Khamis, 30 Jun 2011

10 SEBAB MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH


1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yg dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pakatan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.

2)  BERSIH boleh menjerumuskan negara ini ke dalam kancah huru-hara seperti yg berlaku di Mesir dan Libya. Perhimpunan haram tersebut boleh menjejaskan sektor ekonomi negara seperti perniagaan dan pelancongan. Ia juga boleh mencetuskan kesesakan lalulintas, mengancam keselamatan awam dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yg tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.

4) Masa depan yg gelap bakal menimpa para peserta BERSIH jika ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Jika anda seorang kakitangan awam dan penuntut IPTA, tindakan keras termasuk dipecat/dibuang universiti bakal dikenakan. Adalah tidak berbaloi untuk anda menggadaikan kerjaya anda semata-mata demi mempertahankan seorang pemimpin yg korup moral.

5) BERSIH dicemari oleh anasir-anasir komunis yg dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Adalah amat malang khususnya kepada umat Melayu Islam yg sanggup bersengkongkol dengan puak komunis yg anti agama, anti monarki dan berhajat menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.

6) BERSIH didakwa dibiayai oleh agensi luar negara yg mempunyai kaitan dengan Yahudi. Sudah pasti mereka ini memiliki agenda tersirat untuk menjajah negara ini dengan menjadikan puak pakatan haram sebagai proksi. Inilah juga cara yg digunakan oleh puak-puak Yahudi-Zionis untuk menjatuhkan kerajaan sebuah negara Islam, iaitu dengan menaja parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yg memerintah.

7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara 2 kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.

8) Org Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.

9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.

10) BERSIH digunakan oleh pakatan haram untuk mengembalikan semula momentum sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga dijadikan alat untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan mereka mentadbir 4 negeri yg ditawan pada 2008 dan ingin menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan selepas menyedari peluang mereka untuk menang pada PRU akan datang adalah tipis.
     

9 ulasan:

  1. hati telah hitam dan sentiasa bt maksiat maka tidak akan terima lagi nasihat yang baik ...hidup umno hidup melayu n islam ..puak puak ini dah gila..anu -war .nak berkuasa dan dendam yang amat sangat pada najib umno dan melayu ...berdoalah kita agar negara di jauhi malapetaka yang dahsyat ini

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. BIAR MEREKA LAKUKAN HIMPUNAN TU... APA KITA TAKUT BN SUDAH KUAT SEKARANG! KITA TUNGGU PRU13 NANTI TENGOK SIAPA MENANG!!! KITA ADA WANG MEREKA APA ADA? PEDULI SAMA MEREKA.

    BalasPadam
  4. SIAPA2 PERINTAH PUN OKEY ASAL X DE RASUAH JAGA PERMASALAHAN RAKYAT JANGAN CAKAP AJE PANDAI TAPI PERLAKSANAAN X DE... PEMIMPIN2 BOROS MEMBELANJA WANG NEGARA NAK PENUHKAN POKET SENDIRI MENINDAS RAKYAT BAWAHAN... KALO MACAM TU LEBIH BAIK NEGARA LAIN YANG BUKAN MELAYU. SEBAB MELAYU MUDAH LUPA!

    BalasPadam
  5. Betul putraminang..aku setuju dengan pendapat kao..
    sebab itu kita kena gulingkan kerajaan pupau Pinang, kaelantan dan Selangor dan Kedah...banyak sangat penindasan ke atas rakyat dan orang melayu..roboh gerai, rampas tanah, tipu orang asli..guna duit rakyat untuk parti..memperlekahkan mereka yg. nak ambil tindakan keatas kemungkaran..

    BalasPadam
  6. amat betul kata2 ko anon 6:27am. aku setuju sangat. hehehe

    BalasPadam
  7. Boleh saya tau tak utk Fakta No 5 tu, drp mana yek dpt fakta tu? Nk tau jugak sumbernya.

    BalasPadam
  8. Blue Angel, tgoklh lmbng yg dgunakan oleh PSM.. mmg trang2 dh mnnjukkn ad ny anasr2 komunis? Ap, xde lmbng len kn nk mnunjkkan kbngkitan rkyt?
    http://www.democraticunderground.com/discuss/duboard.php?az=view_all&address=389x6534026

    BalasPadam
  9. "Kalau bangsa melayu tak sedar diri begini lah jadi nya. Bangsa kita akan disapu bangsa lain. “Virus ini datang daripada parti politik baharu dan ahlinya menjadi penyebarnya. Oleh itu, saya berharap rakyat menjauhkan diri daripada virus ini.

    “Gunakan akal fikiran dan jangan menyesal kemudian hari. Pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin, tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semua mereka tak nampak..

    Penyokong baju merah bukan nya calang calang orang. Ramai ahli NGO yang sokong. Wahai cina tak sedar diri berundur lah kamu sebelum kamu ditibai..

    Melayu sekarang apa sudah jadi. Dulu bersatu padu bergabung tibai orang cina ni. Sekarang melayu sokong parti cina komunis. Macam admin kata melayu diperkuda kan. Cina bagi arahan je. Yang turun padang buat keje bergaduh semua nya melayu. Hahaa

    BalasPadam