Jumaat, 20 Mei 2011

AKHIRNYA ANWAR LARI KE LUAR NEGARA


Melihat senario semasa yg semakin tidak berpihak kepadanya, Anwar Ibrahim kini kian terdesak. Segala perancangan yg diatur semata-mata utk melanjutkan nyawa politiknya semua tidak menjadi. Usaha melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya, mengarahkan AMK merusuh & membuat huru-hara di masjid dan mahkamah dan yg terbaru membuat laporan kononnya keretanya disabotaj rupa-rupanya memakan dirinya semula.

Anwar tidak tahu bahawa perancangan Allah SWT adalah melebihi segala-galanya. Jadi, apakah langkah Anwar seterusnya? Aku yakin kepala Anwar kini semakin berserabut. Bayangan Sungai Buloh pun kian melambai-lambainya andai kes bela dirinya nanti pada 6 - 30 Jun ini terus buntu. Itu belum lagi membicarakan tentang kes video seksnya pula.

Aku juga yakin dalam minda Anwar sekarang mesti tengah memikirkan apakah strategi yg akan digunapakainya bagi menyelamatkan survival politiknya. Tidak mungkin Anwar akan merelakan saja dirinya dipenjarakan tanpa menyediakan 'buah tangan' darinya.

Bagi aku, cuma ada dua saja kemungkinan yg bakal berlaku sekiranya Anwar sah didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari. 

Pertama : Anwar akan lari meninggalkan negara ini memohon suaka politik ke negara-negara yg bersimpati dengan nasibnya. Berkemungkinan besar Amerika Syarikat menjadi pilihannya memandangkan dia mempunyai ramai 'rakan baik' di sana. 

Sebagai pelarian politik, dia dijangka mengatur strategi dari jauh menggunakan pencacai-pencacainya untuk menghuru-harakan negara ini. Dia boleh mencontohi cara yg dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yg lari ke luar negara dan selepas itu merancang huru-hara di negaranya (ingat kumpulan Baju Merah).

Kedua : Anwar akan merelakan dirinya disumbatkan ke Penjara Sungai Buloh. Tapi dia dijangka tidak akan duduk diam. Seperti zaman Reformasi 1998 dulu, Anwar akan merangka strategi dari dalam penjara untuk dilaksanakan oleh penjilat-penjilatnya. Mereka akan diarahkan untuk mencetuskan suasana tidak aman di negara ini dengan alasan menuntut keadilan bagi dirinya. 

Pada pendapat aku, Anwar akan menggunakan strategi pertama. Dia mungkin merasakan adalah lebih baik lari ke luar negara daripada masuk penjara. Faktor umur menjadi alasannya. Andai kata umurnya panjang selepas dibebaskan, Anwar tidak mungkin lagi dapat bergiat cergas dalam politik akibat umurnya yg telah lanjut. Auranya juga sbg pemimpin pembangkang diramal tidak lagi dapat menarik minat rakyat. Akhirnya dia terpaksa bersara dan menunggu masa dijemput Tuhan.

Apa saja langkah yg difikirkan Anwar sekarang, karier politiknya bolehlah dianggap sudah berada dipenghujungnya. Tiada lagi talian hayat. Hidup ini ibarat roda. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Tapi kini Anwar berada di bawah dan tidak mungkin akan bangkit kembali.     
   

9 ulasan:

  1. Sebab itu kerajaan kena tahan passport anwar.Kerajaan yg lembik dengan menteri kdn yg pondan takkan berani buat begitu.

    Nak bagitau rakyat siapa pelaku sebenar video seks pun polis kecut tak bertelur.

    BalasPadam
  2. IMF chief Dominique Strauss-Kahn dibenar bail dengan syarat berikut atas tuduhan CUBAAN merogol :-

    1) US$1mil cash bail
    2) US$5mil insurance bond
    3) House arrest at a New York apartment under armed guard and electronic monitoring.

    Di Malaysia, ANWAR ALJUBRI pula bebas macam helang.
    Apa punya KDN !@###@**????/////

    BalasPadam
  3. Salam Perjuangan
    Terima kasih kerana linkkan blog saya ke blog saudara

    BalasPadam
  4. Anwar Ibrahim bahalol20 Mei 2011 pada 8:09 PTG

    hahaha

    BalasPadam
  5. anwar ada satu lagi pilihaan..buat-buat mati, kemudian ditanam hidup-hidup.

    BalasPadam
  6. harap mulut jer berbuih-buih bila bercakap tapi habuk pun tarak,,,,,,asyik2 amaran keras......dah berapa banyak keras lah hishammudin oi.......

    BalasPadam
  7. hisham akan kata "kerajaan masih lagi mempertimbangkan sebarang tindakan memandangkan keadaan kacau-bilau mungkin tercetus sekiranya tindakan drastik diambil"

    oleh itu bermaharajagopallah PM16Sept!!!

    BalasPadam
  8. aku tetap sokong PAS, PKR dan DAP.....sebab aku bukan rasis. Allah tak suruh bersikap rasis.

    BalasPadam
  9. GaD....buatle cerita dongeng kamu yg tak laku...sebab bukan semua org bodoh ya...

    BalasPadam