Isnin, 4 Julai 2011

KETIKA NIK AZIZ BERSERONOK DI UZBEKISTAN, GELOMBANG MERAH TAWAN KELANTAN


Apakah isyarat yg cuba disampaikan oleh rakyat Kelantan apabila seramai 20,000 orang menyambut ketibaan Dato Seri Najib Tun Razak yg melawat Kelantan tempoh hari? Apakah 'Gelombang Merah' sedang melanda Kelantan dan perlahan-lahan menyingkir keluar 'Syaitan Hijau'?

Mungkin rakyat Kelantan mula sedar bahawa amanah yg mereka berikan kepada PAS untuk mentadbir negeri selama 21 tahun kini semakin dikhianati oleh PAS. Mereka merasakan bahawa PAS tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah nasib mereka. Yang mampu PAS buat adalah menjanjikan syurga jika terus mengundi mereka. 

Cukuplah! Rakyat Kelantan perlu menendang keluar puak-puak Syaitan Hijau yg hanya pandai mengeksploitasi pakaian Islam, ayat Al-Quran, masjid dan janji syurga-neraka mereka. Kerja mereka hanya berceramah memaki hamun saudara seagama mereka saja. Itu saja kemahiran yg mereka ada. Untuk mentadbir negeri, maaf cakap mereka langsung tidak tahu apa-apa. Jangankan kata nak membina Putrajaya, sebuah masjid pun belum tentu mereka mampu buat.

Sudah tiba masanya rakyat Kelantan memberi peluang kepada BN untuk membuktikan bahawa mereka mampu menjaga kebajikan anda. Rekod BN dalam mentadbir negara sudah terbukti cemerlang. Sepanjang 54 tahun negara merdeka, pelbagai cerita kejayaan Malaysia tercipta dan semuanya adalah hasil gerak usaha kerajaan BN.

Kerajaan BN tidak seperti pembangkang yg hanya menang bercakap tapi kalah dari segi pencapaian. Formula BN adalah bekerja keras untuk rakyat dan kurangkan politiking. Jika rakyat Kelantan masih ragu-ragu, anda boleh membuat pilihan untuk memberi mandat kepada BN bagi satu penggal. Selepas satu penggal, jika BN mengkhianati amanah yg anda berikan, anda boleh tendang BN keluar dari Kelantan. Itu saja. Mudahkan?
       

3 ulasan:

  1. Salam bro. Setan hijau tu tak bawa apa-apa kebaikan pun untuk rakyat Kelantan.

    BalasPadam
  2. fantasia bulan biru kah kah kah

    BalasPadam
  3. Bagi hampa setim jap jerrr...kasik modal buat angan2...wakakakaka

    BalasPadam