Ahad, 5 Jun 2011

ISU NEGARA ISLAM : TIADA LAGI SYURGA UNTUK PENYOKONG PAS



Islam pada PAS kini hanya tinggal nama. PAS sekarang sudah bertukar menjadi parti sekular. Kata-kata keji yg dilemparkan kepada UMNO selama ini akhirnya kembali semula kepada PAS. Presiden PAS ada menyatakan bahawa dalam Islam tiada istilah negara Islam.

Adakah dia baru sedar atau baru hari ini dia ingin mendedahkan hakikat yg sebenarnya? Apakah penyokong tegar PAS faham situasi ini? Atau maknanya PAS selama ini sengaja menyembunyikan hal yg sebenarnya semata-mata untuk menarik sokongan orang kepada mereka.

Jika begitu maksudnya, bermakna penyokong PAS selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin PAS. Orang Melayu Islam tertarik kepada PAS adalah kerana mereka menyangka kononnya PAS benar-benar ingin memperjuangkan penubuhan negara Islam. Kerana terlalu mempercayainya, mereka rela mengorbankan harta dan nyawa demi perjuangan PAS.

Dengan kata mudah, sia-sia sajalah nyawa penyokong PAS yg terkorban dalam peristiwa Memali kononnya demi mempertahankan perjuangan Islam PAS. Sia-sia jugalah usaha mereka selama ini berdemonstrasi, sanggup baring di atas jalan dan rela bersubahat bersembahyang dua imam semata-mata patuh pada amanat pemimpin mereka yg sudah dianggap setaraf nabi.

Dengan berkuburnya perjuangan menegakkan negara Islam, maka tiada lagilah syurga yg dijanjikan untuk penyokong PAS. Tiada lagi pintu belakang untuk mereka ke syurga. Mereka kini perlu berusaha sendiri dengan memperbanyakkan amal ibadat untuk masuk ke syurga. Pasti penyokong PAS amat kecewa kerana kini mereka setaraf/tidak lebih dari orang UMNO.

Mereka kini tidak boleh lagi melabelkan UMNO kafir kerana mereka juga kini telah membuang perjuangan menubuhkan negara Islam dari hati mereka. Jadi, apa bezanya antara UMNO dengan PAS sekarang?

Di sini GAD ingin menyeru kepada seluruh penyokong PAS supaya merenung semula perjuangan PAS. PAS bukan lagi seperti dulu. PAS kini telah berubah 360 darjah. PAS terlalu ingin menjaga hati rakan-rakan mereka iaitu DAP dan PKR. Kerana kawan, PAS sanggup menggadaikan perjuangan mereka. Cuba PAS bertanya pada DAP, apakah DAP rela memansuhkan konsep 'Malaysian Malaysia'? Kalau PAS boleh bubarkan moto negara Islam mereka, apakah DAP tidak boleh membuat perkara yg sama?

Untuk pejuang-pejuang Islam yg benar-benar ikhlas berjuang demi Islam, perjuangan anda di dalam PAS sudah tiada makna lagi. Ia sudah hancur berkecai. Berubahlah dan beralihlah kepada perjuangan yg benar-benar mengikut syariat Islam. Perjuangan yg berprinsip dan tidak mudah goyah walaupun kita akan kalah 1000 kali pilihanraya. Perjuangan menegakkan Islam tiada makna jika kita sanggup menggadaikan akidah kita semata-mata ingin meraih undi pilihanraya.
       

3 ulasan:

  1. Salam,

    sudah link dan follow...

    kasi hantam sama Fuckatan...

    yeahhhhaaaaaaaaa...

    BalasPadam
  2. bapak sape la yg baring atas jalan tu?

    BalasPadam
  3. Anti Blogger Pembankang15 Jun 2011 pada 10:46 PG

    Sebenarnya selama nie pun juak2 PAS nie tak setaraf dengan UMNO...UMNO mungkin tiada "Islam" sebagai label pada nama parti TETAPI pengisian terhadap perjuangan memartabatkan syiar Islam di negara ini adalah JAAAUUUUHHHHHHH lebih baik daripada PAS!! Hanya semata-mata kerana UMNO takde perkataan 'Islam' pada partinya terus dicop kafir, sembelihan org UMNO tak halal, nikah oleh kadi UMNO tak sah, solat 2 imam, tragedi Memali, Al Maunah...semua tuh berlaku suatu masa dulu kerana PAS dengan lantang mengkafirkan saudara seagamanya dalam UMNO semata-mata kerana sekelumit kuasa duniawi! Kini tanggunglah dosa2 atas fitnah2 kamu ke atas UMNO suatu masa dulu!

    BalasPadam