Rabu, 3 Ogos 2011

PILIH BN JIKA TAK MAHU KOMUNIS DAP JAJAH MALAYSIA



Kenyataan terbaru Lim Kit Siang bahawa DAP mahu bertanding di kawasan Melayu jelas menunjukkan bahawa DAP kini tanpa berselindung memperlihatkan apa yg selama ini tersirat di benak mereka iaitu mahu menguasai Malaysia.

Lebih-lebih lagi apabila segelintir pihak meramalkan bahawa PRU 13 akan berlangsung tidak lama lagi. Percayalah DAP akan menggerakkan kempen mereka secara agresif. Nafsu untuk menjajah Malaysia dan menjadikan Malaysia ini 'chinese country' semakin membuak-buak.

Sebenarnya, DAP tidak mampu menguasai Malaysia tanpa mendapat sokongan org Melayu. Dan yang pasti mereka juga amat memahami fakta ini. Jadi apakah strategi mereka? Selain memperkudakan Melayu PAS dan PKR, mereka kini mengatur langkah lebih progresif iaitu dengan meletakkan calon Melayu pada PRU 13 nanti sebagai ayam tambatan mereka.

Tapi percayalah Melayu tersebut hanyalah boneka untuk merealisasikan nafsu komunis mereka. Mereka bukannya mahu bertuankan Melayu tapi semata-mata mahu mengkhayalkan fikiran org Melayu agar menyokong mereka.

Bagi GAD, DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya (PKM). Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Jika PKM, semua mengetahui yg mereka menggunakan taktik kekerasan untuk merampas negara ini. Dan tidak sukar untuk kerajaan menanganinya. Hantarkan saja askar-askar untuk menghapuskan mereka.

Tapi bagaimana untuk menumbangkan DAP ini? Bolehkah kerajaan menghantar askar untuk mengalahkan mereka. Sudah pastilah tidak. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu. Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Sikap org Melayu yg mudah tertarik dengan individu bukan Melayu/Islam yg mesra ajaran Islam @ budaya Melayu turut menyumbang kepada 'kehebatan' DAP ini. Percayalah DAP tidaklah sekuat mana. Sebenarnya sikap umat Melayu Islam lah yg menyebabkan DAP merasakan yg mereka mampu menakluk Malaysia ini.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah ini? Untuk menumbangkan ideologi DAP ini, selain perpaduan umat Melayu Islam yg sering diperkatakan, cara lain ialah dengan memiliki pengamatan politik yg tajam dan dapat membaca dengan baik segala strategi politik parti komunis ini. Jangan bersangka baik sangat dengan segala tindak-tanduk DAP.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP @ org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam? Senang saja dan tidak memerlukan bayaran satu sen pun. Apabila PRU 13 tiba nanti, anda undi @ pilih saja BN. Hanya BN yg mampu menjaga kestabilan negara dan memastikan Malaysia terus aman. Mungkin ada yg akan mengatakan bahawa BN pun bnyk melakukan kesalahan. Ya, BN diterajui oleh manusia yg tidak lari dari kesilapan. Tapi tidak semua yg melakukan penyelewengan. Hanya segelintir saja yg melakukannya.

Sekurang-kurangnya BN tidak membuatkan satu-satu kaum @ penganut agama di negara ini berasa terancam di bawah pemerintahannya. BN juga tidak mengamalkan politik rasis seperti DAP yg sering memperlekehkan org Melayu dan Islam. BN juga tidak seperti DAP yg sanggup memecahbelahkan perpaduan sesama rakyat Malaysia demi meraih undi. Dan yg penting BN bukan komunis seperti DAP!

5 ulasan:

  1. Ramai melayu / bumiputera bukan takat kena tertipu sahaja, tapi juga kerana bijik mata dikaburi wang ringgit

    BalasPadam
  2. aku dok ingat lagi bapak aku dulu jadi AC bersama-sama dengan leftenan orang puteh jaga post kawalan di estet2 "tuan" orang puteh daripada diserang komunis. Jam tu ramai pemuda cina cabut lari ke canada dan australia...ke tanah besar cina tak dengar pula cerita..apabila british buat kerahan tenaga untuk menentang komunis malaya. Begitulah orang melayu sanggup berkorban mempertahankan tanahair yang dicintai...

    Generasi sekarang yang dah hilang jati diri ni, banyak pengorbanan orang tua dulu2 yang mereka tidak tahu dan tak ingin pun nak ambil tahu...

    Mereka ni minat nak demo dan nak seronok je..

    BalasPadam
  3. silakan bertanding di kawasan melayu, jika ada rezeki bagi melayu yang paling bodoh dan terkutuk akan memangkah bapak komunis ini, syabas kapada melayu dungu

    BalasPadam
  4. Umat islam smua....jom tolak DAP....DAP hanya pergunakan org melayu utk merealisasikan agenda n matlamat mereka menakluki Malaysia...jgn jd bodoh wahai umat islam.....

    BalasPadam
  5. malaysia ini negara islam....kite org melayu islam yang bersatu...DAP bodoh ni pengghina melayu kiter jgn sampai kite perang DAP suatu hari nanti...ingat tu..

    BalasPadam