Ahad, 30 Jun 2013

ISU SPEAKER DUN PERAK: BUKTI UMNO TIADA TELOR!!!!


Apa yg GAD boleh simpulkan mengenai pelantikan Dato S.K. Devamany sebagai Speaker DUN Perak yg baru ialah UMNO akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak MIC yg sebenarnya tiada seorang wakil pun dlm DUN Perak. Sebelum tu seluruh Malaysia telah pun heboh mengenai perihal Presiden MIC Dato G. Palanivel yang mengugut Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya melantik wakil MIC (baca: India) sebagai Speaker.

GAD secara peribadi amat mengharapkan agar Dr. Zambry tidak tunduk kepada tuntutan Palanivel itu. Namun amat malang sekali, sikap terlalu takut kehilangan undi, sikap merendah diri, sikap nak wujudkan keharmonian sesama kaum dan pelbagai lagi "sifat' yg jelas menunjukkan kelemahan org Melayu telah menyebabkan UMNO terpaksa merelakan seorang India menjadi "kepala" sidang DUN Perak.

Perlu diingatkan bahawa MIC kalah kesemua kerusi yg ditandingi pada PRU13 yg lalu. Maka, apa rasionalnya wakil MIC dilantik sbg Speaker? Apakah kerana terbawa-bawa dengan kenyataan bahawa undi kaum India telah memenangkan BN, maka MIC mahu UMNO menghargai jasa org India.

Nampak gayanya sindrom dan penyakit melebih2kan kaum lain seperti yg dihidapi oleh Najib telah menjangkiti Dr. Zambry. GAD tidak pasti sama ada isu ini turut melibatkan campur tangan pihak atasan. Tapi apapun peristiwa ini bolehlah dianggap sebagai detik malang dan saat-saat mendukacitakan bagi org Melayu kerana sekali lagi terpaksa tunduk kepada kehendak kaum minoriti.

Mungkin selepas ini akan ada banyak penganjuran makan malam besar khas untuk kaum India pula yg diatur oleh UMNO semata-mata untuk menjaga hati kaum tersebut. Dan untuk sekian kalinya jugalah org Melayu yg memberi nyawa kpd UMNO pd PRU13 yg lalu sekali lagi akan dianaktirikan. 

Apa lagi nak dikata?Kalau mcm nilah perangai UMNO, semua hak-hak Melayu Islam tidak mustahil akan terhakis sedikit demi sedikit selepas ini. Apa yg mengejutkan ialah perangai sesetengah pemimpin UMNO yg jelas cepat melatah apabila dijerkah oleh parti atau pemimpin kaum lain. Sekali ehem saja terus kecut telor. Kalau mcm ni apa bezanya UMNO dengan PAS yg dlm Pakatan Rakyat umpama boneka yg xmampu berbuat apa2 bila hak-hak Melayu Islam dipertikaikan.

GAD ingin bertanya kepada semua pembaca yg dihormati kalau sokong UMNO pun hak Melayu tetap akan  terhakis, maka tidak ada salahnya kita menyokong Anwar Ibrahim n Pakatan Rakyat. Kerana sokong kedua-duanya pun hak Melayu tetap akan hilang. So, sama sajakan. Mudah cerita kita org Melayu ibarat sudah hilang tempat bergantung kerana tiada lagi parti2 dan pemimpin Melayu yg ada telor atau berani mempertahankan hak2 Melayu Islam secara vokal. Semuanya hanya ingin menjaga perut masing2 dan perasaan kaum lain.

Mungkin bebelan GAD ini langsung tidak akan dibaca atau diambil peduli oleh pemimpin UMNO tapi percayalah jika UMNO tidak mahu berubah, nescaya PRU14 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguburkan UMNO untuk selama-lamanya.

*GAD menyokong penuh supaya jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Sudah tiba masanya Najib memberi laluan kpd Muhyiddin Yassin untuk membuktikan kebolehannya menjaga kepentingan Melayu Islam yg gagal dilaksanakannya (Najib).