Rabu, 11 Mei 2011

SELAMAT HARI JADI UMNO

Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi...Selamat Hari Jadi UMNO...Selamat Hari Jadi... Hari ini 11 Mei 2011 genaplah 65 tahun usia penubuhan UMNO, parti keramat bangsa Melayu. Sesuai dengan usianya, UMNO telah mengalami pelbagai cabaran dan suka duka dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu di negara ini.

Kepentingannya kepada survival bangsa Melayu di negara ini tidak boleh dinafikan. Kejayaannya menyatukan orang Melayu dari seluruh negara bagi menumbangkan Malayan Union memberi isyarat jelas bahawa UMNO memang boleh diharap untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Di sebalik kejayaannya, terselit juga kisah duka. Peristiwa pengharaman UMNO pada 1987, pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 dan kemerosotan sokongan dari orang Melayu pada PRU 2008 walaupun pahit untuk ditelan, namun ia dapat mematangkan UMNO. 

Cabaran terbesar dihadapi kini ialah perpecahan kronik orang Melayu dan keberanian pihak-pihak tertentu yg mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. UMNO perlu kuat dan terus kukuh bagi menangani cabaran tersebut.

Perpecahan dalaman akibat perebutan jawatan boleh menghakis kekuatan UMNO. UMNO perlu meraih kembali sokongan masyarakat khususnya orang Melayu terhadapnya demi kepentingan survivalnya dan bangsa Melayu. Untung nasib UMNO adalah di tangan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak mahukan UMNO lagi, maka UMNO akan dikuburkan.

Bersesuaian dengan usia emasnya itu, UMNO perlu berjuang tanpa rasa takut. Ingatlah, perjuangan adalah semata-mata untuk mempertahankan keberadaan bangsa Melayu dan mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.  Hanya UMNO saja yg berkemampuan berjuang untuk bangsa Melayu. Suka atau tidak suka, UMNO dan orang Melayu ibarat isi dengan kuku. Sangat rapat. Jasa UMNO kepada bangsa Melayu sangat besar.

Selamat Hari Jadi UMNO. Hidup UMNO! Hidup Melayu! Hidup Barisan Nasional! 

1 ulasan:

  1. Salam,

    UMNO dulu, kini dan selamanya....

    Mohon dilink blog www.pendekarberapi.blogspot.com ke blog tuan.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam