Ahad, 26 Jun 2011

1278 LAPORAN POLIS BUKTI BERSIH DITOLAK RAKYAT MALAYSIA


Dikhabarkan polis telah menerima sebanyak 1,278 laporan yg dibuat oleh pelbagai pihak yg menentang perhimpunan haram BERSIH. Perkembangan ini menunjukkan bahawa dakwaan pakatan haram bahawa rakyat Malaysia menyokong BERSIH jauh meleset.

Rakyat Malaysia bukan bodoh. Majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan. Hanya segelintir saja rakyat yg telah dikencing oleh puak pakatan haram yg sanggup menyertai perhimpunan tersebut. Rakyat Malaysia memahami bahawa BERSIH hanya akan menghuru-harakan negara, menjejaskan ekonomi dan membuang masa.

Rakyat yg cintakan negara juga tahu bahawa BERSIH dianjurkan hanya untuk memperjuangkan nasib seorang pemimpin pembangkang yg diulit pelbagai masalah moral dan telah ditolak oleh masyarakat. BERSIH bukan tentang menuntut suatu pilihanraya yang bersih, jauh sekali memperjuangkan nasib rakyat marhaen. Tetapi ia hanya untuk memancing simpati rakyat supaya menyokong semula pakatan haram. Mereka kini terdesak untuk meminta talian hayat dari rakyat.

2 ulasan:

  1. sokong anti dap.

    blog sdr telah dipaut..
    sama2 kita bongkarkan niat dan agenda jahat dap.

    BalasPadam
  2. bersatulah melayu atas nama melayu islam kerana negara ini adalah negara melayu islam..pertahan hak kita dari diambil ...takut nanti bumi yg di pijak milik orang ..sedih nya anak cucu nanti

    BalasPadam