Selasa, 30 Oktober 2012

PILIHANRAYA MASJID DI P.PINANG - TAKTIK HALUS DAP LAKNATULLAH PECAH BELAH UMAT MELAYU ISLAM


Sudah GAD katakan bahawa DAP ini memang ejen zionis yg kerjanya hanya untuk memecahbelahkan umat Islam. Kalau di Timur Tengah, puak zionis mewujudkan Arab Spring untuk menghuru-harakan negara2 Arab melalui revolusi rakyat (kononnya) untuk menjatuhkan pemimpin. Di Malaysia pula DAP laknatullah turut membawa virus yang sama. Mereka tidak akan pernah senang melihat orang Melayu hidup aman dan sentosa kerana ia akan mengukuhkan penguasaan BN-UMNO.

Jadi bagi DAP biar mereka sebarkan virus Arab Spring di Malaysia. Biar orang Melayu bergaduh dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Bila  api dendam sudah marak org Melayu akan hilang pertimbangan. Mereka (baca: puak PAS laknatullah) sanggup menjatuhkan pemerintahan Islam dan menaikkan puak kafir harbi menerajui Malaysia. Bagi mereka "Asalkan Bukan UMNO". Mereka lebih rela syaitan, zionis atau dajjal yang memerintah Malaysia dari UMNO.

Terbaru, cadangan DAP P.Pinang untuk mengadakan pemilihan ala pilihanraya bagi memilih AJK Masjid telah menimbulkan pelbagai reaksi. Yang dapat menghidu taktik jahat DAP membantah keras cadangan itu. Tapi dalam masa yang sama ada juga yang menyokong (baca: puak PAS laknatullah). GAD sudah dapat membaca apa yg bermain dalam kepala pemimpin2 komunis DAP. Perancangan ini pasti sudah lama mereka fikirkan. Mereka sudah boleh membaca psikologi org Melayu yg memang bahalol bin tolol dalam berpolitik. Org Melayu seperti diketahui memang berteraskan emosi dalam berpolitik. Perkara inilah yang ingin dieksploitasi sepenuhnya oleh puak kafir harbi DAP ini.

Org Melayu pasti akan berpecah belah jika pemilihan AJK Masjid ini dijalankan. Dan perpecahan ini mungkin akan berterusan hingga ke akhir zaman (seperti UMNO-PAS yg sampai sekarang tak boleh bersatu). Grand design DAP ialah bila org Melayu yg sememangnya minoriti di P.Pinang berpecah-belah maka undi pun pasti akan berpecah. Undi yg berpecah akan melemahkan kuasa politik Melayu. Lama-kelamaan org Melayu mungkin tiada wakil lagi di PP. DAP ingin membunuh UMNO di PP. Mereka juga mahu semua org Melayu berambus dari PP. Antara kaedahnya ialah memecah belahkan perpaduan Melayu melalui pemilihan AJK Masjid ini selepas mencapai kejayaan melalui pembinaan rumah mewah yg tidak mampu dibeli Melayu.

Persoalannya mampukah org Melayu bersatu menentang agenda jahat DAP ini?Atau kita biar saja org Melayu dihalau keluar sedikit demi sedikit dari PP. Baru demokrasi namanya. Selepas PP, DAP mungkin boleh mengaplikasikan taktik ini di negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Kelantan. Lama-kelamaan org Melayu akan dihalau keluar sedikit demi sedikit dari Malaysia. Masa tu GAD nak dengar apa reaksi Tuan Guru Pok Nik kita. Mungkin Pok Nik akan kata tak apa "asal bukan UMNO".
     

Ahad, 28 Oktober 2012

CINA KOMUNIS BESAR KEPALA: SALAH SIAPA?


Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa lebih lewat tarikh PRU 13 diumumkan, maka lagi banyak tuntutan yang akan dibuat oleh puak Cina komunis. Kita telah melihat sejak dari tarikh kemenangan tipis BN dalam PRU 2008, banyak kenyataan dan tuntutan yang menghiris perasaan Melayu telah dikemukakan oleh puak kafir harbi ini. Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihapuskan dari Perlembagaan Persekutuan. Malah lebih teruk dari itu, mereka telah berani menghina agama Islam dengan memperlekehkan hukum hudud.

Kita dah lali dengan penghinaan yang dibuat oleh ejen komunis zionis paling rasis iaitu DAP terhadap Islam dan Melayu. Kita sedar itu memang dasar mereka yang anti Melayu, anti Islam dan anti apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu. Tetapi kini penyakit kafir harbi telah turut menular dalam kalangan puak Cina dalam BN sendiri. Terbaru, Presiden MCA, Chua Soi Lek telah memperlekehkan hukum hudud. Ini bukan kenyataan anti Islam pertama yang dikeluarkan oleh Chua. Sebelum ini pun beliau pernah menyatakan bahawa hukum hudud akan menyebabkan Malaysia mundur dan jatuh muflis. Penghinaan ini amat menyakitkan hati seluruh umat Islam (kecuali mungkin puak syiah PAS laknatullah).

Adakah layak untuk kita gelarkan Chua Soi Lek sebagai kafir harbi yang wajib diperangi malah dibunuh oleh orang Islam? Mengapa beliau sanggup mengeluarkan kenyataan berikut? Apakah beliau telah mendapat lampu hijau daripada tangan tersembunyi (mungkin pemimpin Islam BN) untuk mengeluarkan kenyataan tersebut? Kononnya kenyataan tersebut ditujukan kepada PAS. Tapi itu tidak boleh diterima kerana Islam bukan milik mutlak PAS. PAS tak ada kena mengena dengan Islam. PAS hanya memperalatkan Islam.

Yang terbaru DS Najib Tun Razak telah mengumumkan mengenai bantuan sebanyak RM50 juta yang akan dihulurkan oleh kerajaan kepada sekolah Cina. Pengumuman ini adalah berlawanan dengan polisi pendidikan negara ini yang mengutamakan hasrat memperkasakan sekolah kebangsaan. Jika bantuan tersebut diberi, maka pemerintah sendiri yang melanggar dasar yang dibuat. Adakah ini pelik bunyinya apabila orang yang menggubal dasar itu sendiri yang melanggarnya. Mengapa ini berlaku? Tak lain dan tak bukan ingin menarik undi Cina dalam PRU13. Daripada diberi kepada sekolah Cina, adalah afdal BN memberi bantuan yang sewajarnya untuk menambahbaik infrastruktur di sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak yang terlalu daif. Bagi GAD, Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah paling layak dibantu oleh kerajaan berbanding orang Cina. Malah adalah tidak keterlaluan jika GAD nyatakan bahawa jika orang Melayu bukan pemerintah negara ini, maka orang yang paling layak mengambil alih adalah kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. 

GAD nak tanya kalau PRU13 nanti orang Cina tetap tidak menyokong BN apakah lagi bantuan atau ganjaran yang ingin diberi oleh BN kepada mereka? Apakah BN akan mengisytiharkan bahawa semua orang Cina diiktiraf sebagai Bumiputera setaraf dengan org Melayu sebagai umpan untuk PRU14 pula? Ataupun BN akan mewujudkan jawatan Perdana Menteri ke-2 kepada orang Cina semata-mata untuk menarik undi mereka? Tak pun menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan mengisytiharkan semua kaum adalah setaraf dalam Perlembagaan. Kalau BN buat pun GAD sama sekali tidak akan terkejut. Sekarang ini semua tidak mustahil. Malah sebenarnya GAD telah meramalkan bahawa masa sahaja yang akan menentukan bahawa tampuk pemerintahan negara akan dipegang oleh orang bukan Melayu. Lambat laun benda ini akan berlaku juga suatu hari nanti. Kalau tak percaya cakap GAD sama2lah kita tunggu dan lihat.

Mengapa semua ini berlaku?GAD tak mau menyentuh mengenai perpaduan orang Meayu sekarang. Dah berbuih GAD berbincang mengenai perpaduan orang Melayu. Ataupun mungkin orang Melayu akan bersatu jika orang Cina yang memegang pemerintahan negara. Tapi pada masa itu mungkin semuanya sudah terlambat. Ambillah nasib Melayu Singapura sebagai contoh. Mungkinkah pemimpin Melayu yang bersalah kerana bekerjasama dengan DAP?Atau pemimpin Melayu BN turut bersalah kerana bersetuju memenuhi tuntutan kaum Cina?Bagi GAD yang bersalah adalah kita orang Melayu. Kita tidak mahu bersatu. Jadi jangan salahkan orang Cina kerana mereka hanya mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhidang.

Kalau dah tak tahu atau tak mahu berfikir, serah sahajalah kepada takdir. Atau kita tunggu sahaja kedatangan Imam Mahdi Al Muntazhar dan Nabi Isa a.s. yang akan membangunkan semula syiar Islam di akhir zaman dan menghapuskan semua orang kafir yang tidak mahu menerima Islam. Tapi patutkah kita hanya berpeluk tubuh dan menyerahkan bulat-bulat kepada takdir?Survival orang Melayu perlu diperjuangkan agar tidak menjadi hamba di negara sendiri.