Jumaat, 10 Jun 2011

SELEPAS INI PAS AKAN ISYTIHAR KELUAR ISLAM!


Kerana undi pilihanraya segalanya rela PAS korbankan, demi DAP tercinta maruah Islam dan bangsa Melayu sanggup PAS gadaikan.

Dari negara Islam ke negara kebajikan, dari UMNO kafir ke PAS liberal, dari tokoh bertaqwa ke ulama sesat, dari sembahyang dua imam ke haramnya makan sembelihan ahli UMNO, dari menjanjikan syurga jika mengundi PAS sehinggalah menghalalkan penggunaan nama Allah oleh Kristian. Semuanya PAS sudah buat.

Apa lagi yg PAS belum buat untuk memberi kejutan seterusnya kepada umat Islam negara ini? Mungkin selepas ini jangan terkejut saudara-saudari jika ahli PAS secara beramai-ramai mengisytiharkan pula mereka keluar dari Islam. Mereka sanggup murtad atas desakan kekasih hati pengarang jantung yg dipuja-puja iaitu DAP laknatullah. Apa! Ahli PAS keluar dari Islam??? Betul ke???

Tak mustahilkan saudara. Sekarang dunia sudah terbalik. Perkara yg selama ini tidak kita jangka akan berlaku boleh berlaku bila-bila masa saja. Lebih-lebih lagi bagi orang yg terlalu mabukkan kuasa, hanyut dalam fantasi akan ke Putrajaya dan terbayang-bayang harta dunia yg bakal mereka kaut jika berkuasa kelak.

Ahli PAS pun manusia juga. Mereka pun bernafsu bila lihat gadis seksi. Mereka pun kadangkala ada tertinggal solat Subuh. Mereka sama saja macam kita. Tak ada yg istimewa pun. Boleh tak anda bayangkan Nik Aziz keluar dari Islam dan menjadi paderi Kristian? Boleh tak saudara bayangkan Haji Hadi bertukar akidah ke ateis? Semuanya mampu dilakukan untuk menjaga perasaan DAP. Semuanya rela dilelong demi mendapat manfaat dunia.

PAS sudah jauh berubah saudara-saudari. PAS kini tidak peduli lagi apa itu perjuangan menegakkan hukum Allah. Kalau Yahudi-Zionis pun boleh memberi keuntungan kepada mereka, sudah pasti PAS sanggup  menghambakan diri kepada mereka. Seteruk-teruk UMNO pun mereka tidak pernah lari dari perjuangan menjaga kepentingan umat Melayu Islam di negara ini. UMNO terus menjadi dominan dalam BN.

Bukan macam PAS dalam pakatan rakyat. Ada pun tak menguntungkan, tak ada pun tidak memberi sebarang kerugian. Umat Melayu Islam perlu menolak jauh-jauh ideologi PAS ini. 

Di sini, GAD secara rasmi mengumumkan bahawa PAS adalah musuh utama umat Melayu Islam negara ini setaraf dengan komunis DAP. Mengundi PAS bererti menggadaikan maruah Islam dan Melayu. 

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan