Selasa, 15 November 2011

BANTUAN KHAS RM100 : PAKATAN HARAM KEPANASAN

Bermula minggu lalu, semua murid sekolah sama ada menengah atau rendah telah mula menerima bantuan khas RM100 seperti yg diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2012 yg lalu. Bantuan khas yg diberikan bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolhan anak-anak mereka pada awal tahun hadapan.

Tak ada yg boleh diungkapkan selain bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan yg prihatin dengan masalah rakyat. Tidak kisahlah orang nak mengeji bahawa bantuan ini semata-mata untuk memancing undi pilihanraya. Sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa kerajaan ambil berat tentang beban yg mereka tanggung.

Pihak pembangkang pasti kepanasan melihat perkembangan ini. Apa yg paling GAD nak tahu ialah sama ada puak penjilat tegar Pakatan Haram ambil atau tidak bantuan khas ini. Mereka mengutuk pemberian ini tapi akhirnya GAD pasti tanpa malu-malu n tanpa toleh-toleh mereka akan balun juga bantuan ini. 

Biasalah pakatan haram kan cakap tak serupa bikin. Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal. Apapun terima kasih kerajaan!
     

5 ulasan:

  1. bantuan yang tak seberapa ni sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan ibubapa yang mempunyai ramai yg masih bersekolah..

    terima kasih kepada kerajaan BN

    BalasPadam
  2. RM100 tu lebih dari cukup utk beli baju sekolah, kasut sekolah, bag sekolah & stationaries. Silap2 bapak cilok sikit utk isi duit minyak kereta..hehe..

    BalasPadam
  3. bermula minggu ini sekolah menengah dah cuti sebab sekolah digunakan untuk exam payah nak hubungi ibu bapa dan murid2 ni.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...besar ertinya kpd anak ambo yg baru tahun dua tuh! dia mimpi nak basikal dgn duit tu!! he he he...

    *sblm dapat duit RM100 tu, ambo dah belikan dia alat2 tulis, beg, t-shirt, seluar trek, stokin & kasut baru (besar 2saiz supaya muat tahun depan. apapun resit simpan, takut nak sekolah nnt tak muat jugak, blh tukar saiz) sbb takmo berebut2 nnt. baju mungkin beli masa nak buka nnt sbb takut dia cepat besar, maklumla cuti ni kuat plak dia makan!!! huh!

    BalasPadam
  5. Syukur dpt bantuan rm100 drpd tk dpt langsung.....PR hanya ckp saja tp harammmmm......sembang lebih tp kosong je. teruskan bantuan ini demi rakyat.....HIDUP BN

    BalasPadam