Ahad, 24 April 2011

DAP-SNAP BERGABUNG: DAP SEMAKIN RAKUS UNTUK MENJAJAH SARAWAK


Kejayaan memenangi 12 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi dlm PRN Sarawak ke 10 yg lalu telah memberi keyakinan besar kepada DAP untuk memasang cita-cita lebih besar untuk menakluk Sarawak pula. Bagi mencapai matlamat itu, DAP menyuarakan hasrat untuk bergabung dengan parti SNAP- parti asal peribumi Sarawak.

Bagi DAP, untuk menakluk Sarawak, mereka perlu mendapatkan sokongan drpd kaum bumiputera yg membentuk majoriti penduduk Sarawak. Biarpun mereka menang besar di kawasan bandar, tetapi ia tidak cukup untuk memenuhi matlamat lbh besar iaitu memerintah Sarawak.

DAP sebuah parti ekstremis Cina tidak dapat berdiri sendiri untuk memenangi hati pengundi bumiputera Sarawak. Oleh itu, mereka perlu mencari sebuah parti yg boleh dijadikan sbg kuda tunggangan untuk mencapai hasrat mereka. Dan parti tersebut perlulah berasaskan bumiputera asal Sarawak.

Lalu SNAP telah dipilih sbgi bahan eksperimen mereka. Adalah amat aneh apabila DAP tiba2 berminat untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dianggotai sepenuhnya oleh kaum bumiputera kerana teras perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan hak-hak keistimewaan kaum bumiputera di Malaysia. Sudah semestinyalah cadangan ini mempunyai niat tersembunyi.



Berdasarkan sejarah lalu, DAP dikenali sebagai "opportunist" yang pandai memanipulasikan keadaan dan memilih proksi yg sesuai untuk kepentingan mereka. Lihat sahaja di Perak, walaupun wakil PAS yg menjadi Menteri Besar, tetapi dia hanyalah boneka yg tunduk kepada pengaruh DAP. Begitu juga di Selangor, DAP adalah pembuat keputusan di dalam kabinet negeri. PKR n PAS hanya mengikut telunjuk mereka sahaja.

Yang untung adalah DAP. Lihat PAS, imej mereka di mata kaum Melayu Islam terjejas teruk selepas bekerjasama dengan DAP dlm Pakatan Rakyat. Akhirnya, mgkn PAS akan kehilangan bnyk kerusi dalam PRU akan dtg, manakala DAP akan terus meningkat.

Jadi tidak mustahil SNAP akan menjadi mangsa DAP seterusnya. Sarawak dikenali sbg kubu kuat BN. Bagi DAP, untuk meruntuhkan penguasaan BN di Malaysia, Sarawak perlu dikuasai. Sarawak sebuah negeri besar yg kaya dengan hasil bumi dan tanahnya. Oleh yg demikian, sudah semestinyalah DAP memasang strategi licik demi mengaut kekayaan Sarawak.

SNAP antara parti tertua di Sarawak perlu sedar tentang bahaya ini. Jika tersilap langkah, nasib kaum peribumi di Sarawak pasti tergadai. Ingat satu hakikat: DAP ADALAH ANTI KAUM BUMIPUTERA DAN AMAT PREJUDIS DENGAN KAUM BUMIPUTERA. Sudah semestinyalah tindak-tanduk mereka ini ada udang di sebalik batu.

DAP pasti menggunakan strategi memainkan sentimen penganut Kristian (majoritinya dianuti oleh kaum bumiputera Sarawak) kononnya tidak mendapat layanan sewajarnya drpd kerajaan pusat. Strategi politik DAP penuh dengan muslihat keji. Mereka sanggup menggunakan apa saja cara demi memenuhi impian mereka.

Lihat sahaja cara mereka berkempen semasa PRN Sarawak lalu. Mereka meniupkan api perkauman demi meraih undi Cina. Tidak mustahil selepas mencapai apa yg dihajati nanti, parti SNAP akan ditendang macam sampah. Pemikiran ultra kiasu DAP semakin mencapai kemuncaknya. Mereka semakin rakus untuk menjajah bukan sahaja Sarawak, malah seluruh Malaysia. Jadi, beringatlah wahai kaum Melayu Islam dan kaum bumiputera yg lain.

3 ulasan: