Khamis, 23 Jun 2011

BERSIH : PAS SEDIA JADI TALI BARUT DAP BUNUH MELAYU


Wah..wah..wah..bukan main keras lagi amaran yg diberi Dewan Pemuda PAS kepada PERKASA. Bila dengan sesama Melayu ada telur pulak puak PAS ni. Tapi bila berhadapan dengan komunis DAP, tak nampak pulak ke mana telur mereka.

Dewan Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada semua kaum jika PERKASA turut menyertai perhimpunan nanti. Secara tersiratnya, kenyataan tersebut memberi maksud bahawa PAS telah mengisytiharkan perang terhadap PERKASA dan org Melayu yg tidak menyokong BERSIH. PAS sudah bersedia melakukan apa saja termasuk mengorbankan nyawa saudara seagama mereka sendiri.

PAS lebih rela berparang dengan kaumnya sendiri demi mempertahankan nyawa kaum lain. Inilah transformasi terbesar yg telah PAS lakukan sejak menggugurkan negara Islam dalam perjuangan mereka. PAS kini telah menjadi pejuang kepada semua kaum. PAS kini telah bersedia menjadi tali barut komunis DAP untuk memperjuangkan Malaysian Malaysia.

DAP sudah pasti tersangat gembira dengan perubahan PAS ini. Sekarang mereka tidak perlu lagi keluar ke medan perang untuk memprovokasi org Melayu. DAP hanya perlu menghantar anjing belaan mereka PAS untuk mencincang-cincang maruah org Melayu. Sesiapa pun yg menang yg nyatanya Melayu tetap kalah.
   

3 ulasan:

  1. Salam. Takutnya gua dengan pemuda PAS. ha ha ha

    BalasPadam
  2. salam tuan. saya tak kisah sekuat mana kebencian tuan kepada parti pas. tapi kenapa harus berbahasa tidak sopan. bukankah orang Melayu itu berbahasa lemah lembut dan penuh sopan. mungkin inilah salah satu sebab sesetengah orang menolak umno. salahnya dari dalam. berhujahlah dengan berhemah, barulah masyarakat dan golongan muda yang terpelajar menyokong anda.

    BalasPadam
  3. Masyarakat dan golongan muda majoritinya menolak PAS, cuma sebahagian kecil yang berjaya ditipu oleh pemimpin pembangkang. PAS ditawar bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan di Perak tetapi pemimpin PAS sendiri berkata, PAS lebih rela berpakat dengan kafir. Kemudian sentiasa kedengaran pelawaan kepada PAS untuk berbincang atas dasar sesama Islam mencari penyesuaian tetapi ditolak begitu sahaja dengan berbagai alasan. Malah pemimpin PAS sendiri yang menyuarakan kesediaan itu pula telah diberi amaran yang keras, bagaikan telah melakukan suatu kesalahan besar. PAS lebih sanggup membuang perjuangan negara Islam, agar tidak perlu lagi berpakat atas dasar Islam. Nik Aziz pun selepas ini akan ubah undang-undang tanah Negeri Kelantan bagi membenarkan ahli DAP membeli tanah di Kelantan, atas dasar keadilan dan demokrasi, tidak lagi hanya bagi orang-orang Melayu lahir di Kelantan sahaja, kerana itu dianggap rasis oleh DAP. Maka selepas ini, pemuda PAS akan menjadi pelindung kepada tokong, kuil, gereja bagi pihak saudara mereka DAP. Begitu juga, pemuda PAS akan memastikan pusat-pusat perniagaan saudara mereka itu seperti pusat hiburan, judi, rumah urut terutama sekali kilang arak di Selangor, akan bebas dari gangguan. Kali ini tidak akan ada lagi laungan "Takbir" kerana itu berbunyi perjuangan Islam, bimbang melukakan hati rakan kafirnya terutama DAP dan yahudi, yang bermurah hati 'bersedekah jariah' membantu dari segi kewangan serta pablisiti. Seperti diketahui, rancanglah bagaimana pun seperti tahun 1998, insya Allah kebenaran juga yang akan mengatasi kebatilan.

    BalasPadam