Di bawah ini merupakan sedutan sebahagian temuramah dengan bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad yang dipetik dari buku Baling : Membuka Jalan Damai tulisan Wahba. Musa Ahmad telah menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada November 1980.
Dalam temuramah ini, Musa Ahmad telah mendedahkan bahawa anggota komunis Melayu telah dianaktirikan oleh PKM. PKM juga hanya ingin mempergunakan orang Melayu bagi memenuhi matlamat perjuangan mereka menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Mari kita renungi apa yg didedahkan oleh Musa Ahmad:
Soalan : Boleh Encik Musa terangkan sedikit mengenai Rejimen Yang Ke-10?
Musa : Rejimen Yang Ke-10 ini ditubuhkan khusus untuk menarik orang-orang Melayu yang beragama Islam menyertai PKM. Semasa penubuhan itu, kami memilih nama pasukan sebagai Rejimen Ke-10 kerana perkataan 'sepuluh' itu ada maknanya yg simbolik. Dalam Islam, 10 Zulhijjah ialah Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Haji. Jadi kami memilih angka 10 sebagai simbol 'pengorbanan'. Tujuannya untuk menaikkan semangat orang Melayu dan Islam untuk menyertai pasukan tersebut.
Waktu itu kami menuntut kepada Chin Peng untuk menggunakan uniform hijau dan bersongkok bagi anggota Rejimen Ke-10, tetapi Chin Peng menolaknya. Kami memilih warna hijau dan songkok sebagai lambang kemelayuan dan Islam. Kami merasa hampa dengan penolakan Chin Peng itu.
Saya dan lain-lain anggota sebelum darurat diisytiharkan, telah menjalani latihan di Lubok Kawah, Temerloh. Senjata-senjata yg kami gunakan semasa latihan sudah agak lama dan tidak mencukupi. Orang-orang Melayu dalam pasukan kami merungut, sedangkan orang-orang Cina mendapat senjata yg lebih baik dan banyak, tetapi rungutan kami tidak diendahkan langsung.
Soalan : Bukankah itu menunjukkan ada diskriminasi di kalangan anggota PKM sendiri?
Musa : Memang benar. Terdapat perbezaan antara orang-orang Melayu yg jadi komunis dan orang-orang Cina yg jadi komunis. Orang Cina yg jadi komunis mendapat lebih banyak keistimewaan. Orang Melayu dilarang pergi ke kawasan orang Cina tetapi orang Cina bebas ke kawasan orang Melayu.
Dari segi bekalan pakaian dan makanan pun, orang Melayu didiskriminasikan. Umpamanya, kalau kita minta 20 pasang kasut, mereka hanya akan memberi 10 pasang sahaja. Kalau orang Cina, 20 yg diminta 20 akan diberi. Begitu juga dengan bekalan makanan. Dari segi mendapat rawatan perubatan pun, orang Melayu dalam PKM tidak mendapat layanan yg sama.
Soalan : Kalau begitu kedudukannya, maka orang-orang Melayu dalam PKM dianaktirikan?
Musa : Ya. Saya tidak menafikan.
Soalan : Kalau sudah begitu hakikatnya, mengapa orang-orang Melayu yg masih ada dalam hutan itu tidak melarikan diri dan menyerah kepada pihak kerajaan?
Musa : Perkara ini susah saya hendak berikan sebabnya kerana banyak perkara yang perlu ditinjau.Tetapi saya rasa, untuk keluar dari hutan itu mereka memerlukan keberanian yg luar biasa. Mungkin mereka dikawal ketat oleh pihak PKM. Kalau yg terniat untuk keluar pun, mereka tidak dapat berbuat demikian. Macam saya dulu, saya sudah bertekad, hendak balik ke tanah air. Apa pun yg terjadi saya mesti balik ke tanah air, walaupun yg pulang itu hanya mayat saya.
*Komen GAD : PKM memang tidak pernah mempercayai org Melayu. Mereka mempunyai prejudis walaupun org Melayu itu adalah ahlinya. Tujuan utama PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 dan melantik org Melayu sebagai Pengerusi PKM hanyalah semata-mata untuk menarik org Melayu menyertai mereka, memperalatkan org Melayu bagi memenuhi matlamat mereka dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pergerakan yg dianggotai pelbagai kaum. Tapi sebenarnya mereka hanya memperjuangkan agenda Cina-komunis. Melayu yg diberi jawatan tinggi hanya sebagai boneka saja.
Kini perjuangan PKM telah diambilalih oleh DAP. Mereka banyak menerapkan amalan-amalan yg dipraktikkan oleh PKM dulu. DAP berteraskan parti perkauman Cina. Mereka mengaburi mata masyarakat dengan melantik bukan Cina menjawat jawatan penting dalam parti (contoh: Karpal Singh sebagai Pengerusi dan Tunku Abd. Aziz Ibrahim- Naib Presiden) untuk menarik sokongan rakyat. Org bukan Cina yg diberi jawatan itu sebenarnya tiada kuasa untuk membuat keputusan. Contoh terbaik DAP menggunakan kaum lain sebagai boneka mereka ialah semasa memerintah Perak apabila Nizar yg dilantik sebagai MB sebenarnya tidak berkuasa tapi DAP yg menentukan segalanya. Ideologi DAP ini sungguh berbahaya. Orang Melayu-Islam perlu berwaspada agar tidak termasuk ke dalam perangkap mereka.
dap takkn dapt kn ku pancung,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
BalasPadamgood article GAD- tapi mcm mana nak menyedarkan orang melayu ni-orang melayu dlm pkr dan pas ni masih tidur dan bermimpi yg indah- orang melayu dlm dap memang confirm sudah hayal mcm kena dadah
BalasPadammasalahnya UMNO pun tak jaga Melayu dgn sempurna..
BalasPadamBanyak icon2 Umno sebelun PRU 12 memijak rakyat2 Melayu kecil lain..bermegah2 kereta besar hasil cukai.
dan menghina & melihat dengan jijik dari mata hatinya kepada melayu2 bermotosikal sebagai mat rempit.
golongan kecil ini tak dihormati..
Manakala Utusan tak boleh menyaingi harakah..Harakah iklan Ubat Kuat Nafsu..
Manakala Utusan menayangkan aksi2 ghairah artis menonggeng & mengatakan seksi itu berani..
Muka 12 cerita bab agama..Muka 30 aksi artis bogel..ada ka akhbar2 di saudi buat macam tu??
manakala Najib cakap ikut islam..tapiRosmah tak bertudung.
Nuar berahim disokong ramai orang selain petah, menyuarakan naluri keperitan rakyat biasa, ialah kerana bininya bertudung..
basic fact mcm ni pun susah nak teliti..mcm mana Umno sekarang ni???
Memang benar Melayu dan genarasi Melayu kini lupa akan keperitan hidup waktu dulu. Jangan katakan PAS dan PKR aja yang membuat Melayu lupa akan kekejaman Komunis tetapi UMNO sendiri perlu dipersalahkan. Pemimpin UMNO sendiri tidak menjaga kepentingan Melayu..Contohnya di DUN Bekok Parlimen Labis permohonan dan perjuangan Melayu untuk mendapatkan lot tahan di Bekok sehingga sekarang tiada kesudahannya. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu tempatan yang telah meninggal dunia tetapi permohonan mereka untuk generasi baru masih tidak berjaya.
BalasPadamTPM sendiri orang Johor tetapi apa yang dia tau masalah masayarakat akar umbi DUN Bekok??
Jadi tidak hairanlah suatu hari nanti terutama PRU 13 ada mana-mana Pemimpin PAS/PKR (PR) melebarkan sayapnya di kawasan Melayu yang dipinggirkan.
dah kalau UMNO tidak menjaga Melayu kita pakat-pakat memberi kuasa kepada Cina DAP lah pulak semoga Cina DAP ni menjaga melayu dengan jayanya selamat merasa dan sama-sama merasa ....bodoh orang-orang melayu ni tak sedar diri
BalasPadamUmno perlu gugurkan pemimpin yg tak boleh pakai sebelum PRU 13..mcm geng2 sheikh fazir, khairy dsb..
BalasPadamdiorang ni penyangak yang angkoh berselindung disebalik melayu umno untuk mengkaya kan diri sensiri..
dan Rosmah juga perlu pakai tudung..utusan kena buang pakaian seksi jika ikhlas menjadi hati umat islam...
jikalau Umno Degil & masih lagi angkuh seperti sekarang tidak dap akan melebarkan sayap..
melayu babi,merosakkan tanahair sendiri gara-gara isteri PM tak pakai tudung.Meliwat adalah halal asalkan isteri anda bertudung,pendek kata bila PAS perintah nanti pelacur semua kena pakai tudung.
BalasPadamBincanglah secara ilmiah..jgn memanggil org dgn panggilan kesat..isu brtudung sememangnye diwajibkan dlm Islam..haram menunjukkan rambut bg pihak perempuan kepada bukan muhrim..benda basic takkan saudara pun tak tau..saudara Islam atau hanya Islam pada nama?Tentang isu Liwat dan sebagainya...sekiranya saudara seorang Melayu Islam..saudara pasti tau hukum utk menyabitkan seseorang dengan zina yg dilakukannye..memerlukan saksi yg mencukupi..fitnah di zaman ini mmg berleluasa..hukum yg dicipta oleh manusia mmg tidak bole diambil pakai..kembalilah kepada hukum Allah..jgn krn kepentingan..saudara bole mempermainkan tentang agama Islam,Hukum, dan Penciptanya sendiri..
BalasPadamX kan owg yg nk wat maksiat nk panggil owg len utk tgk dia wat maksiat...yg paling penting Anuar Ibrahim kena bersumpah laknat dulu...takkan mahkamah Allah pn saudara x pecaya...renungkanlah
BalasPadamsusah sangat ke Rosmah nak pakai tudong???
BalasPadamawat nak pikat sapa selain Najib?
Bagi duit pun tak selera aku dgn Rosmah..
Teman dulu pernah menentang komunis dihutan,selagi mereka tak sampai hajat mereka dan ideoloji mereka,mereka tetap berjuang.Berbagai cara dibuat,tidak mustahil ideoloji itu berada didalam tubuh DAP.Orang cina pun tidak suka komunis,bukan orang melayu saja.Ramai orang cina yang suka keamanan,tetapi akhir-akhir ini ramai orang melayu gemar menuju kearah kekacauan.Kerana mereka tidak tahu apa itu perjuangan orang melayu masa lampau.Berapa ramai yg terkorban dek komunis.
BalasPadamUMNO ditubuhkan hasil dari perancangan Penjajah British. Pada tahun 1948, apabila dharurat diisytiharkan oleh British, semua organisasi diharamkan kecuali UMNO. Ini bertujuan untuk mengelakkan pejuang-pejuang kemerdekaan tulin seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam mengambil alih pemerintahan negara yang merdeka. Sejarah membuktikan tiada pemimpin UMNO yang dipenjara dan dibunuh oleh penjajah British. Jadi pemimpin UMNO bukan menentang penjajah tapi sekutu penjajah. UMNO sebenarnya mewarisi kepentingan penjajahan British. Sebab itu dalam buku sejarah di sekolah tidak pernah menyebut tentang kekejaman Penjajah British. UMNO diamanahkan menjaga kepentingan Penjajah British khususnya semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.
BalasPadamUMNO ditubuhkan dengan restu Penjajah British. UMNO sekutu Penjajah British. Mewarisi penjajahan British. Menjaga kepentingan Penjajah British
BalasPadamaku tgk dalam gambar tu chin peng pun pakai songkok komunis kaler hijau...kahkahkah! kalau namanya umno mmg bangang...
BalasPadamboleh caya ke fakta ni ?. mcm ada yg salah je, bukan ke Datok Nizar tu , Sultan Perak pilih dia, ada yg betul tu ok la, yg tipu2 tu, ada niat apa tu?!..
BalasPadamAPA Khabar umno.. Aku Tanya APA Khabar Keh Keh Keh.. ABU & PAS
BalasPadam