADA PENERIMA, sebelum tuduh seorang penerima, siapa pemberi??? jadi 2x5 jugak bukan? sebut pasal penang, memang dari dulu lagi dah maju, waktu tu dap ke yg jadi kerajaan? aduhai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama
      Kes suruh perempuan berbogel ketuk ketampi tu melambangkan polis Malaysia lebih teruk dari rasis iaitu kurang siuman, tak senonoh, lebih haiwan dari haiwan. Polis Malaysia diketawa oleh masyarakat Dunia kerana langsung tak bermaruah. Oleh itu mesti ditentang oleh sifat-sifat kemanusian dan itu bukan rasis namanya. Bodoh tak tahu nak beza dan nilai hahaha.

      Padam
  8. di Indonesia juga, sudah ada tanda2 mereka hidup kembali.... dengar punya khabar mereka akan menduduki 400 kursi parlemen pada thn 2014 nanti, ayo malaysia, saudaraku seiman..... kita hadang kaum pembunuh para ulama itu dengan bersatu dalam iman Laa Ilaa Ha Illalloh Muhammadur Rosululloh... jangan biarkan kaum kafir dan munafiq memecah belah islam karena beda negara... karena kita akan berkumpul dalam satu bendera kelak di akhirot nanti. bendera Nabi Muhammad S.A.W.

    BalasPadam
  9. zzzzz....... china juga kepecah kali. ada yg komunis (UTARA) n demokratis (SELATAN). jgn sampe salah tafsir. nah, china selaan itu kebanyakan yg merantau ke asia tenggara (Karena gx tahan dengan pemerintah china asli yg pada dulunya kacau n gila2an). orang china di malaysia n indonesia itu tergolong demokratis banyak juga kok yg muslim, budha, maupun kristiani. NAH, KALO DI DARATAN CHINA (ASLI CHINA) ITU BARU ASLI KOMUNIS GX ADA AGAMA. jadi sekali lagi jgn salah tafsir, kasian kalo dipukul.

    BalasPadam
  10. bener, contohnya NYATA, Seperti TAIWAN dengan RRC. Taiwan itu berada di selatan, juga merupakan china, tetapi Tawian Demokratis, kebebasan beragama diakui. Bahkan juga di taiwan ada masjid yg berumur ratusan tahun dan dijadikan masjid bersejarah, ataupun kuil dan gereja2. Sedangkan RRC yg dipimpin Partai Komunis sangat melarang warganya untuk beragama dan berpendapat. Benar itu, jgn salah tafsir.

    BalasPadam