Rabu, 1 Jun 2011

LANTIK SAJA ANWAR PRESIDEN PAS, HABIS CERITA!!!


Muktamar PAS ke 57 yg berlangsung bulan ini bakal menyaksikan pertembungan sengit calon-calon merebut jawatan tertinggi parti khususnya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Muktamar kali ini menjadi perhatian ramai kerana wujudnya dua kelompok yg masing-masing cuba mencari pengaruh untuk menguasai parti.

Satu kelompok yg dikenali sebagai pro-ulama mahukan golongan ulama terus menguasai PAS. Golongan ini dikatakan tidak 'mesra alam' dengan kelompok yg berkiblat kepada Anwar Ibrahim yg dikenali sebagai kumpulan Erdogan/Anwarinas. Kumpulan pro-ulama ini akan mencuba sehabis mungkin untuk menyekat pengaruh Anwar daripada menguasai PAS.

Sudah semestinya, muktamar ini akan digunakan oleh Anwar untuk menguji sejauh mana pengaruhnya mampu mengubah hala tuju PAS. Anwar mahu membentuk PAS menjadi sebuah parti liberal. Jadi, Anwar akan menggunakan proksi-proksinya di dalam PAS untuk mencapai cita-citanya itu.

Jika proksinya berjaya, PAS akan lebih mudah dikawal di bawah telunjuknya. PAS yg liberal tidak akan lagi bercakap tentang penubuhan negara Islam. PAS yg liberal akan terus setia menjilat DAP. Itulah yg Anwar mahukan.

Ahli-ahli PAS sepatutnya sedar akan bahaya ini. Puak Erdogan/Anwarinas akan merosakkan perjuangan PAS dari dalam. Kelompok ini jika berkuasa akan menjadikan PAS ibarat lembu yg ditarik hidung oleh PKR dan DAP. PAS bakal hilang taringnya. Sedangkan di bawah bimbingan ulama pun PAS sudah terpesong dari landasan perjuangannya, inikan pula jika dikuasai oleh golongan liberal.

Aku tak faham kenapa masih terdapat ahli PAS yg terus setia menjadi pengkagum tegar Anwar sedangkan dia diulit oleh bermacam-macam masalah moral. Golongan inilah yg menentang kuat kerajaan perpaduan antara UMNO-PAS. 

Sebenarnya minda puak Erdogan sudah dikuasai sepenuhnya oleh Anwar. Bagi mereka Anwar adalah pemimpin sebenar yg wajib ditaati perintahnya melebihi pengaruh Presiden PAS. Puak ini sedang mengatur dengan kemas strategi mereka untuk merampas jawatan tertinggi dalam PAS.

Tak payah kalut-kalut lah PAS. Dah susah-susah sangat, beri saja jawatan Presiden PAS kepada Anwar. Tutup buku. Lagipun Nik Aziz sudah pasti akan bersetuju kerana dia sangat menyanjungi Anwar. PAS pasti selangkah ke arah kehancuran jika kelompok pro-Anwar menang dalam pemilihan parti nanti. Akhirnya, yang ketawa melompat-lompat adalah DAP. Seronok melihat sebuah lagi parti Melayu Islam berpecah-belah.

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan