Jumaat, 29 Julai 2011

PAKATAN HARAM MAHU ANJUR BERSIH 3.0 DI BULAN RAMADHAN?


Selepas mencatat 'kejayaan besar' pada BERSIH 2.0 yg lalu, pakatan haram mengisytiharkan bahawa mereka akan menganjurkan satu lagi BERSIH. 

Jadi di sini GAD ingin mencadangkan kepada pakatan haram supaya diadakan BERSIH 3.0 pada bulan Ramadhan ini. Pilih saja mana-mana tarikh dalam bulan puasa ini. Kalau buat dalam 10 malam terakhir lagi afdal. 

Bukan apa, selain untuk mendapat 'keberkatan' sempena kedatangan bulan Ramadhan mulia, puak pakatan haram juga boleh mencontohi ketabahan pejuang-pejuang Islam zaman Rasullullah SAW yg memerangi puak musyirikin semasa Perang Badar yg berlangsung dalam bulan Ramadhan. Barulah dikatakan mencontohi perjuangan Rasullullah SAW.

Jika jadi, pasti perjuangan BERSIH 3.0 akan mendapat 'keredhaan' dari Allah SWT..hehe, bukan ke puak syaitan hijau mewar-warkan yg mereka adalah pejuang Islam. Jadi molek sgtlah tu dianjurkan BERSIH 3.0 ketika bulan Ramadhan. Sebelum pergi bazar Ramadhan beli juadah berbuka, boleh pergi berdemo dulu. Pas tu dekat-dekat time berbuka puasa, berhenti kejap. Esok sambung demo lagi. Waduh...waduh, mulia sungguh perjuanganmu itu pakatan haram...TAKEBEER, TAKEBEER.

GAD amat menyokong jika pakatan haram berhasrat mahu menganjurkan BERSIH 3.0 semasa bulan Ramadhan. Lagi bagus jika pengerusinya ialah org bukan Islam. Konfirm usaha 'murni' korang itu akan diisytiharkan 'masuk syurga' oleh tuan guru kalian. Sekali lagi..TAKEBEER...TAKEBEER
     

1 ulasan:

  1. HEHE...SILA BUAT SAMPAI BERSIH 10.0 PUN TAKPE. SILAKAN...
    BIAR SELUERUH RAKYAT MAKIN HARI MAKIN MELUAT KAT KORANG...
    APA LAGI..BUAT LA..

    BalasPadam