Khamis, 28 April 2011

KISAH MASYHUR PERJANJIAN ANTARA RAJA MELAYU DENGAN RAKYAT JELATA




Kitab Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin ada mencatatkan tentang Seri Teri Buana (Sang Sapurba), merupakan raja Palembang mengadakan perjanjian atau waad dengan Demang Lebar Daun. Perjanjian itu dibuat apabila Seri Teri Buana yang juga moyang Parameswara ingin memperisterikan anak perempuan Demang Lebar Daun, Wan Sendari yang cantik paras rupanya.

Perjanjian tersebut kemudian telah dianggap sebagai perjanjian taat setia tidak berbelah bahagi rakyat terhadap raja dan perlindungan raja terhadap rakyat jelata. Perjanjian tersebut berbunyi begini:

Sembah Demang Lebar Daun kepada Seri Teri Buana, "Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya kedal ia, tetapi jikalau Tuanku mau berwaadat (membuat perjanjian) dengan patik, maka patik persembahkan anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan".

Maka titah Seri Teri Buana, "Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?" Maka sembah Demang Lebar Daun, "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum syarak".

Maka titah Seri Teri Buana, "Akan pinta bapa iu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu Tuanku?"

Maka titak Seri Teri Buana,"Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba (rakyat) jangan durhaka (derhaka) pada anak cucu kita (raja), jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun". Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah".

Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah, kabullah hamba akan waad (perjanjian) itu".


Maka, sebab itu orang Melayu perlu menumpahkan kesetiaan kepada raja selagi baginda berlaku adil dan tidak zalim. Manakala, raja memiliki tanggungjawab untuk melindungi dan bersikap adil terhadap rakyat jelata. Raja Melayu adalah payung rakyat. Raja dan rakyat berpisah tiada.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Saya adalah Melayu yang tinggal di negeri tak beraja, namun TETAP BANGGA WALAU HANYA MENUMPANG KASIH DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG KITA. Amat menghairankan saya MENGAPA TERDAPAT MELAYU YANG MACAM TAK MEMPERAKUI SULTAN DI NEGERI SENDIRI? Apa pun alasan...saya tak komen .... saya tetap dengan pendirian sendiri.
    Wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab intisari melayu lama masa tue xder yang dengki pedengki macam hari ini .

      Padam
  2. Kembalikan kuasa Kesultanan Melayu... Full Power...Daulat Tuanku.

    BalasPadam