Rabu, 20 April 2011

MUSUH UMAT MELAYU ISLAM MALAYSIA ADALAH DAP!!!


Orang Melayu telah lama berpecah kerana ideologi politik sempit. Orang Melayu sanggup menggunakan pelbagai strategi keji seperti fitnah, pembunuhan karakter, mengaibkan dan mendoakan keburukan orang yang dimusuhi semata-mata untuk menjatuhkan orang yang kononnya dianggap musuh tetapi adalah saudara seagama mereka juga.

Isu kafir-mengkafir telah lama menjadi barah yang merosakkan perpaduan umat Melayu Islam di negara ini. PAS  yang kononnya memperjuangkan Islam (sebenarnya memperalatkan Islam) adalah yang memulakan isu ini. Mereka menjatuhkan hukum terhadap orang yang tidak sehaluan dengan mereka ( baca: UMNO) sebagai kafir. Agama Islam bagi mereka adalah milik mutlak mereka. Syurga dan neraka menjadi alat mainan mereka untuk meraih undi. Apa yang UMNO buat tidak islamik dan tidak diterima mereka.

Permusuhan sekian lama UMNO-PAS ini diburukkan lagi dengan kemunculan PKR (sebahagian besar ahlinya adalah Melayu) yang menyebabkan orang Melayu berpecah kepada 3 fahaman (sebelum PKR telah wujud Parti Melayu Semangat 46 tetapi cepat berkubur). Orang Melayu seolah-olah berperang sesama sendiri. Bagi PAS-PKR, UMNO adalah musuh mereka dunia dan akhirat. Manakala, UMNO pula turut berkerat rotan dengan PAS-PKR. 

Perbalahan ini seolah-olah antara puak-puak yang berlainan bangsa dan agama. Mereka semua lupa bahawa mereka adalah saudara seagama dan sama bangsa. Sifat semulajadi Melayu yang kuat iri hati dengan kejayaan bangsa sendiri menyebabkan mereka tidak kenal siapa sebenarnya musuh mereka. Mereka lebih rela berpeluk-pelukan dengan kafir-harbi daripada bersatu dengan kaum mereka sendiri. Kerana dendam kesumat, Melayu sanggup menjadi pencacai kafir-harbi menjayakan matlamat menjatuhkan pemerintahan Melayu-Islam di negara ini. 

Mereka lebih rela melihat kafir-harbi menjadi pemerintah negara ini dari saudara seagama mereka. Mereka tak sedar mereka telah diperkudakan oleh puak kafir harbi penganut fahaman komunis-zionis untuk menghancurkan ketuanan Melayu-Islam di negara ini.

Adakah selama ini kerajaan melakukan kezaliman kepada orang Islam di negara ini? Adakah orang Islam tidak dibenarkan beribadat di masjid atau melakukan amalan-amalan agama? Tidak sama sekali. Dengan pemerintahan kerajaan BN lah syiar Islam di negara ini dapat ditegakkan. Memang diakui kelemahan ada di mana-mana sahaja. Kes rasuah, kronisme dan sebagainya memang wujud. Tetapi adakah mana-mana kerajaan di dunia ini yang begitu sempurna?bukan semua pemimpin negara ini yang tiada integriti. takkanlah hanya satu dua kelemahan telah menutup seribu kebaikan yang kerajaan telah buat untuk rakyat dan negara ni sejak dulu.

cuba bandingkan Malaysia sebelum merdeka dengan selepas merdeka. kan banyak tu perubahan yang berlaku. negara luar pun banyak memuji Malaysia sebagai negara membangun paling berkembang pesat. Banyak negara Islam yang menjadikan Malaysia sebagai contoh dari aspek pembangunan dan modal insan. takkan kerana dendam kesumat kita ingin tutup sebelah mata sahaja kejayaan ini.

Sedarlah inilah sahaja tanah tempat tinggal orang Melayu. Tiada lagi tempat untuk orang Melayu tujui jika mereka dihalau dari negara ini. Sebab itu dulu orang panggil bumi ini Tanah Melayu. Ingatlah satu perkara. jika kerajaan yang ada sekarang yang memerintah sekurang-kurangnya ia masih diperintah oleh orang Melayu-Islam. Melayu-Islam takkan menzalimi saudara seagama mereka.

tetapi cuba bayangkan kalau kaum kafir harbi penganut agama komunis-zionis yang dapat pegang Malaysia. rasa-rasanya masa tu ada lagi tak keistimewaan yang dimiliki Melayu sekarang? jawapannya ada pada diri anda.

sebelum kita ingin memanjangkan lagi permusuhan dengan saudara seagama kita, lebih baik kita lihat di sekeliling kita dahulu. apakah kawan yang kita peluk-peluk n cium-cium selama ini bersikap ikhlas terhadap kita?adakah jika mereka berjaya memerintah Malaysia nanti mereka akan senang melihat kita semua mengamalkan agama dan budaya kita. Meminjam kata-kata Nabil...Lu Fikirlah Sendiri.      


14 ulasan:

  1. Salam Perjuangan..

    JUTAAN TERIMA KASIH kerana melayari blog saya..


    SAYA amat tertarik dengan penulisan dan isu yang disampaikan dari blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

    Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

    SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

    Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.


    Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. salam 1 malaysia

    terima kasih keran sudi melayari blog sayay.link anda saya telah dipautkan untuk blog saya.saya harap anda boleh pautkan link blog saya ke blog anda.penulisan anda memang hebat dan menyedarkan melayu tentang ancaman DAP

    terima kasih dan salam 1 malaysia

    dari wayne penulis blog badut rakyat

    http://badutrakyat.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Salam

    Terima kasih kerana telah mengunjungi dan memaklumkan tentang kewujudan blog tuan. Saya telah pautkan blog tuan dengan The Flying Kick. Semoga kita dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa hadapan generasi kita akan datang.

    theflyingkick.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Dap memang tepat adalah musuh sebenar kepada bangsa Melayu di Malaysia ini, tapi yang paling keji kerana ianya didalangi oleh bangsa kita sendiri, tak lain dan tak bukan ialah parti Pas yang telah menyimpang jauh dari landasan perjuangan mereka selama ini.

    Saya juga mengikut rakan-rakan blogger diatas untuk link blog saudara kedalam blog saya dan juga jika saudara sudi bolih link blog saya kedalam blog saudara. terus kan perjuangan selamatkan maruah bangsa Melayu, agama dan tanah air tercinta ini.

    BalasPadam
  5. selamat datang ke dunia cyber...

    tulisan yg menarik dan infomatif...

    dr Naluri Rakyat blogger

    www.nalurirakyat.blogspot.com

    BalasPadam
  6. salam
    syabas dengan menghasilkan blog yang memperjuangkan bangsa melayu..
    saya akan linkkan blog sdr diblog saya .

    BalasPadam
  7. hidup 1Melayu 1Bumiputera... :)

    BalasPadam
  8. Tuan,

    Sila Like page kami di www.facebook.com/TandaPutera. Punca 13 Mei digambarkan didalam filem ini. Terima kasih.

    Tanda Putera

    BalasPadam
  9. Kami x mau umno merintah sebab tenguk apa yg dkenakan kat rakyat sekarang. Bagi Melayu PAS lak merintah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi pun PAS bukan lagi kawan DAP hari ni. Fikirkan.

      Padam
    2. Lagi pun PAS bukan lagi kawan DAP hari ni. Fikirkan.

      Padam
  10. Kami x mau umno merintah sebab tenguk apa yg dkenakan kat rakyat sekarang. Bagi Melayu PAS lak merintah.

    BalasPadam
  11. Sebagaimana mereka yang datang dari tanah besar cina, begitulah mereka di mana berada, tetapi mempunyai sipat gelojoh dan ingin mengusai penduduk tempatan asal... malangnya penduduk tempatan yang tidak menyedari diri mereka diguna dan dibuli

    BalasPadam