Rabu, 20 April 2011

PILIHANRAYA DUN SARAWAK KE-10




Pilihanraya DUN Sarawak ke-10 yang baru berakhir menyaksikan BN berjaya mengekalkan kuasa di Sarawak. Dengan memenangi 55 kerusi, BN berjaya memperolehi majoriti 2/3 seterusnya membentuk kerajaan. Walaupun bilangan kerusi menunjukkan kemerosotan berbanding pilihanraya 2006, namun kemenangan ini membuktikan bahawa rakyat Sarawak masih mempercayai BN sebagai satu-satunya wadah untuk memperjuangkan nasib mereka.

BN harus mengambil tindakan lebih proaktif untuk  membela nasib rakyat yang menyokong mereka khususnya di luar bandar. BN perlu mendengar rintihan dan kesusahan mereka. Budaya turun padang hanya pada waktu pilihanraya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Jika BN benar-benar serius ingin mengekalkan satus quo mereka tiada cara lain hanya terus memberikan perkhidmatan 110% kepada rakyat. Hanya rakyat yang dapat menilai kualiti wakil rakyat BN.

Memang benar BN tidak popular di kawasan bandar. Kekalahan di beberapa kerusi di bandar seperti di Kuching dan Miri kepada DAP menunjukkan BN perlu melakukan post mortem bagi memahami mengapa kaum Cina menolak BN. Usaha keras perlu dilakukan sekarang supaya segala kelemahan dapat diperbaiki menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Penolakan undi Cina terhadap BN mungkin juga memberi isyarat kepada BN agar tidak perlu lagi bergantung kepada kaum Cina untuk menang. Selama ini pun telah banyak manfaat yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka tetapi mereka tetap menolak BN setiap pilihanraya. Dengan kata mudah, tak perlu lagi memandang serius kepada mereka. lebih baik BN memberi sepenuh tumpuan kepada pengundi di luar bandar dan pedalaman yang ternyata terus setia kepada BN.

1 ulasan: