Ahad, 12 Jun 2011

PERTAHANKAN KAMPUNG MELAYU DALAM BANDAR!!!

Kg Baru di tengah kepesatan Kuala Lumpur
Jika anda pernah bertandang atau melalui bandar-bandar besar di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti  Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown, Petaling Jaya, Bandar Melaka dan sebagainya, anda akan melihat bahawa kaum paling ramai menghuni bandar-bandar tersebut ialah kaum Cina.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bandar-bandar tersebut boleh dipanggil sebagai 'Chinese Town'. Kaum Cina membentuk majoriti dalam pemilikan gunatanah perniagaan dan kediaman. Dengan kekuatan ekonomi yg dimiliki, mereka mampu membeli hartanah/perumahan yg tinggi nilainya. Lalu, mereka menguasai segenap penjuru tanah bandar.

Di mana orang Melayu? Orang Melayu bolehlah dikatakan hanya sebagai penumpang dalam bandar Cina tersebut. Kelemahan dalam aspek ekonomi membuatkan majoriti orang Melayu tidak mampu membeli rumah di kawasan bandar. Jadi mereka hanya mampu tinggal di kawasan setinggan atau perumahan pangsa yg rendah nilainya. Kalau ada pun orang Melayu yg tinggal di kawasan bandar adalah terdiri daripada golongan elit dan pertengahan.

   
Namun begitu, sesuatu yg menyebabkan orang Melayu masih wujud di bandar ialah kewujudan kampung-kampung di tengah bandar. Bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Bahru masih mempunyai kawasan petempatan Melayu di bandar seperti Kg Baru di Kuala Lumpur, Gugusan Manjoi di Ipoh dan Kg. Majidee di Johor Bahru (sekadar menyebut beberapa contoh) boleh dianggap sebagai penyelamat kepada keberadaan orang Melayu di bandar besar ini.

Walaupun rupa bentuk fizikal kampung ini bolehlah dikatakan kebanyakannya sudah hilang ciri-ciri kekampungannya, tapi jasanya kepada orang Melayu adalah besar. Dengan kewujudan kampung-kampung ini, populasi bandar dapat diseimbangkan. Orang Melayu juga berpeluang menikmati taraf kehidupan bandar walaupun tidak semewah mana, di samping membentuk kelompok yg besar. 

Selain kawasan kampung ini, orang Melayu tinggal secara berselerak di seluruh kawasan bandar. Sukar untuk mencari kawasan petempatan/perumahan yg mempunyai majoriti penduduknya adalah orang Melayu. 

Kita mengakui kebanyakan kampung-kampung ini diwujudkan atas status 'Tanah Rizab Melayu' (TRM) yg diperuntukkan khas untuk orang Melayu oleh penjajah bagi menjamin kewujudan mereka di bandar. Mengikut peraturan TRM ini, orang Melayu tidak boleh menjual tanah mereka kepada bukan Melayu. Memang ada perdebatan tentang baik dan buruknya TRM ini kepada survival orang Melayu, tapi tidak dapat dinafikan jika peraturan ini tiada, tanah orang Melayu di bandar mungkin sudah lama pupus.

Gugusan Manjoi di Ipoh
Namun begitu, isunya sekarang berapa lamalah lagi kampung-kampung ini dapat terus bertahan? Adakah suatu hari nanti atas nama pembangunan, kampung-kampung ini akan dikorbankan? Sebenarnya apakah kepentingan tersirat di sebalik kewujudan kampung ini?

Dengan wujudnya kampung Melayu di bandar ini, suara politik Melayu akan terus hidup. Ya, kepentingan politik adalah perkara utama yang perlu difikirkan sebelum ingin merancang sesuatu terhadap kampung ini. Sekurang-kurangnya, orang Melayu masih mempunyai kekuatan dari segi politik jika ia ditempatkan secara kelompok. 

Orang Melayu akan lemah jika mereka dipecah-pecahkan dari segi petempatan. Lihat saja strategi yg dijalankan oleh Lee Kuan Yew di Singapura untuk melemahkan kuasa politik Melayu. Dia merobohkan semua kampung Melayu dan menempatkan orang Melayu secara terpisah-pisah di rumah pangsa. Jadi, bila pilihanraya, orang Melayu tidak lagi mempunyai suara majoriti. Maka, tamatlah riwayat politik Melayu Singapura.

Sebenarnya, itulah juga yg sedang bermain-main di dalam fikiran pakatan haram terutamanya DAP andai mereka berjaya menakluk Malaysia kelak. DAP sudah pasti tidak senang melihat kampung Melayu ini terus wujud. Mereka pasti akan menggunakan pelbagai helah untuk menghalalkan tindakan mereka merobohkan kampung tersebut.

Cara untuk melemahkan kuasa politik Melayu ialah dengan merampas tanah mereka. Dan gerakan itu sedang berjalan secara halus. Sudah banyak tanah orang Melayu termasuk berstatus TRM yg jatuh ke tangan org bukan Melayu sama ada secara jual-beli atau penipuan. Bagi GAD, ini semua adalah suatu tindakan tersusun untuk memiliki semua tanah milik Melayu. Bila Melayu sudah tiada tanah, ke mana lagi mereka mahu pergi. Akhirnya merempat di tanah sendirilah jawabnya. Tanah hilang kuasa punah. Apa lagi yang tinggal?

Selain kesalahan orang Melayu sendiri yg mahu kaya secara mudah, pihak kerajaan juga perlu memantau perkembangan ini. Perundangan TRM perlu dikuatkuasa atau diperbaiki agar ia mampu menyelamatkan tanah org Melayu dari jatuh ke tangan org tidak bertanggungjawab. Parti politik Melayu seperti UMNO juga perlu memainkan peranan dalam menyedarkan org Melayu mengenai kepentingan tanah terhadap survival Melayu di negara ini.


Bagi GAD, tanah itu kuasa. Ambil kisah Palestin sebagai iktibar. Dulu semasa sebelum wujudnya konflik Israel-Palestin, orang Palestin begitu galak menjual tanah mereka kepada org Yahudi walaupun telah dilarang oleh ulama mereka. Akhirnya, selepas memiliki banyak tanah, kaum Yahudi ini menjadi semakin kuat dan berkuasa, lalu mudah saja mereka menghalau org Palestin ini. Maka, jadilah org Palestin seperti hari ini yg merempat di bumi sendiri.

Adakah org Melayu mahu jadi seperti begitu? Berubah segera sebelum nasi menjadi bubur. Ingat, musuh kita sedang menunggu peluang yg sesuai saja untuk menghancurkan kita. Selain bersatu dari segi politik, tanah milik kita juga perlu dipertahankan selagi matahari terus wujud. Jangan kerana ingin kaya cepat, nasib generasi akan datang kita gadaikan.

   

6 ulasan:

  1. Menarik Blog Tuan:-)

    Di perkenalkan oleh BloggenStarz

    BalasPadam
  2. sepatutnya digazetkan sebagai warisan sejarah..bukannya dimodenkan..

    Orang dari Tokyo, NY dll tak heran bangunan2 kedai & kilang2 ..diorang dah biasa tengok..

    yg mahukan bangunan2 kondo ialah Dapigs..

    BalasPadam
  3. Rumah flet di stesen lrt jelatek kepunyaan pkns dah hancur di roboh untuk dibina kondo bernilai jutaan ringgit. Ini contoh apa berlaku bila DAP berkuasa di selangor. Orang melayu dihalau dan melayu cilaka dalam pkns bersekongkol saja demi mendapat habuan sedikit.

    Berapa banyak undi melayu di situ dah bertaburan? BABI nuar dgn pas dan pkr punya kerja. Pantat punya penasihat ekonomi selangor, sial punya laknatullah dah berjubor dan kongkek amoi masih tak mengaku. Sial lah kau tujuh keterunan dgn kit siang dan ketua pas tu.

    Macc patut siasat je pkns ni sekarang.

    BalasPadam
  4. Orang yang kongkek amoi tu pengkhianat negara. Takkan dia nak mengaku dia melanggan amoi tajaan DAP?

    BalasPadam
  5. NEGARA KUASA ORG MELAYU..YG NK RAMPAS KG MELAYU TU PLAK ORG MELAYU..Beee Ennnddd

    BalasPadam
  6. Beeeeeeeee EnnnnnDDDDDDDDD

    BalasPadam