Jumaat, 3 Jun 2011

RAMAI KAKITANGAN AWAM SOKONG PEMBANGKANG???


Sebagai kakitangan kerajaan, aku mempunyai ramai kawan di kalangan penjawat awam. Semuanya memiliki pendirian politik masing-masing. Adalah tidak mengejutkan jika aku katakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak begitu berminat dengan BN. Mereka lebih cenderung untuk berpihak kepada pembangkang.

Amat mudah untuk mengetahui kecenderungan politik rakan-rakanku itu. Apabila diajak berbicara mengenai sesuatu isu, mereka kebiasaannya mudah melenting menyalahkan kerajaan jika isu tersebut dianggap salah di mata mereka. Tidak perlu ambil contoh jauh. Cukup saja berbual tentang bonus kakitangan awam. Rata-rata mereka akan memaki-hamun kerajaan jika kerajaan tidak memberi bonus dengan menuduh kerajaan itu dan ini.

Kerajaan beri bantuan khas sebanyak RM500 pun mereka tidak pernah bersyukur. Malahan mengeji lagi ada. Inikan pula kalau kerajaan langsung tidak memberi apa-apa bonus. Itulah sikap kakitangan awam yang tak tahu bersyukur.

Adakah mereka tidak berasa bersalah bekerja dengan kerajaan sedangkan dalam masa yang sama mereka menyokong pembangkang? Ibarat mereka menggigit tangan orang yang telah memberi mereka makan. Aku pernah bertanyakan soalan ini kepada seorang rakanku yg juga penjawat awam. Nak tahu apa jawapannya. Dia cakap gaji yg dia terima itu bukan duit kerajaan tapi adalah duit rakyat! Jadi buat apa dia mahu rasa bersalah. Benarkah begitu? Betulkah semua pendapatan negara berpunca daripada wang rakyat?

Di sini aku ingin bertanya kepada anda semua, apakah gaji yg diterima oleh seorang penjawat awam yg tidak menyokong kerajaan yang memerintah itu dikira halal? Aku tak mampu nak menjawab soalan ini. Harap pembaca yg ada pendapat bernas/faham hukum-hukum agama ini boleh berkongsi idea.

Satu lagi yang aku amat jelek dengan penjawat awam yg sokong pembangkang ini ialah mereka terlalu taksub dengan pemimpin pembangkang yg mereka kagumi, hinggakan tidak boleh menerima kritikan terhadap pemimpin tersebut. Contohnya semasa hangatnya isu video seks Anwar Ibrahim, semua penjilat pembangkang di kalangan penjawat awam ini tidak percaya/tidak mahu percaya bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Anwar. Mereka mengatakan itu semua adalah konspirasi kerajaan. Padahal ada di kalangan mereka belum pun lagi menonton video itu.

Isu ini diperkukuhkan lagi apabila ramai rakyat di sebuah negeri pembangkang tegar (rasa-rasanya negeri apa ek?) telah diterima bekerja di sektor awam. Ini bukan satu tuduhan tidak berasas. Tapi ia berdasarkan pemerhatian yang telah lama aku buat dan juga pergaulan aku dengan ramai kakitangan awam. 

Ya, memang benar. Mereka ini menjadi majoriti di beberapa profesion dalam perkhidmatan awam. Macamana ini boleh berlaku? Kerajaan boleh tolong jawab tak. Sepatutnya kerajaan perlu memberi lebih peluang kepada rakyat dari negeri yg menjadi penyokong kuat BN. Ini supaya tidak menjadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil serius mengenai isu ini. Sesekali jenguk-jenguklah apa yang sedang berlaku di bawah ini. Jangan asyik berprasangka baik saja. Kakitangan kerajaan sepatutnya menyokong aspirasi kerajaan. Bukannya mensabotaj dasar-dasar kerajaan dengan tujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Itu adalah satu dosa besar.

Nasihat aku kepada penjawat awam, jika anda terlalu membenci kerajaan, lebih baik anda letak saja jawatan anda itu. Ramai lagi di luar sana yg faham makna syukur boleh menggantikan anda. Kalau nak berpolitik pun berpada-padalah. Ingat, kalau anda perasan anda bagus, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih bagus dari anda.  
     

23 ulasan:

  1. 100% cina tak sokong kerajaan dengan bermodalkan barang dan minyak naik.sedangkan kaum mereka yang mendapat keuntungan ini.amat menyedihkan apabila melayu yang makan gaji dengan kerajaan bersikap membelakangi..

    BalasPadam
  2. pak leh, sebab nya mudah aje.krjaan kata bayar roadtax. bayar cukai pintu. bayar tol.bayar petrol.dan yg terbaru letrik naik.pembangkang kata semua itu boleh dapat free.tu ada org suka pmbakang

    BalasPadam
  3. kalau boleh puak-puak ini.....berak pun orang lain tolong basuhkan bontot mereka...

    BalasPadam
  4. itu lum cukup pelik lagi. kat johor ni ada cikgu hantar anak gi PASTI, sedangkan sikit punya banyak Tadika Kemas, TAJ dan Prasekolah kat Johor ni sampai ada yang kurang murid. tunggu nanti aku hentam dia orang ni cukup-cukup.

    BalasPadam
  5. kalau free kita memang lah suke... jadi kita pangkah le yg bagi free... org bodoh je nak susah kan hidup yg sementara waktu ni...

    kenapa nak susah susahkan kepala untuk benda yang simple ni... no brain lah kata orang puteh

    BalasPadam
  6. sapa2 yang x skong kerajaan tu pantau la pastu pecat je. Aku yang sokong kerajaan ni nk dpt keje ngan kerajaan tak penah dapat.

    BalasPadam
  7. aku tak nak sokong kerajaan ke tu aku punya pasal le... ni negara komunis ke atau demokrasi....pencacai enalrahim contoh org tak guna otak....

    BalasPadam
  8. betul apa yg saudara utarakan ni.kalau kerajaan yg ada ni bertukar ke tgn pr,mampu ke mereka mentadbir dgn baik?3 negeri yg ditadbir oleh pr berjaya menarik berbilion pelaburan ke negeri mereka,mereka juga berjaya membela rakyat dibawah jajahan mereka.org melayu di pulau pinang hidup gembira dan makmur mencari rezeki di negeri mereka,anak2 yatim terbela di selangor,anak2 melayu yg tak berkemampuan di pusat2 pendidikan vokasional dpt menimba ilmu dgn tenang tanpa risau dihalau dari kolej mereka,rakyat kelantan semua hidup makmur dan sejahtera.pasal tu le patut kita termasuk kakitangan kerajaan sokong pr sebab mereka hebatttttt.

    BalasPadam
  9. dah elok2 dapat kerja..x besyukur..
    dorang ingat pembangkang tu janji2nya boleh pakai ke ?
    tgk la kat negeri2 pembangkang...ramai yg teranyaya n kena tipu..
    kalo pembangkang perintah..silap aribulan gaji langsung x naik..
    baru la meraung2 n makihamun

    BalasPadam
  10. ksu dan ketua pengarah mesti di lantik oleh Menteri, bukan jpa!! JPA di kuasai oleh mereka yg dah hidup selesa dan berpendapat, apa pun berlaku, mereka tetap kekal sebagai kakitangan awam ...... bergaji tetap dan berpencen!!! Transfomasi kakitangan awam ialah dengan menjadikan jentera kerajaan itu seperti syarikat swasta!!! Mudah di pecat atau turun pangkat jika bersalah atau prestasi rendah dan TIADA PENCEN, TIADA RAWATAN PERUBATAN PERCUMA kecuali pada panel perubatan sebab dorang tu boleh ambil insuran!!!

    BalasPadam
  11. Setuju, KSU dan KP Jabatan Kerajaan berstatus "kontrak", tiada pencen!! Termasuk semua kakitangan awam!!! Bonus kakitangan awam sepatutnya di serahkan kepada pekerja swasta yg berpendapatan di bawah RM1000-00 sebulan sebab mereka pun rakyat jugak!!!

    BalasPadam
  12. Jawapannya mudah sahaja sebab tak tahu bersyukur.

    Ada terjumpa satu hamba Allah terlalak terlolong kutuk kerajaan BN haram. Sedangkan kawan nie kerja sara hidup laki bini kerja kerajaan.

    Tengah syok dia menghasut, cuit sikit je "Bang gaji abang haram la ye, selama nie makan hasil haram".....terus blah sambil dia terpinga-pinga.

    Sebenarnya mereka nie mentaliti otak suntot. Dah tak boleh berfikir sepenuh waras. Sampaikan kalau kalian perasan, mereka cakap lah pusing mana pun akhirnya pentung kepala mereka sendiri.

    AGAK-AGAK YANG TAK MAHU MENYOKONG TU,...NANTI HANTAR JE SURAT RESIGN. BUKAN SUSAH PUN. TEMPAT KORANG RAMAI LAGI ANAK-ANAK MUDA YANG LAYAK. JANGAN PERASAN DIRI SAJA YANG BETUL...TAPI KERJA HAMPAS.

    BalasPadam
  13. tak heran pasal diorang byk yang pemalas..tula perangai teruk..kebanyakan org mcm nie yang aku jumpa moral kerja teruk..aku site swasta mcm aku dah lama tak makan nasi...keja senang pastu main selak2 jawatan.kater kerajaan mcm2 tapi ada kosong sumbat kroni sendirikasi masuk ..tu pasal aku pandang orang keja gomen nie sebelah mata..senang citer klu swasta panggil orang gomen orng malas seba serbi harapkn kerajaan..try arr swasta mcm kitarng ada bran ker tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg Malas berkerja tu kebanyakan Pangkah PR

      Padam
  14. Macam inilah usah dilayan lagi kenaikan gaji mereka. Memang apa yang dikatakan ini banyak kebenarannya. Masa waktu kerja sambil lewa sahaja.Ada pula masa rehat.....

    Sudah sampai masanya ambil tindakan pada kakitangan kerajaan yang pandai cakap bab halal haram tetapi duit yang mereka dapat dari pendapatan mereka selama ini banyak tipu helah dan muslihat.

    Waktu kerja ada masa untuk break makan pagi...waktu kerja ada masa untuk bersembang.....waktu kerja ada masa nak hantar anak sekolah dan ambil anak sekolah......Kadangkala keluar masuk pejabat ikut suka hati mak bapak mereka. office tu dibuat macam rumah sendiri.......Bermacam-macam alasan diberi apabila rakyat memerlukan perkhidmatan mereka......

    Sudah sampai masanya, kerajaan yang memberi gaji kepada kakitangannya membuat tindakan drastik:

    1. Tiada lagi waktu break pagi......
    2. Tiada lagi waktu break petang.....
    3. Setiap yang kerja di luar perlu pantau habis-habisan.

    Tindakan keras patut diambil terhadap kakitangan kerajaan yang tidak amanah dan jujur dalam menjalankan tugas. Ramai lagi diluar yang menunggu........

    barulah ada kesedaran.........nak menyokong sesiapa pun hak masing-masing tetapi kerja yang diamanahkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin...

    memang kebanyakan kakitangan2 kerajaan hampeh dan boleh dipertikaikan samada pendapatan mereka itu adalah halal ataupun haram.......

    KAIZER

    BalasPadam
  15. sejak pak lah semua nya bermula.. % negeri tersungkur BIJAK sungguh pak lah..kebebasan yg di mahukan .. kejar nama galmour..hancur malaysia,,,jangan lupa jasa dollah al samdol tu

    BalasPadam
  16. aku cadangkan pulak..k/tangan kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, P.Pinang dan Selangor yg sokong BN letak jawatan..SEBAB ada org di atas tu minta penyokong PR letak jawatan jika tak sokong BN....Kesian org jenis tak tahu berpolitik dan tak tahu beza antara pentadbiran dan politik....sebab tu terus diperbodohkan...

    BalasPadam
  17. anon 10:16
    kakitangan yg sokong kerajaan di negeri yg diperintah pr lagak dia x mcm peyokong pembangkang yg kerja dgn kerajaan.yg sokong pembangkang tp kerja dgn kerajaan ni ,mereka sedikit sebanyak akan sebotaj dasar2 kerajaan.x sedar ke bangsa awak dianiaya di penang.tak de kerja lain ke asyik jilat lendir dap.memang melayu bangsat le kamu...

    BalasPadam
  18. bagi aku sama ajer..... swasta atau kerajaan sama je.... aku nah keje swasta, kat penang. bos bukan melayu.... kena tindas bro...... la ni aku keje kerajaan.... aku tgk persekitaran kerja sama gak, kaki bodek hidup bahgia......

    bab malas buat kerja tu sama ajer, dlm swasta pun ada gak kaki ngulat.....

    dlu masa gaji kta kerajaan ciput jika dibandingkan ngan swasta, org kerajaan kerja cam biasa gak.... yg geng2 swasta dapat bonus berbulan2, org kerajaan tak nah pun dengki..... la ni bla kerajaan umum bonus yg ciput rm500, sal pe swasta nak marah2? aku tetap bersyukur gak bro.....

    tempat kerja gua pun ada yg fanatik gak ngan puak pembangkang, bissalah yg haram leh jadi halal dan yg halal leh jadi haram. bab kerja memang hancur, nk kerja mudah ajer..... kerajaan tak betul lah, zalim lah.... tapi yg heran keje lagi ngan kerajaan.....

    apa yg aku pasti, kitap depa(harakah n keadilan) mesti ada atas meja.....

    BalasPadam
  19. mana kerajaan dapat duit?...jawapannya dari cukai....siapa yg kene cukai? jawapannya semua rakyat malaysia...cukai jln, cukai beli kereta dllllllll lagi cukai...penjilat kerajaan bayar...penentang kerajaan pun bayar...jadi duit tu duit rakyat.... yg pengurusnya umno bersaudara...jadi x de kene mengena dgn sokong dan x sokong kerajaan kerana gaji semua rakyat m1 malaysia yg bayar, yg najib jumpa bakal besan tu x kecoh plk, hal peribadi jadi hal negara..org umno ni jumut

    BalasPadam
  20. saya Pun Penyokong BN jugak. Pada Hemat saya, apa salahnya kakitangan kerajaan mintak bonus. Alasan kerajaan tak ada duit tak boleh pakai. Hasil dapat berbilion digunakan untuk buat projek mega, contohnya MRT di lembah Kelang sahaja. apa yang rakyat di kawasan lain dlam negara kita dapat. Pd zaman Tun Mahathir dan Pak Lah boleh pulak kerajaan bayar bonus walaupun keadaan ekonomi negara lebih teruk drpad zaman pak najib ni. Selain itu drpd membazir buit mrt tuh, lebih baik kjaan buat hypermarket di semua daerah dalam m'sia bagi bantu rakyat dpt bekalan brgn keperluan dgn lebih murah & brpatutan.

    BalasPadam
  21. ..... Di sini aku ingin bertanya kepada anda semua, apakah gaji yg diterima oleh seorang penjawat awam yg tidak menyokong kerajaan yang memerintah itu dikira halal? Aku tak mampu nak menjawab soalan ini. Harap pembaca yg ada pendapat bernas/faham hukum-hukum agama ini boleh berkongsi idea.....

    Bagaimana pula dengan gaji penjawat awam kerajaan negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang menyokong pembangkang iaitu Barisan Nasional? Halal atau haram gaji yang dibayar oleh kerajaan negeri .....?

    BalasPadam
  22. melayu sangat pelupa, dahulu, sekarang, sampai bila2..peace

    BalasPadam