Hari ini GAD nak berehat sekejap dari tulis pasal politik. GAD nak membawa anda memikirkan satu isu yg teramat penting khususnya untuk umat Melayu Islam.
Pernah tak anda terfikir bahawa makanan yg masuk ke dalam mulut anda hari-hari itu halal atau memenuhi tuntutan syariat? Maksud GAD bukannya anda beli makanan itu dari duit yg diperolehi secara haram, tapi makanan yg kita makan itu adakah dari sumber yg betul di sisi syarak?
Dah banyak kali kita mendengar pihak berkuasa atau JAKIM menemui sumber-sumber tidak halal di dalam pelbagai produk makanan. Makanan itu pada asalnya halal tetapi telah dicampur dengan sumber tidak halal semasa memprosesnya. Contohnya, nugget ayam. Ia berasal dari daging ayam yg memang halal dimakan oleh org Islam jika disembelih dengan betul. Tetapi oleh kerana telah dicampur dengan bahan-bahan yg haram, ia akhirnya berubah hukum menjadi haram.
Tapi berapa ramai dari kita yg mengetahui makanan yg kita makan selama ini betul-betul suci dari unsur-unsur haram? Ya, anda boleh katakan bahawa terdapat cop halal JAKIM pada produk tersebut, tapi adakah ia 100% terjamin dari dicemari bahan-bahan tidak halal tersebut?
Di Malaysia, restoran makanan segera dibina bagai cendawan tumbuh. Dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa umat Islam adalah antara pelanggan teramai mengunjunginya. Tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri apakah ayam goreng KFC yg paling kita minati itu disembelih mengikut syariat Islam? Oh, kita boleh bercakap ia milik org Melayu dan disahkan halal oleh JAKIM. Apa nak ditakutkan? Tapi adakah anda benar-benar pasti?
Suatu masa dulu sebuah pusat penyembelihan ayam telah diserbu kerana tidak melaksanakan penyembelihan yg betul mengikut undang-undang Islam dan penyembelihnya pula adalah org bukan Islam. Dan pusat itu menjadi pembekal ayam kepada peniaga-peniaga Melayu. Jadi jelas di sini sudah berapa ramai org Islam telah termakan makanan tidak halal. Salah siapa?
Memakan makanan tidak halal bagi org Islam adalah buruk padahnya. Ini kerana makanan itu akan menjadi darah daging kita. Org yg makan makanan tidak halal hatinya akan gelap dan doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Apakah masalah sosial yg melanda remaja Melayu Islam masa kini seperti mat rempit, seks bebas, buang bayi dan pelbagai lagi gejala menakutkan itu hanya satu kebetulan? Apakah tiada kaitan antara masalah tersebut dengan pemakanan? Fikir-fikirkanlah.
Dulu susah kita nak mendengar org Melayu Islam membunuh diri. Tapi kini Melayu sudah sama seperti bangsa lain yg mengambil keputusan mencabut nyawa di tangan sendiri jika ditimpa masalah. Tidak cukup dengan itu, sekarang mudah kita dengar kes-kes pembunuhan/pergaduhan khususnya yg melibatkan org Melayu Islam. Berselisih faham sikit saja terus bergaduh dan bunuh. Apakah ini belum cukup lagi untuk mengaitkan aspek pemakanan sebagai punca segalanya?
Itu belum lagi membicarakan tentang memperolehi rezeki dari sumber yg haram seperti rasuah. Parah..parah..nampaknya masalah org Melayu Islam bertimpa-timpa. Sudahlah berpecah dari segi politik, manakala, remajanya pula terbabit dengan gejala sosial. Kini, aspek pemakanan pula bakal menjadi penyumbang kepada kehancuran bangsa ini. Soalan GAD : berapa lamakah lagi bangsa Melayu ini boleh bertahan di Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan