Sabtu, 23 April 2011

10 FAKTA MENGENAI DAP YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH UMAT MELAYU ISLAM!!!



1.    DAP yang ditubuhkan pada 1966 sebenarnya adalah parti cawangan PAP (parti pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura) di Malaysia. Kemasukan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963 telah menimbulkan konflik antara kerajaan Perikatan dengan PAP kerana PAP telah memainkan sentimen perkauman dan memperkenalkan slogan "Malaysian Malaysia" (mendesak hak sama rata untuk semua kaum).


Sentimen perkauman berterusan yang dimainkan oleh PAP telah menyebabkan Singapura disingkirkan dari Malaysia pada 1965. PAP memohon untuk terus bergiat aktif di Malaysia tetapi ditolak oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, PAP telah menubuhkan cawangannya di Malaysia iaitu DAP untuk meneruskan perjuangannya (DAP = PAP. Ibarat orang sama cuma tukar baju saje. PAP berjaya melahirkan proksinya. Lihat sungguh licik puak komunis-zionis ini mengatur strategi politiknya untuk memecahkan penguasaan Melayu di Malaysia).

2.     PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1964. PAP bertanding di 9 kerusi dan telah memenangi 1 kerusi melalui calonnya C.V. Devan Nair. Penyertaan PAP ini telah mendapat bantahan keras daripada Perikatan. PAP berhasrat menggantikan MCA sebagai juara suara kaum Cina.                                                                                                            

3.    DAP dan Parti Gerakan (sebelum menyertai BN) didakwa menjadi dalang dalam mencetuskan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kejayaan menawan Pulau Pinang dan memenangi beberapa kerusi di Selangor dan Perak pada Pilihanraya Umum 1969 telah mencetuskan rasa keterujaan yang hebat di kalangan penyokong mereka. 


Penyokong mereka telah melakukan perarakan kemenangan di Kuala Lumpur dan apabila melalui kawasan Melayu mereka telah mengeluarkan kata-kata menghina kaum Melayu. Perarakan balas telah dilakukan oleh penyokong UMNO untuk meraikan kemenangan Perikatan memenangi Pilihanraya Umum 1969 itu.


Penyokong UMNO telah berkumpul di hadapan rumah MB Selangor Datuk Harun Idris di Kampung Baru. Berita rombongan penyokong UMNO dari Gombak yang sedang menuju ke rumah Datuk Harun diserang oleh pelampau Cina telah menyebabkan berlakunya tindak balas dari orang Melayu. Lalu berlakulah peristiwa berdarah paling buruk dalam sejarah negara. 



4.    DAP pernah menderhaka kepada Sultan Perak apabila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN. Ini kerana DAP tidak berpuas hati kerana wakilnya tidak dilantik sebagai MB Perak walaupun DAP memenangi kerusi terbanyak dalam PRU 2008. Jawatan MB diserahkan kepada PAS (Nizar Jamaluddin) kerana Undang Tubuh Negeri Perak menghendaki hanya orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan MB.

5.    DAP sekali lagi menderhaka kepada Sultan Perak apabila Pengerusinya Karpal Singh telah mengugut akan menyaman baginda kerana tidak berpuas hati dengan baginda yang tidak memperkenankan permohonan  kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Ini kerana 3 DUN PR telah mengisytiharkan diri mereka sebagai Bebas yang menyokong BN. Ini menyebabkan kerajaan PR tumbang di Perak selepas 11 bulan memerintah. sini

6.    ADUN DAP, Teresa Kok telah mengarahkan imam di sebuah masjid di Selangor agar tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan Subuh kerana mengganggu ketenteraman awam. Ini menyebabkan dia ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu mengancam keselamatan negara. sini

7.     Kerajaan DAP P.Pinang telah merobohkan banyak gerai orang Melayu dan dalam masa terdekat beberapa kampung tradisi Melayu  di kawasan pulau sedang menunggu nasib untuk dirobohkan. Alasan yang diberi adalah untuk tujuan "pembangunan". Sebenarnya mereka memiliki niat jahat untuk menghalau orang Melayu dari kawasan pulau.




8.    Seorang ADUN DAP telah dihalau keluar dari dewan oleh Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar semasa pembukaan sidang DUN Johor pada 2008 kerana enggan mematuhi etika berpakaian (dia enggan memakai songkok - betapa rasisnya puak DAP ni). sini

9.     DAP mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia. Alasan yang diberikan ialah Chin Peng yang sudah tua tidak mampu lagi mengancam keselamatan negara. DAP sanggup menutup mata di atas kekejaman yang dilakukan oleh PKM semasa pemberontakan mereka dahulu.

10.DAP mengamalkan politik perkauman yang sangat bahaya. Setiap kali PRU dan pilihanraya kecil diadakan, mereka akan meniupkan api perkauman dengan modal bahawa kerajaan tidak melayan kaum Cina dengan adil dan memberi keistimewaan lebih kepada kaum bumiputera. Mereka menghasut rakyat khususnya kuam Cina untuk membenci kerajaan dan orang Melayu. Sepatutnya DAP ini DIHARAMKAN dan DIHALAU keluar dari Malaysia kerana telah memecah belahkan perpaduan kaum.      

10 ulasan:

  1. Salam sahabat, dengan episod ini sudah dua kali saya mengikut nya dan tajuknya teramat menarik kerana perkara ini berkisar akan perjuangan parti DAP yang sebenar. Ramai yang mengetahui akan perkara ini, malah lebih ramai lagi yang tidak tahu.

    Saya cadangkan sahabat menambah lagi tentang kesah atau sejarah ditanah air kita ini berkenaan kekejaman kominis diTanah Melayu namanya Malaysia ini pada waktu itu. Macam cerita sejarah Bukit Kepong telah di filemkan jadi cerita sejarah berkenaan telah diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, yang ini tidak perlu kita ceritakan

    Maksud saya adalah cerita yang tidak di filem atau di bukukan, cerita dan sejarah ini memang ada dimana-mana negeri,diwaktu itu ketika tentera jepun telah kalah dan berundur dari Tanah Melayu (Malaysia) dan sebelum datangnya tentera Inggeris, kominis telah mengambil alih memerintah Tanah Melayu pada ketika itu selama 14 hari dengan teramat kejam.

    Sejarah ini terlalu ramai anak-anak melayu khususnya yang lahir selepas negara kita merdeka lansung tidak mengetahui akan sejarah kejam Cina komunis terlalu rakus berkuasa sehingga anak dalam buaian dibunuh oleh mereka. Kisah ini terjadi di Bekor, Perak.

    Jika sahabat berminat bolehlah menmbahkan lagi terbitan didalam blog sahabat. Ini adalah cadangan dari saya sahaja- sekian t/kasih.

    BalasPadam
  2. lebih banyak gambar 13 mei supaya melayu ada ingat apa yang berlaku

    BalasPadam
  3. sokong pkr sokong dap....yang paloi ialah orang pas

    BalasPadam
  4. can you guys just stop? rubbing salt into the wound won't make any good. just stop okay. this is our country and we wanted the best. janganlah nak melaga-lagakan semua pihak untuk berkelahi. let the bygone be the bygone. nanti kita juga yang merana.

    BalasPadam
  5. do you have any evidence in black and white? then you can share the story. if there's any, i bet we can work this out. but if you just trashing around so every race gonna fight, just call it a back off. please la. jangan nak buat orang gaduh. sahih ke cerita ni? dalam DAP bukan hanya ada cina tapi ada juga kaum lain. sebelum nak mengutuk tu, berpada-pada la.

    BalasPadam
  6. mcm mna gambar memali....melayu bunuh melayu kalau ada tolong tnjukkn

    BalasPadam
  7. jangan lupa kisah memali....kalau blh anak cucu tahu siapa pengkhianat bangsa

    BalasPadam
  8. Bush dengan George Bush, Guat Eng dengan Kit Siang, Anwar dengan Izzah.....pasangan secucuk nih......generasi pewaris keturunan pemusnah keharmonian dan kedamaian sejagat

    BalasPadam
  9. Utk mengetahui 'jasa' dan tanda "ketaatsetiaan" UMNO pd Melayu dan Raja2 sila ke> http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/259-pengkhianatan-umno-terhadap-melayu

    BalasPadam
  10. Kalau benar benar nak tahu kisah sebenar Mei-13, jangan rujuk pada cerita cerita tajaan DAP atau UMNO. Pergilah rujuk pada buku sejarah yang ditulis orang putih English, yang ketika itu berada di negara kita. Barulah kisah sebenar Mei-13 dapat diketahui. Blog blog seperti ini bertujuan melaga-lagakan kaum untul tujuan politik shj. Bukanlah untuk ilmu and sejarah yang sebenar.

    BalasPadam