Sudah menjadi satu persepsi di kalangan penyokong PAS bahawa orang Melayu yg memakai songkok dianggap sebagai penyokong UMNO. Kalau kita tengok kepada pemakaian penyokong tegar PAS ini mereka lebih mesra dengan kopiah putih @ serban.
GAD pernah mengalami satu keadaan di mana telah dianggap sebagai penyokong UMNO hanya kerana GAD memakai songkok di dalam satu majlis. Padahal GAD tidak pernah pun mengisi borang UMNO di mana-mana cawangan atau bahagian.
Kalau anda pernah bersembahyang di mana-mana masjid @ surau yg dikatakan agak 'mesra' dengan PAS, anda akan melihat hampir kesemua jemaahnya memakai kopiah putih @ serban. Dan jika anda seorang saja yg memakai songkok, sudah pasti akan ada mata yg memandang anda dengan satu pandangan prejudis. GAD pernah mengalaminya.
Bagi GAD apa ada pada songkok dan kopiah putih? Songkok hanya melambangkan kebudayaan Melayu. Apa salah songkok? Adakah org yg memakai songkok tidak layak bersembahyang di masjid @ surau? Apakah org yg memakai songkok imannya kurang dari org yg memakai kopiah putih? Dan ingin GAD bertanya lagi apakah kopiah putih itu lebih mulia dari songkok?
Come on lah. Songkok dan kopiah putih itu hanya simbol. Dalam Islam, kemuliaan seorang Mukmin dan Mukminat di sisi Allah SWT diukur melalui ketaqwaannya. Jadi, kemuliaan seorang Muslim bukanlah diambil kira melalui pemakaian songkok @ kopiah putih.
Inilah antara pemikiran bahalol sesetengah org Melayu Islam di negara ini. Mereka menganggap jika kita org Islam, kita mesti memakai kopiah @ serban. Songkok difatwa haram dipakai. Songkok hanya khusus untuk org UMNO saja.
Mereka-mereka ini tidak tahu bahawa kopiah atau serban berasal dari Tanah Arab. Dan ia merupakan salah satu daripada kebudayaan Arab. Maknanya mereka ini tidak berpijak di bumi yg nyata. Apakah org Arab lebih mulia dari penganut Islam lain?
Buat apa pakai serban sampai melilit menjerut leher kalau mulut hari-hari memaki-hamun saudara seagama sendiri. Buat apa guna kopiah putih kalau hati asyik menaruh benci kepada kaum sendiri. Org-org ini lebih memandang aspek luaran untuk mengukur tahap keimanan seseorang. Jika seseorang itu memakai jubah dan berserban putih, maka dia dicop memiliki iman yg tinggi. Padahal dalam hati org itu Allah saja yg tahu.
Sudah sah PAS memang membenci apa saja yg berkait dengan Melayu. Selepas ini mungkin baju Melayu pulak bakal menjadi mangsa. GAD ingin mencabar org PAS kalau benci sangat dengan Melayu, jangan lagi bertutur dalam bahasa Melayu. Bertuturlah dalam apa saja bahasa yg anda suka asalkan bukan bahasa Melayu. Bukan ke bangsa Melayu itu bangsa yg hina. Anda saja yg mulia.
Aku pun penah gak ditegur oleh puak2 pas surau tmpat aku psal pkai songkok hitam...surau depa sampai ke bumbung kaler hijau...!! taksub betoi laa puak2 pas ni....naik meluat !
BalasPadamOghang-oghang yang berfikiran lagu ni, toksah dok layan... Buang masa saja... Yang paling penting nawaitu/niat memakainya...
BalasPadamorg yg x berilmu suke bnyk bunyik.. tp bile ajak beribadah x mahu.. duk sygkn krajaan sgt... mslahnye masih ramai yg menderita disebabkn krjaan.. perdana menteri duk blanje berjuta2 utk tolong org kaye n dirnye sendiri... org miskin ditindas saban hari... yg kamu ni pulak duk kutuk2 org sbb bende2 remeh-temeh... ikut suka u lah... mahasabah la diri skit ye... moga2 kita sume diredhai allah blake... peace no war... yg baik dr tuhan yg jahat dari kelemahan saye sendiri.. wallahua'lam..
BalasPadamAnti DAP tak apa jangan anti Islam. Konsert tak hanta SB tapi kalau ustaz ceramah dapat sambutan mula hanta SB.
BalasPadam