Jumaat, 1 Julai 2011

KOMUNIS : DAP SUDAH ADA KAWAN BARU


DAP kini tidak lagi berseorangan dalam memperjuangkan ideologi komunis di negara ini. Lim Kit Siang and the gang kini boleh tersenyum bangga kerana perjuangan mereka selama ini telah dituruti oleh sebuah lagi parti politik berteraskan ideologi komunis iaitu Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dengan adanya PSM, maka perjuangan menegakkan sebuah republik ala komunis di negara ini semakin kukuh. Perjuangan memartabatkan panji-panji komunis kini dilihat mula mendapat perhatian umum. Lihat saja penahanan beberapa ahli PSM dan serbuah polis terhadap pusat operasi perhimpunan BERSIH. Ditemui bahan-bahan berunsur komunis seperti gambar pemimpin komunis dan beberapa barangan lain lagi.

Ini menunjukkan ideologi komunis cuba diaktifkan semula oleh pihak-pihak tertentu selepas ia berjaya ditumpaskan oleh kerajaan melalui Perjanjian Haadyai pada tahun 1989. Sebenarnya, ideologi komunis tidak pernah mati. Ia kekal di hati sebilangan kecil rakyat negara ini yg memperjuangkannya. Ia cuma tidak ditonjolkan saja. Kini, pihak-pihak terbabit mula berani untuk menyebarkan fahaman tersebut.

Isu ini jika tidak ditangani segera oleh kerajaan, tidak mustahil perjuangan bersenjata mirip Parti Komunis Malaya (PKM) akan dihidupkan semula. Dan negara ini bakal menempuh suatu lagi zaman berdarah sama seperti ketika Darurat 1948-1960 dulu. Mengikut sejarah, perjuangan komunis hanya berjaya ditegakkan melalui pemberontakan bersenjata. Lihat saja Viet Cong di Vietnam Utara, kumpulan Maois di Nepal dan gerakan komunis pimpinan Fidel Castro di Cuba. Komunis tidak akan berjaya jika ia diperjuangkan melalui perlembagaan.

Jadi, kemunculan PSM ini di persada politik negara mungkin percubaan mereka untuk berjuang secara perlembagaan. Sekiranya tidak berjaya dan terus gagal mendapat kuasa secara halal, mungkin mereka akan memilih jalan akhir iaitu pemberontakan bersenjata. Sekadar perbandingan dengan kaedah perjuangan PKM, segalanya tidak mustahil berlaku.
  

2 ulasan:

  1. ini bukti solidarity comunism PSM di Brisbane. mereka mengadakan demo pada petang tadi. gambar seperti disini. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150228469438978&set=a.10150228469393978.320474.741518977&type=1&theater

    BalasPadam
  2. Ada lagi kawan ni ...... Mat Sabu 121 dan Salehudin Puduraya. Kisah depa ada kat blog Matamin02, si komunis keparat tu.

    BalasPadam