Sabtu, 18 Jun 2011

MESTI BACA : MELAYU MEMANG BODOH DALAM BERPOLITIK!!!


Tujuan aku menulis artikel ini bukanlah untuk mengutuk bangsa Melayu, tapi hanya ingin meluahkan apa yg telah lama aku pendamkan. Bagi aku, org Melayu ini hanya gah pada bilangannya saja kononnya mereka adalah kaum majoriti di negara ini. Tapi kualitinya jauh api dari panggang.

Perkembangan semasa  menunjukkan Melayu sudah menjadi minoriti di sebalik bilangan mereka yg majoriti. Sejak dari zaman penjajah hinggalah kini org Melayu sudah lama kalah dari aspek ekonomi/perniagaan. Walaupun bilangan Melayu yg menceburi bidang tersebut kian meningkat tapi mereka tetap jauh tertinggal dari kaum minoriti yg telah lama menguasainya.

Bidang pendidikan juga begitu. Walaupun org Melayu/bumiputera diberikan kuota yg lebih banyak untuk kemasukan ke universiti tempatan, namun bilangan yg mendapat ijazah kelas pertama adalah sedikit berbanding kaum minoriti.

Dalam aspek pekerjaan pun menunjukkan masalah yg sama. Bilangan profesional Melayu dalam bidang kritikal seperti doktor, akauntan, jurutera dan peguam terus tertinggal berbanding kaum minoriti. Melayu hanya majoriti dalam bidang pekerjaan tertentu seperti askar, polis, guru dan jururawat.

Selepas menjadi minoriti dalam bidang-bidang di atas, satu lagi malapetaka yg bakal menterjerumuskan Melayu ke arah kehancuran ialah SUARA MELAYU SEMAKIN LEMAH DARI ASPEK POLITIK. Ya, Melayu semakin menuju ke arah menjadi minoriti dalam politik. Mengapa boleh jadi begitu? Jangan sesekali menyalahkan kaum lain di atas perkara tersebut. Mereka tidak salah. Mereka hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan org Melayu. Ini semua adalah silap org Melayu sendiri.

Sejak dari merdeka, org Melayu memegang tampuk pemerintahan negara dengan jayanya. Walaupun memartabatkan apa yg dipanggil sebagai ketuanan Melayu, namun hak-hak kaum lain tetap tidak diabaikan. Inilah resipi kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya.

Tapi sejak akhir-akhir ini amalan tersebut semakin terhakis. Kekuatan org Melayu dalam politik Malaysia secara perlahan-lahan menjadi lemah. Org Melayu telah berpecah teruk. Ini kerana terdapat pengkhianat-pengkhianat Melayu yg sanggup bekerjasama degan puak anti-Melayu untuk merubah struktur negara.

Maaf cakap, bagi aku org Melayu memang mempunyai perilaku kurang bijak dalam berpolitik. Org Melayu suka berpolitik mengikut emosi. Contohnya, kalau terdapat satu isu yg tidak menyebelahi mereka seperti harga minyak naik, apa yg bakal terkeluar dari mulut mereka ialah "pilihanraya nanti aku takkan pangkah kerajaan lagi". Mudah saja mereka buat keputusan. Mereka tidak memiliki pertimbangan bijak dalam politik. Tingkahlaku sebegini boleh membawa kebinasaan kepada Melayu.

Satu lagi org Melayu tidak dapat membaca strategi/sepak terajang politik dengan baik.  Contohnya, isu pilihanraya masjid di P.Pinang. Sudah terang lagi bersuluh agendanya adalah untuk memecahbelahkan org Melayu, tapi mereka (penjilat pakatan haram) terlalu bersangka baik dengan musuh. Sudahlah bodoh malah mereka menuduh pula UMNO dengki dan sengaja memperbesar-besarkan isu.

Selain itu, Melayu juga mudah terpikat dengan puak/individu yg kononnya mengamalkan Islam/kebudayaan Melayu. Contohnya, apabila ada ahli DAP dalam ceramah-ceramah menggunakan ayat al-Quran/hadis, mereka akan terus melabelkan bahawa DAP telah mula berjinak-jinak dengan Islam tanpa menyelidiki dahulu apa yg tersirat di sebalik perbuatan tersebut. Begitu juga semasa Lim Guan Eng mengisytiharkan yg dia akan mengamalkan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, terus saja penjilat PAS memujinya.

Org Melayu tidak nampak semua itu adalah strategi musuh-musuh Melayu-Islam untuk mengkhayalkan kita, seterusnya menghancurkan kita. Kita terlalu bersangka baik. Adalah lebih baik mereka berfikir begini: jika DAP suka sangat menggunakan ayat al-Quran/pemerintahan Islam, mengapa tidak saja mereka memeluk Islam?

Satu lagi perangai Melayu dalam berpolitik yg aku perhatikan adalah terlalu taksub dengan pemimpin. Mereka ini kadangkala mengangkat pemimpin mereka ke tahap tertinggi sehingga tidak boleh dikritik. Apa saja yg keluar dari mulut pemimpin mereka adalah fatwa yg perlu diikuti. Kerana taksub inilah apabila ada saja pendakwaan terhadap salah laku pemimpin mereka, mereka akan menuduh itu semua adalah konspirasi jahat. Mereka sama sekali tidak akan mempercayainya walaupun ia berlaku di depan mata sendiri.

Apa yg aku nak cakap, kalau perkara-perkara di atas terus berlaku, tidak mustahil satu masa nanti, org Melayu hanya akan tinggal nama saja. Dari majoriti menjadi minoriti. Dari pemerintah menjadi merempat. Dari bertaraf bumiputera menjadi rakyat yg tidak dikehendaki. Berubahlah sebelum terlambat.
  

7 ulasan:

  1. 1. SUARA MELAYU SEMAKIN LEMAH DARI ASPEK POLITIK
    2. Org Melayu suka berpolitik mengikut emosi.
    3. Satu lagi org Melayu tidak dapat membaca strategi/sepak terajang politik dengan baik.
    4.Melayu juga mudah terpikat dengan puak/individu yg kononnya mengamalkan Islam/kebudayaan Melayu.
    5. Terlalu taksub dengan pemimpin.

    Ulasan:
    Apa yang ditulis tidak semuanya betul tapi ada juga yang betulnya.
    1. Masih banyak bidang yang lemah pada orang Melayu, bukan sahaja yang berkaitan dengan politik.
    2. Politik emosi masih ada kerana orang Melayu memang beremosi dalam segala hal. Filem hindustan yang menyentuh emosi walaupun tak bermutu mempengaruhi nilai hidup.
    3. Masih banyak yang tak mampu membaca strategi politik.lebih memalukan adalah di kalangan pemimpin Melayu sendiri yang menjadi wakil keopada mereka. Sebabnya kerana kurang membaca,,,,,,,Iqrak.
    4. Mudah tergoda dengan topeng elemen kemalayuan Islam.Salah satu strategi musuh.
    5. Ketaksuban kepada pemimpin yang membuta tuli kerana kurang Ilmu. Tanpa disedari boleh menjurus ke arah syirik yang tak nyata.

    BalasPadam
  2. kesian ak tgk ko.. ilmu xcukup.. sedih..

    BalasPadam
  3. ulasan sejarah perkembangan parti politik Melayu Islam.

    1.Hanya ada 2 parti besar Melayu Islam di Malaysia. Pertama UMNO dan kedua PAS.
    2. Tertulis dalam sejarah PAS dipelopori oleh mereka yang asalnya dari Kolompok UMNO yang tak setuju dengan dasar UMNO.
    3. UMNO dan PAS pernah bergabung tenaga setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
    4. Orang Melayu bersatu seketika melalui 2 buah parti politik besar orang Melayu Islam.
    5. Kekuatan Melayu terserlah.
    6. Berlaku krisis kepimpinan dalam UMNO dan PAS sehingg gabungan yang baik tidak dapat berkerjasama lagi. Pemimpin PAS merasakan mereka dikhianati oleh pemimpin UMNO dan diperlukan bila kekuatan UMNO tergugat.
    7. Peristiwa tersebut menjadi ingatan sehingga ke hari ini dan menjadi batu penghalang untuk berkerjasama.
    8. PAS merajuk hati dengan peristiwa tersebut. sehingga sekarang rajuknya masih terpahat dalam hati pemimpin PAS.
    9. PAS coba berkerjasama pula dengan parti yang didominasi oleh bukan Melayu Islam untuk tujuan politik. Asas tujuan Politik semata-mata untuk menang dan berkuasa.
    10.Keputusan PRU 12 yang diluar jangkaan merangsang minda pemimpin PAS untuk tidak berkerjasama dengan UMNO.
    11.Tujuan akhir parti politik adalah untuk menang menambah kekauatan minda untuk tidak berkerjasama dengan UMNO.
    12.PAS berpatah oarang dengan UMNO kerana merasa mereka disingkirkan apabila tidak diperlukan oleh UMNO.
    13. Renungan: Sebaik-baik JIN sama dengan sejahat-jahat Manusia....tertibnya.*******

    Kepada Bangsaku Melayu Islam......maju jaya jika sama-sama bermuhasabah...menjalankan Amanah Allah mengikut profesi masing-masing berlandaskan ULUL ALBAB.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama berkata...
    kesian ak tgk ko.. ilmu xcukup.. sedih..
    18 Jun 2011 1:14 PM.

    ulasan:

    setuju: ilmu xcukup..ilmu tak pernah cukup. Ilmu yang ada pada manusia bagaikan setitis air lautan..maka kita disuruh belajar ..iqrak..iqrak..iqrak.

    TAPI

    tak perlu bersedih....ikut perintah Allah..IQRAK..berterusan selagi hayat dikandung badan......

    Mereka yang merasa ilmu sudah mencukupi...yang patut sedih....

    BalasPadam
  5. patut la lain blog ni.Admin ambik pendapat sebelah pihak je.cuba try ambik 2 2 pendapat.then bandingkan.baru adil. :)

    Tentang penulisan Admin bagi tajuk diatas.kita cuba tengok,siapa pemerintah sepanjang melayu jd macam tu....pelik2.

    BalasPadam
  6. ULASANP TULISAN: pemerhati berkata...
    patut la lain blog ni.Admin ambik pendapat sebelah pihak je.cuba try ambik 2 2 pendapat.then bandingkan.baru adil. :)

    Tentang penulisan Admin bagi tajuk diatas.kita cuba tengok,siapa pemerintah sepanjang melayu jd macam tu....pelik2.

    ULASAN:

    AMAT SETUJU: CUBA TRY AMBIK 2 2 PENDAPAT:....LEBIH SETUJU LAGI KALAU PELBAGAI PENDAPAT DIAMBIL KIRA. MALANGNYA YANG MENYURUH CUBA TRY....TAK MENCOBAPUN BERI PENDAPAT...HANYA MAIN TRY JER..

    UNTUK MAKLUMAN SIAPA PEMERINTAH SEPANJANG MELAYU JD MACAM TU..PELIK2: URUTAN SEPERTI BERIKUT;

    1. KESULTANAN MELAKA
    2. PORTUGIS
    3. BELANDA
    4. INGGERIS
    5. SEKEJAP JEPUN
    6. INGGERIS
    7. MERDEKA....PERIKATAN KEMUDIAN BARISAN NASIONAL YANG DITUNJANGI OLEH UMNO..
    8. NTAH..SIAPA?,,TUNGGU PRU 13

    SIFAT MENYALAHKAN PIHAK LAIN ADALAH PALING POPULAR DI KALANGAN ORANG MELAYU....MEMBERI PENDAPAT....BELUM MAMPU...BUKAN TIDAK MAMPU..

    SELAGI ETNIK MELAYU MENJADI PENGIKUT DALAM SERBA HAL, AMAT SUSAH UNTUK BERGERAK KE DEPAN...MUNDUR LEBIH LAGI SUSAH.

    BalasPadam
  7. MENGAPA KITA ORG ISLAM MENGIYA2KAN/MEREDHAKAN ORG BKN ISLAM UTK DALAM MENENTANG KAUM MELAYU SNDIRI?TIDAKKAH MELAYU ITU ISLAM?PADAHAL ALLAH MELARANG SELAMA2NYA REDHA TERHADAP ORG KAFIR...LAN TARDHAA.....

    BalasPadam