Sabtu, 9 Julai 2011

DARI BERHIMPUN BUANG MASA, LEBIH BAIK MAIN BOLA!


Andai kata BERSIH diadakan di stadium, GAD rasa adalah lebih baik para pencacai pakatan haram memikirkan satu aktiviti yg bermanfaat untuk dilakukan. Yalah, dari terpekik-terlolong menjerit macam orang gila, lebih baik diadakan satu pertandingan bola sepak sesama peserta perhimpunan.

Yalah, namanya pun buat perhimpunan di stadium. Lepas itu declare pulak kononnya 1 juta orang akan menyertai BERSIH. Dengan peserta seramai itu, mereka boleh tubuhkan banyak team untuk main bola sepak. Kalau nak lebih dramatik, boleh ajak sekali PERKASA dan PEMUDA UMNO join sekali. Baru gempak beb. Peserta yg tak nak main bola boleh jadi tukang sorak. Pasti meriah.

Adalah jugak faedahnya. Boleh cungkil lebih banyak lagi bakat-bakat baru untuk diketengahkan mewakili negara. Mana-mana team yg menang sebagai hadiahnya pemainnya yg terpilih boleh dipertimbangkan untuk jadi calon PRU ke-13 nanti atau menjawat jawatan di peringkat ranting atau cabang. Ok tak? Ada berani ke wahai pakatan haram?

Tak payahlah beb buang masa, buang peluh dan buang suara. Fikirlah lebih bijaksana brader. Orang suruh buat demonstrasi kita pun nak demonstrasi. Orang suruh bergaduh sesama bangsa kita pun sanggup ikut. Kita berpecah org lain tepuk tangan. Siapa yg rugi? Malaysia ni cuma ada satu. Dan kita org Melayu tiada lagi negara lain untuk tinggal. Kalau bukan kita yg jaga negara ini siapa lagi? Rela ke tengok org lain yg rasa manis madu atas hasil titik peluh dan air mata nenek moyang kita dulu?
    

3 ulasan:

  1. GAD, apa yang u sebut langsung tak ada point. You just show how ignorant u are~ K? dan Malysia telah merdeka hampir 54 tahun. U ingat org Cina Malaysia dan India Malaysia ada negara lain untuk tinggal ke? Negara lain tu bukan negara mereka. Mereka juga MALAYSIAN! janganlah maki mereka sampai mereka menjadikan mereka syaitan. GAD saje cakap nak bangsa Melayu bersatu~ tapi GAD tak pernah cuba memahami situasi dan apa anak-anak bangsa MELAYU skrang nak~ GAD saje cakap anak-anak bangsa MELAYU digunakan, tapi mana buktinya~ MEREKA ada fikiran sendiri, GAD ada fikiran sendiri~ takkan u nak semua bangsa MELAYU sama fikiran dengan GAD~ Ini takkan berlaku~ Masa sekrang zaman moden, zaman yang mementingkan demokrasi. MEREKA yang libat perhimpunan BERSIH ada sebabnya. Kalau GAD bertegas cakap mereka diperalatkan, GAD saje cakap semua MEREKA yang hadir ke perhimpunan BERSIH ni tak BEROTAK! adakah GAD bermaksud macam tu? Insaflah~ GAD u tak sokong BERSIH, tak apa~ tapi jangan cakap buruk pasal org yang hadir. SEMUA org juga ada hak mereka untuk bersuara~ Hak ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10. So, jangan cakap BERSIH ni perhimpunan haram~ Pham?? GAD

    BalasPadam
  2. Adakah Bersih pertubuhan haram? Bersih bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Sebaliknya, ia adalah gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Secara bersama, mereka menamakan gabungan tersebut sebagai Bersih.

    Gabungan 62 buah pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Bersih" menyatakan secara terbuka mereka sedang melakukan mobilisasi untuk membawa penyokong-penyokong mereka turun melakukan demonstrasi di jalanan sebagai satu cara mengenegahkan tuntutan mereka. Inilah punca masalah.

    Pendekar Siber
    http://www.blogpendekarsiber.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Tidak dinafikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun. Namun pada masa yang sama, undang-undang juga memberikan hak kepada kerajaan (khususnya polis dan PBT) untuk menentukan sama ada perhimpunan itu bakal menimbulkan masalah kepada rakyat yang lain. Dengan maklumat yang ada, polis memutuskan perarakan di jalan raya dalam bentuk sedemikian boleh menimbulkan masalah dan menjadi ancaman kepada keselamatan. Maka, polis tidak membenarkan. Bukan setakat ini, Bersih juga tidak memohon permit untuk aktiviti sedemikian, walaupun badan-badan gabungannya ke sana-sini mempromosikan perhimpunan jalanan tersebut.

    Pendekar Siber
    http://www.blogpendekarsiber.blogspot.com/

    BalasPadam