Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH : AKHIRNYA HISHAMUDDIN BERTINDAK BETUL


Kementerian Dalam Negeri memberi kuasa kepada Polis untuk melakukan apa saja bagi menghalang perhimpunan haram BERSIH. Akhirnya, selepas sekian lama, Menterinya, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein menunjukkan kebijaksanaannya untuk bertindak dan bukannya hanya memberi amaran saja.

Selama ini, keberanian pembangkang dan puak ultra kiasu mencabar undang-undang negara banyak disumbangkan oleh kelemahan & ketakutan karekter Hishamuddin untuk bertindak tegas. Diharap pengumuman ini bukanlah gimik semata-matanya tapi adalah suatu pengisytiharan oleh kerajaan untuk memerangi habis-habisan puak yg mahu mengancam kedaulatan negara.

Dalam situasi sebegini, kita memerlukan pemimpin yg berani membuat keputusan, berkaliber dan memiliki ketahanan mental yg kuat bagi menghadapi provokasi dari segenap sudut. Kita sudah muak dihidangkan dengan pelbagai amaran yg hanya indah di bibir tapi tiada tindakan susulan.

Dengan lampu hijau sudah diberi oleh KDN, diharap pihak polis dapat melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga ketenteraman awam tanpa rasa bimbang. Kami rakyat Malaysia yg cintakan keamanan berdiri teguh di belakang anda. Hapuskan anasir-anasir jahat yg cuba mengganggu-gugat keselamatan negara. Tunjukkan bahawa negara ini memiliki undang-undang yg wajib dipatuhi.   


9 ulasan:

  1. bagus..sepatut dah lama dah...

    BalasPadam
  2. Tangkap juga penganjurnya yg terang lagi nyata.Tunggu apa lagi

    BalasPadam
  3. Salam GAD.

    Harap tak terlalu awal bagi aku untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada DS Hisham.

    Rakyat amat memerlukan pemimpin yang berani dan tegas, untuk menjadi lebih berani dan berintegriti.

    BalasPadam
  4. Syabas ! jangan ada tolak ansur lagi..kaduk sudah naik junjung...contohi negara jiran..kalu mau tegas..tegas habis

    BalasPadam
  5. haaaaaaaaaa baru nak buat kalo awal2 xcmni

    BalasPadam
  6. Sekarang kita tunggu green light dari Menteri Pertahanan pulak...

    Bagi kuasa kat ATM untuk melakukan apa saja bagi menghalang perhimpunan haram BERSIH.

    Kan mereka bertujuan nak ke Istana?

    Dan minta Polis pula bagi kuasa rakyat (citizen arrest), kalo tidak pon, salurkan numbor telepon kat kami untuk membuat laporan mengenai penyangak dari kawasan kami yang duk kacau sangat,

    macam ni baru ler sama2 kita bantu jaga keamanan Negara..

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. KASI TANGKAP SEMUA ORANG PENGANJUR ATAU PERKASA & NGO YANG TERLIBAT ... SEMUA KASI MALU NEGARA! TAHAN ISA SEMUA SEKALI.

    BalasPadam
  9. salam perjuangan layari tiub bocor

    BalasPadam