Rabu, 13 Julai 2011

MALAYSIA VS ARSENAL MALAM INI


Malam ini Harimau Malaya bakal berentap dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah beramai-ramai kita menyokong skuad bola sepak negara kita biarpun mungkin sebilangan dari kita adalah penyokong setia The Gunners.

GAD juga adalah penyokong Arsenal tapi bagi perlawanan malam ini maaf GAD memilih untuk menyokong Malaysia. Menang atau kalah tidak membawa apa-apa makna kepada kedua-dua pasukan tapi bagi Harimau Malaya perlawanan ini boleh dijadikan sebagai medan menguji kemantapan skuad sebelum menentang Singapura 23 Julai ini.

GAD berharap semoga Malaysia mampu melakukan sesuatu malam ini, seterusnya memberi keyakinan untuk menentang Singapura nanti. Insyallah tak mustahil Malaysia bakal menjadi salah satu pasukan yg bakal bermain pada Piala Dunia 2014 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan